26 Februari 2011

Saudara Baru - Dahlia

Salam kepada semua rakan blogger.
Minggu lepas sekali lagi dilanda kesibukan. Errmm boleh diterima pakai lagi ke alasan ni utk tak mengemas kini blog kesayanganku ini? Betul memang sibuk ngan keje-keje yang tak pernah abis-abis. Ok la kita tutup cerita keje yang tak abis-abis tu. Semalam masa balik keje tu, seperti kebiasaan aku akan membuka radio dan mendengar stesen pujaan ramai (stesen radio kegemaran aku- HotFM LeBiH HAngAt dr yang biasa). Petang-petang yang penuh dengan kesabaran dek kesesakan lalu lintas, best jugak layang lagu-lagu kat radio. 5.30 ptg tu biasa la akan ada Buletin HotFM dan Laporan Trafik. Masa dalam Buletin HotFM, tu dalam segmen Hiburan Hot, terdengar penyampai berita tu menyampaikan bahawa Daphne Iking dah memeluk Islam. Alhamdulillah.. bertambah lagi seorang umat nabi Muhammad s.a.w. Aku bukan apa, memang suka tengok muka diayang comel tu. Kulit dia ermm mulusnya.. Guna masker cap ape agaknya.

Menurut berita si Daphne memeluk Islam Disember lalu dan uniknya dia mengucap dua kalimah syahadah di Taj Mahal dan telah mendaftarkan di Malaysia. Dia kini menggunakan nama Dahlia. Memang sesuai dan secocok nama tu dengan si Daphne. Takde lagi selebriti yang menggunakan nama bunga kot.. Ok ler tu.. Harap-harap nama tu membawa tuah dan kebahagian buat empunya diri. Harap-harap ini merupakan titik permulaan utk Dahlia membina satu kehidupan yang baru.. Lepas ni teringin nak tengok Dahlia mengacarakan rancangan yang berbentuk Islamik. Di sini aku sertakan sedikit profil yang dipetik drp http://www.budiey.com/.

Nama Penuh: Daphne Eleanor Iking
Umur: 29 tahun (terkini ke ni?)
Asal: Keningau, Sabah
Etnik: Kadazan
Taraf Pendidikan: Ijazah Sarjana Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Ijazah Sarjana Muda Penyiaran, Filem, TV dan Radio (USM)
Pengalaman Kerjaya: Wartawan, Kolumnis, Penerbit Program, Hos TV, Pengacara Majlis, Model dan Pelakon
Anak: Isobel Daniella Iking-Chong
Program TV: Ringgit Sense, Explorace, Wanita Hari Ini, My Australian Adventure, The Breakfast Show MyStarz LG, Celebrity Cookout dan Life As A Celebrity.
Iklan Komersial: Pond’s, Dettol, Airwick Refreshner, Kenny Rogers, Amway Double X, Vitamin C, Vanish Powder, Sony Vaio dan Volvo S80.

Cantik dan manis!

Raut wajah yang lembut, memukau hati yang melihat


23 Februari 2011

Sweet Memory

Salam kepada semua blogger..

Hari ni nak kongsi sedikit lagi gambar yang sempat dirakam semasa majlis bacaan doa selamat dan sambutan hari lahir Annisa Nasuha dan Hariths Farhan.

Kakak ngan Hariths semangat betul meniup lilin tu!

Adik, happy belated birthday... (7 Nov. 2010)
Angah hari ni moody, tak nak kawan ngan orang, makan sorang-sorang
Semua menjamu selera. Happy sangat sebab ramai yang datang walaupun
hari ni ramai yang mengadakan kenduri sempena Maulidur Rasul
Aisyah Humaira, tetamu yang paling akhir sampai..
Angah pun nak dukung...
Adik pun nak jugak, Aisyah dah rimas benar tu...


Happy Birthday Annisa Nasuha & Hariths Farhan

Salam kepada semua blogger.

Dah lama benar tak mengemas kini blog. Niat tu memang nak cepat publish cerita-ceriti yang baru. Kekangan masa yang menebal tu terpaksa aku membatalkan niat tu.. Minggu lepas memang padat jadualnya. Hari Isnin keje, hari Selasa cuti Maulidur Rasul. Hari Rabu keje, Hari Khamis gie Shangri-La Hotel Putrajaya (Program Memperkasakan Perkhidmatan Awam-Merealisasikan 1Malaysia). Sebenarnya bos aku yang menerima jemputan, tapi dek tak dapat pergi, dia mewakilkan aku. Kalau ikutkan, utk sektor awam aje. Organisasi kami bukan tergolong dalam sektor awam..Hari Jumaat aku bercuti sebab hari lahir puteriku yang sulung. Sebenarnya tak buat apa-apa pun, cuma nak kena berlari ke sekolah dia sebab nak hantar kek dan goodises utk kawan-kawan dia di Smart Reader Subang Bestari. Penat jugak mama dia ni.. takpe anak punya fasal. Ayahnya sebagai penyokong mama dalam mengeluarkan tenaga dan modal. Terima kasih Encik Suami.
I'm six years old. Happy sgt dapat present daripada teacher
Hari Sabtu yang lepas sempat mengadakan majlis makan-makan, oppss.. majlis bacaan doa selamat dan celebrate birthday kakak dan Hariths Farhan (sepupu) anak aku. Mula tu plan nak buat sikit aje, pastu ntah last-last minute Encik Suami decide nak buat kenduri kecil-kecilan sempena rumah baru ni (baru lagi ke?) Ramai jugak la jemputan.. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Antara menu yang dibuat ialah nasi tomato, dalca, jelatah, triffle, puding pelangi dan 2 kek (1 utk kakak dan Hariths dibeli dari Secret Recipe- yummy! Chocolate Indulgence) dan sebiji lagi untuk Adik yang menyambut birthday pada November lepas.. aku tak sempat nak celebrate sbb sibuk ngan rumah dan mcm2 lagi..(kek adik Orange Cake dari King Confectionary- sedap jugak). Hari ni sempat berkenalan ngan jiran-jiran baru. Anak-anak aku happy sebab ramai kawan-kawan.. ramai sepupu yang datang. Rasanya anak-anak happy sangat sebab hari Sabtu tu mama depa tak paksa tidur, buleh bebas main sampai ke malam.. Kalu tak jangan harap la, mama yang mcm singa ni mesti suruh tidur, buat homework dan mengaji.. Hari-hari kena paksa.. Sedikit gambar semasa majlis pada hari Sabtu lepas..

 
Menu Achu (mama Hariths)
Ni mama Anis masak..
Kuih kasui tu sumbangan nenek (mak mertua aku)
Empat dara pingitan dari kiri : Mak mertua aku, makcik Ramlah- tok guru ngajar ana-anak aku mengaji,
bibik Sam- adik ipar mak mentua, dan mak aku

Sekitar majlis bacaan doa selamat dan sambutan hari lahir kakak & Hariths

16 Februari 2011

Maulidur Rasul Menyemarak Kasih Sayang

Salam kepada semua blogger.
Bagaimana dengan sambutan Maulidur Rasul hari ni semalam? Niat di hati memang nak kemas kini blog semalam, tapi dek kepenatan kubawa kisahnya pada hari ini. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan catatan kisah cinta di hari mulia sempena kelahiran Nabi junjungan ummah, Muhammad ya Rasulullah. Kisah cinta abadi di sini... Semoga berbahagia di dunia dan akhirat..

Baik rupa parasnya, baik budi pekertinya
Baik pendapatnya, baik fikirannya, baik lagi muafakatnya.

Tinggi mana Gunung Ledang, tinggi lagi harapan hati
Setinggi mana terbang helang, tinggi lagi hajat kami.

Hidangan kami tidak seberapa, sekadar umbut dari belukar, labu dari gunung
Ikan dari paya, sedikit daging dan madu lebah.
 
Ibarat mata kiri dan kanan, Ibarat sepatu kiri dan kanan
Ibarat lengan kiri dan kanan, Ibarat kaki kiri dan kanan.

Terima kasih kerana membawa.. Gula kabung, Gula enau
Buat pemanis kuih-muih, Pelazat penganan dan juadah.





14 Februari 2011

Kasih Ibu Membawa ke Syurga, Kasih Bapa Sepanjang Usia..

Salam untuk semua blogger dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Malam ni mulanya nak berkongsi cerita tentang aktiviti di hari Isnin.Tercari-cari jugak topik yang sesuai nak dikongsikan bersama rakan blogger. Aku membuka emel dengan niat nak membaca emel yg baharu. Takde emel yang nak dibaca melainkan kiriman daripada kemas kini rakan-rakan di facebook. Aku membuka emel lama-lama, terbaca satu emel kiriman rakan sekuliah masa ambik master dulu. Emel tu pun drp kawannya mungkin. Kisah seorang ibu dan anak. Sedih sebenarnya.. tiba-tiba emel tu mengingatkan aku peristiwa Rabu lepas. Untuk pengetahuan anda, aku seorang anak tunggal. Mak dan abah aku takde anak yang lain melainkan aku. Aku pun sama takde mak dan abah lain melainkan mak dan abah aku. Eh, lupa pulak... Aku masih ade mak mentua...Sekarang ni mak dan abah aku bawak dari Sg. Bakap tinggal ngan aku kat Sg. Buloh. Ni kali kedua mak dan abah datang ke rumah aku. Kali pertama masa raya tahun lepas lebih kurang 2 bulan mak duduk kat umah aku. Masa tu abah masih sihat berbanding sekarang. Masa tahun lepas abah masih boleh mengesot ke bilik air menggunakan kerusi plastik. Kali ni abah tak dapat bergerak. Cuma sekali dua aje dia bangun sendiri dari katil ke kerusi malas yang terletak di sebelah katilnya. Waktu aku keje, mak cuma mengelap abah ngan tuala basah aja. Kesian tengok abah..
Berbalik kisah pada Rabu lepas.. Aku menghadiri kursus Train The Trainer.. Kiranya hari Rabu tu hari ketiga aku berkursus. Hari Jumaat dah nak buat presentation. Kiranya mcm sibuk la kononnya. TV pun tak tengok. Balik rumah sibuk menguruskan anak-anak dari segi homework yang banyak, dan sesi mengaji al-Quran. Balik aje rumah, menghadap laptop. Hari Rabu tu mak aku sakit, tapi bukan dari hari Rabu tu aje, sebelum-sebelum ni pun dia ada mengadu sakit ulu hati.. Aku syak mungkin gastrik la tu.. Hari Rabu tu dia dah nangis-nangis tak tahan sakit agaknya. Aku yang sedang sibuk pun dengan rasa berat hari membawa dia ke klinik. Tu pun sblm gie klinik sempat aku menyoal, mak kalau boleh tahan esok aja kita klinik (boleh pulak terkeluar soalan mcm ni). Sambil drive tu, mak diam aje. Mungkin terasa ngan aku agaknya, mungkin tekaan aku betul. Hish... menyesal pun ade jugak.. Ingat dulu masa aku kecik-kecik, masa aku pening kepala (masa tu darjah berapa ntah..) mak siap nangis lagi.. masa aku demam risau sgt dia, tanya jiran sana-sini petua nak cepat kebahkan demam. Masa aku nak masuk U dia nangis lagi, berat hati nak lepaskan aku ke Shah Alam. Masa aku kahwin sekali lagi dia nangis sebab anak dia telah menjadi isteri orang dan terpaksa berpisah dengannya lagi.. Masa aku nak bersalin dari anak pertama sehinggalah masuk anak ketiga, dialah orang yang paling risau, sampaikan niat aku nak menambah cahaya mata terpaksa ditangguhkan. Kalau ikutkan mak aku cucunya 3 orang dah cukup ramai sebab dia hanya ade seorang anak aje. Dia siap cakap lagi, sudah dah boleh stop tak payah nak beranak lagi sebab masa aku nak beranak dia tak dapat tidur memikirkan aku. Betul la, masa aku nak bersalin anak pertama tu baru aku tahu susahnya nak jadi ibu. Sekarang dia dah ade depan mata aku. Kenapalah aku ni laser sgt. Mak, maafkan aku! (Dalam hati ade keinsafan, tak mau cakap yang bukan-bukan, takut hati mak terasa lagi). Mak selalu berpesan, jaga anak-anak baik, selalu depan orang ke, depan anak-anak aku mak selalu memuji aku. Ada saja kisah-kisah zaman aku kecik-kecik yg masih segar kat ingatannya. Malam ni pun ade lagi pesanannya kat aku, tahun depan anak sulung aku dah nak masuk darjah 1. So dia pesan jgn biarkan anak-anak asyik ngan TV, takut pelajaran terabai. Masa aku kecik-kecik katanya aku asyik baca buku. Ye ke mak? Mak lupa kot... chek (aku membahasakan diri ngan mak dan abah) selalu ronda-ronda kampung, main ngan kawan-kawan ke sana ke mari.. Dulu jarang tengok tv sbb mcm2 boleh buat.. sekarang ni anak-anak tak biasa ngan panas, tu yg berkurung kat rumah...
Erm.. sekali lagi aku ke PMC. Mak diperiksa oleh Dr. perempuan. Ooo..gastrik rupanya, gastrik boleh serang kalau kita lapar dan kalau susah hati pun sama. Baru aku tahu, maybe mak selalu pikir nak jaga abah le, dan mcm2 lagi.. Eh, lupa pulak nak citer perkara lucu kat PMC. Masa register mak aku aku tulis nama mak mcm dalam ic... Cheam Yoke Eng @ Rohani Abdullah. Nurse kat PMC dok panggil makcik Cheam.. Hish.. kan ade nama Melayunya.. nape disebut nama Cinanya pulak? Aku membetulkan panggilan nama mak aku sebab mcm nak terbelit lidah nurse yg menyusahkan dirinya sendiri.. Panggil aje Rohani atau makcik Ani.. Kan mudah dan senang...

Ni gambar tahun lepas 2010.. masa gie Bukit Bendera

Pasangan romantik makcik Ani & Pakcik Hussin

Ni masa ade cucu sorang aje (date tu mcm tak betul la..)

Tengok tu tok siap beli rantai emas kat cucu sulung dia...

12 Februari 2011

Mengarang, Mengedit vs Public Speaking

Salam kepada semua blogger...
Hampir seminggu tak mengemas kini blog tersayang dek kekangan masa. Minggu lepas sibuk ngan kursus Train The Trainers (TTT). Memang kursus ni menguji kecekapan abis..especially bab presentation yang memerlukan teknik public speaking. Aku ni bab bersembang biasa2 memang buleh tapi bila dah dok depan audience walaupun terdiri daripada kawan2 memang out. Langsung tak boleh nak sembunyikan segala kegugupan dan yang bergolak dalam diri. Banyak yang aku pelajari dalam kursus ni dan aku pun dapat membuat rumusan. Aku boleh membuat keje-keje belakang tabir aje. Kalau nak jadi buat sale or nak buat keje-keje MLM memang tak boleh. Kiranya bab-bab nak berdepan ngan customer memang tak buleh. Kenapa ye? Walaupun dah dipraktik beberapa kali pun tetap sama. Berdepan aje ngan audience bercakap dah tak sama nga fikiran. Lepas habis aje rasa menyesal tak sudah.

Memang la dari dulu lagi dah mcm tu sifatnya. Kalau orang tengok memang mcm peramah orangnya. Memang aku cepat mesra ngan orang tapi bila na goreng benda-benda yang aku tahu mesti ade reference. Kecenderungan aku lebih kepada bab-bab penulisan, edit mengedit dan membuat keje-keje penerbitan bukan ke arah komunikasi. Memang patut pun masa pilih course memang ambik mass comm tapi majoring in publishing. Memang dari awal lagi pilih sequence tu sebab publishing banyak belajar teori  dan kalau praktikal pun tak memerlukan komunikasi yang banyak. Semua memerlukan keje-keje teknikal. Kalau dikaji dari segi penglibatan aku dalam bab-bab bercakap ni kena bagi tengok jenis. Sijil-sijil kegiatan aku dalam bab bercakap lebih berpihak kepada perbahasan dan deklamasi puisi. Sebab ape sebab aku suka menghafal teks.. Hehehe...

Aku kat sini memang tabik habis ngan kawan-kawan dalam kursus baru-baru ni... Semua otai-otai, memang solute abis... Semua memang expert dalam selok-belok bercakap. Mungkin sebab semua memang turun ke lapang kot.. Hehehe. kalau mcm ni kena cari kursus-kursus mcm ni lagi ler.. Kena belajar dan terus belajar..Ermm.. tugas editor susah nak digambarkan.. Banyak mengedit, banyak menulis, banyak menggunakan bahasa... bahasa pulak bukan bahasa tubuh.. tapi bahasa dalam erti kata sebenar. Mana mungkin gue ni mengomong sebarangan..Bahasa aku seorang editor, seorang blogger...

Tengok tu suka menulis, mencatat etc.

Suka menjadi pendengar yang setia..

Gaya seorang presenter yang baik..

Barisan presenter lelaki (dari kiri En. Rosaidi, En. Roslan, En. Zahari, En. Samsudin)

6 Februari 2011

Pulut Panggang vs Pulut Udang

Salam kepada semua blogger.
Malam ni tetiba aje rasa nak update blog tentang aktiviti petang tadi. Petang tadi tetiba juga dilanda rasa rajin nak buat kuih utk minum petang. Dah siap rendamkan pulut..jeng jeng jeng cuba teka apakah kuih yang bakal aku sediakan? Nak buat pulut kacau atau wajik dalam bahasa orang KL? Nak buat pulut durian? Nak buat seri muka ke? Semua alah.. sebenarnya aku nak buat pulut udang kuih yang dipanggil di utara, tapi di KL ni orang panggil pulut panggang sebab dimasak cara memanggang. Ape-ape ajelah. Mula-mula kena buat kelapa goreng. Dah lama benar tak buat kuih ni.. jadi ke tidak itu aje yg bermain kat kepala otak aku..Abah blm minum petang lagi.. mak awal-awal lagi memang dah tolak sbb pulut tu katanya angin. Ingat-ingat lupa kena masuk jintan manis dan jintan hitam yang telah digoreng dan ditumbuk halus. Banyak mana nak masuk dah lupa.. ermm.. sikit ajelah nanti pelik pulak rasanya kala terlebih. Masukkan kunyit, cili kisar, gula dan garam Opss.. lupa masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Pastu rasa mana-mana yang kurang bolehlah ditambah mengikut citarasa sendiri. Hehehe dah macam kelas memasak bersama chef pulak.

Ni sebenarnya nak berkongsi resipi sikit. Mak mentua aku memang selalu buat kelapa ni banyak-banyak dan disimpan dalam fridge. Kiranya kelapa ni pelbagai guna nak buat inti cucur badak ke, inti pulut panggang ke, atau boleh ditambah sambal belacan utk dijadikan sambal kelapa camur ulam raja, kacang botol atau sebagainya. Dah siap semuanya baru aku rasa, alamak mcm kurang mcm-mcm le.. nasib la dah siap dibalut pun dan dah siap dipanggang pun.. Aku bawak gie umah mak mentua.. mak mentua aku makan dan memberi komen.. katanya komen membina.. Ermm.. lain kali nak buat sekali lagi.. kali ni nak pastikan jadi ler..sebab dah ambik petua drp mak mentua. Caiyuk! Caiyuk.. Usaha tangga kejayaan kan...

Memanggang pulut dengan kuali leper

Ni le kelapa yang tak berapa nak jadi tu...

Ermm.. susunan biar cantik walaupun rasanya tak segah mana pun..

Pagi Ahad di PMC

Salam kepada semua blogger.
Pagi-pagi Ahad ni ingat ke nak rehat-rehatkan badan sikit sbb semalam dah makan panadol extend. Sakit urat saraf dan badan ni rasa lemah semacam aje. Mungkin sebab nak demam kot. Anak-anak memang dah batuk serta demam sejak Selasa hari tu. Mula-mula Angah pastu berjangkit pulak kat Adik. Memang sejak 2 hari tu aku bg adik makan ubat angah, dikurangkan dos aje. Semalam batuk adik semakin teruk. Aku pun sama.. aircond kat bilik dah tutup pun masih batuk-batuk lagi. Nasib baik adik tak muntah semalam, kalau tak pantang aje batuk mesti muntah masa dua hari lepas, berturut-turut pulak tu..Hari ni awal-awal lagi aku dah bangun, adik pun sama. Dah takleh tidur sbb batuk-batuk. Aku terus aje ke dapur. Kena buat breakfast awal sikit le.. Kejap lagi nak ke klinik sebab ubat angah tu memang nak habis pun. Pagi ni buat nasi lemak, menu yang paling senang. Alang-alang masak tu biar lebih sampai utk makan tengah hari terus. Dah siap semua, makan pun dah settled aku membawa ketiga-tiga puteri aku ke klinik. Klinik Putra Medical Centre ni memang dah serasi sgt dengan kami. Angah dan adik pun dilahirkan kat sini. Mungkin sebab layanan dan ubat dia yang baik menyebabkan kami selalu ke sana. PMC ni memang pilihan kami ler.. Eh, buat promosi pulak! Pagi-pagi dah ramai orang.. Ooo.. ade check up ibu-ibu mengandung. Mamcam tak biasa, cuma dah hampir terlupa sebab dah lama tak mengandung.. Sekarang ni dah disediakan minuman coklat panas senang cakap le Milo panas. Anak-anak aku ape lagi.. sibuk nak minum.. Aku dengan muka penuh kesabaran melayan karenah puteriku yang 3 org tu. Lepas minum tu nama kami dipanggil. Mula-mula aku dulu diperiksa. Pastu angah dan akhir sekali adik. Kahak adik banyak menurut doktor, adik terpaksa dibagi nebulizer (gas) utk mencairkan kahak. Kalau sekali kita tengok mcm rawatan asma... nebulizer ni memang akan dibagi kepada kanak-kanak utk mencairkan kahak, Budak-budak tak pandai nak buang kahak mcm orang dewasa. Kejap aje dalam 10 minit. Dah habis ambik nebulizer tu, kami pun balik ke rumah.. Kami dibekalkan dengan ubat yang banyak.. Ermm buleh buat kenduri ubat le lepas ni... Harap-harap adik akan cepat sembuh..

Menunggu giliran

Mama lepas ambik ubat buleh tak angah pegi taman?
Adik tengah ambik nebulizer

Mama ambik le gambar kakak pulak!

Peace adik.. tengok angah ni dah baik demam pun..



4 Februari 2011

Iqra' Bacalah Olehmu!

Salam kepada semua blogger teristimewa untuk pembaca setia blog Bicaraqaseh.

Cepat sungguh masa berlalu. Niat aku nak mengemas kini blog dengan cepat. Tapi tak sempat memanjang!Almaklum aje la..cuti-cuti ni sibuk ngan rutin memasak, sediakan breakfast, masak untuk lunch, sediakan minum petang utk abah dan sediakan makan malam. Ni rutin aku bila cuti.. Aku memang tak harap bibik aku sediakan semua. Dari dulu lagi kiranya dah masuk 5 tahun bibik ni bekerja ngan aku memang aku yang masak utk family aku. Kalau setakat nak goreng tempe, tauhu, kentang goreng, nugget tu memang aku suruh bibik la.. Eh, jauh pulak aku becerita ni..
Aku ni nak berkongsi cerita mengenai puteri-puteriku yang dah memulakan kelas mengaji. Baru aje start 1/2/2011 hari tu. Memang susah nak cari orang mengajar mengaji. Ingat masa aku kecik-kecik dulu senang aja. Ramai tok guru yang ade kat kg. Aku mengaji Al-Quran  kat arwah tok aku. Kadang-kadang kalau kena marah aku gie mengaji kat rumah tokcik aku pulak. Hehehe.. alhamdulillah aku dapat mengkhatam al-Quran pada umur 12 tahun.
Banyak tempat yang aku cari untuk hantar 2 orang puteri aku tu mengaji al-Quran. Last-last mak mentua aku yang carikan, umah makcik Ramlah, kawan mengaji mak mentua aku. Dia mengajar Iqra' di Tadika Kemas. Senang hati aku, dekat aje dr rumah aku. Puteri aku yang 2 orang tu memang excited nak mengaji. Cuma masa hari mula tu Angah bad mood sebab demam. Tapi tetap gie jugak. Adik sibuk jugak, yang nak mengaji kakak dan angah.. dia sibuk nak pakai baju dan tudung. Bibik aku dah siap jahitkan baju gaun labuh utk puteri-puteri aku gie mengaji. Jadual mengaji anak-anak aku dari Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad biar berehat sikit. Kat umah makcik tu cuma anak-anak aku yg mengaji. Senang sikit le.. senang makcik nak bg tumpuan.. Harap-harap anak aku menjadi anak-anak yang solehah dan menjadi hafizah hendaknya. Amin..
Keciannya anak mama ni.. angah demam

Bab berposing memang serah kepada Juaranya, Kakak!


Ni le si kecik yang paling sibuk, Adik, Adik..

Calon-calon Akademi Al-Quran!


Kemakmuran Tahun Arnab!

Salam kepada semua blogger.
Sebelum tu aku nak mengucapkan "Gong Xi Fa Cai" untuk semua sanak saudara dan sahabat handai yang menyambut Tahun Baru Cina. Sebenarnya aku nak kemas kini blog aku dari hari Rabu lagi..tapi banyak pulak keje-keje lain yang nak diselesaikan dulu. Walaupun lambat di blog, aku sempat menghantar sms kepada semua rakan-rakan termasuk ex-bos aku masa bekerja di Popular Book satu masa dulu. Hari Rabu tu aku terbaca Berita Harian. Menarik tentang ramalan tahun Arnab ni..  Di sini aku senaraikan serba sedikit yang menarik menurut masyarakat Cina tentang tahun arnab. Ni aku petik serba sedikit dari Berita Harian.


Sumber gambar daripada Google Images

Ekonomi diramal pulih bawa untung besar, hartanah naik
Pakar Feng Shui, yang juga Naib Presiden Operasi Peruncitan dan Perundingan World Of Feng Shui, Phillip Lim, berkata ekonomi kebanyakan negara berpeluang untuk menikmati pemulihan positif. “Mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya. “Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti,” katanya. (Kalau ler Encik suami aku aku tahu.. mesti dia terpengaruh dengan ramalan ni.. Harga hartanah melambung ni yang menarik minatnya, aku memang confirmed kalau dia baca mesti dia kata tak salah menceburi bidang hartanah ni)

Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri.

Kebahagian dan Konflik
Masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan. Bagaimanapun, beliau berkata, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau. Selain itu, katanya, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga. (Alamak, kecurangan ni yang tak tahan sebab melibatkan tahun anjing, kuda dan hariamau. Aku tahun kuda.. heheeheh.. ni kan ramalan dan kepercayaan masyarakat Cina..)

Kesihatan dan KerjayaDari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan. Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat. Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat. Bagi pelajar pula, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka.

Sifat Arnab & Individu
Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.
Di sini saya sekadar nak berkongsi yang menarik mengenai artikel yang dipetik daripada Berita Harian (2 Februari 2011). Mana-mana yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Rumput di Bukit Lagong

Salam untuk semua blogger.
Cuti hujung minggu baru ni tak sempat nak mengemas kini blog. Baru aje nak membuka laptop, puteri yang 3 orang tu sibuk dok berlari-lari, pening jugak dibuatnya. Kalau tak ditegur mahu jatuh atas mama yang dok meniarap sambil mata menjeling tv dan skrin laptop. Ayahnya memang sibuk, almaklum aje la minggu terakhir di darat... Kena siapkan macam-macam benda yang ade dalam senarai. Aku awal-awal lagi dah pesan, "Tolong selesaikan mana-mana yang patut, jangan 2 minggu nanti mcm2 kejadian berlaku (2 minggu sewaktu ketiadaan dia ler). Biasa la aku menjadi isteri PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Ramai dah mcm tu.. Tapi aku ok sikit kot sbb Encik Suami keje 2 minggu, 2 minggu lagi dia cuti. Jom, jom nak berkongsi cerita tentang kegiatan di hari Sabtu.. Nape hujung minggu ade hari Sabtu aje.. Maksudnya hari Ahad tu Hari Memasak Sedunia. Dari pagi sampai petang, masak, masak dan masak. Letih jugak.. Hari Sabtu baru-baru ni bahagia sekali. Pagi-pagi tak perlu aku bersusah-payah memerah otak utk buat breakfast. Encik Suami offer nak beli roti canai. Lepas makan dia ajak gie beli rumput. Aku ape lagi berbunga-bunga harapan le.. Ada peluang beli pokok bunga lagi.. Anak-anak aku dah umpan ngan ngan kegiatan petang nak bawak jalan-jalan le kononnya. Lagipun tempat nak beli rumput tu banyak nyamuk (kata-kata mama ni memang berkesan sebab anak-anak orang bandar memang rimas ngan nyamuk terutama anak aku yang sulung tu!). Ketiga-tiga puteri tu pun termakan dengan kata-kata mama ni. Senang sikit kalau nak membeli pokok ke rumput ke.. Mula-mula kami gie area Kampung Melayu Sg. Buloh. Kawasan ni memang byk nursery. Encik Suami meneruskan perjalanan lagi... Sampai di kawasan ntah mungkin Kg. Melayu lagi kot.. Kiranya tempat tu dekat sgt dengan Lebuh Raya Utara-Selatan, dari situ boleh nampak Hospital Sg. Buloh. Encik Suami awal-awal lagi dah pesan, hari ni nak beli rumput aje.. so kena faham-faham sendiri la.. pokok bunga confirmed tak boleh beli. Banyak nursery yang kami singgah. Rumput ni banyak jenis..Ada rumput Mutiara (pearl), Philipines, padang (cow grass) dan macam-macam lagi kot... Hari tu kami dah beli rumput mutiara, tak banyak pun 15 petak aje. Ingakan rumput ni boleh membiak dengan cepat... Tapi salah sama sekali. Banyak kedai yang kami singgah, tapi semuanya cuma menjual rumput mutiara dan Philipines aja. Menurut orang kat nursery yg kami singgah, cow grass ade dijual di Bukit Lagong. Encik Suami dalam nak beli rumput sempat lagi membeli pokok favourite dia. Amboi2.. dia takpe mama tak boleh. Rupa-rupanya Bukit Lagong ni atas sikit dr nursery selepas Hospital Sg. Buloh. Sepanjang perjalan nak ke sana aku ni dilanda kejakunan.. tak tahu rupa-rupanya ade fakulti Perubatan UiTM di sana.. Kalau tak kerana rumput mesti aku tak tahu.. Selain tu ade kawasan perkampungan orang asli... Hish..hish nape aku tak tahu ye? Bila kami sampai di Bukit Lagong, survey punya survey rupa-rupanya tak banyak nursery yang menjual cow grass. Ade 2 nursery aje. Satu nursery tu tengah buat penanaman semula.. So nasib baik ade satu nursery lagi.. Kiranya cita-cita Encik Suami nak mencantikkan laman rumahnya tercapai.. Aku pun happy jugak sbb halaman rumah kami akan dipenuh rumput setelah dogol semalam (diratakan gara-gara nak tanam rumput le)...

Dah rata kawasan rumah ni..sesuai utk tanam rumput!

Inilah rumput mutiara yang ditanam 2 bulan yg lalu

Dalam dilema nak beli rumput mutiara lagi atau nak cari cow grass

Mahu aje aku nak beli pokok bunga yang lain

Ini pokok bunga Iris.. murah aje ni RM1.50 satu

Lagi! lagi pokok favourite Encik Suami

Inilah cow grass di Bukit Lagong

Tengok tu mcm ni ler rupanya kalau nak membeli cow grass

Ini le Kampus Perubatan UiTM, Sg. Buloh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy