9 Ogos 2011

Wajik dan Dodol Jangan Lupakan Peninggalan Nenek Zaman Berzaman

Salam kepada semua blogger.. salam sayang kepada semua pelawat blog kesayanganku ini.

Hari ni dah masuk hari kesembilan berpuasa. Bagaimana dengan persiapan untuk menyambut perayaan? Eh, awal lagi ye.. Bila dah masuk minggu kedua ni, mula terbayang kat fikiran ni kuih-muih yang belum dibeli lagi.. Hehehe.. takde rasa keinsafan langsung nak buat kuih.. Aku tak nak janji la dapat buat biskut pada tahun ni.. Syyyhh..nanti Encik Suami aku tahu pulak.. Kalau korang dengar ade kejadian isteri meninggal dalam oven, mesti aku la.. Dulu teruja sangat suruh Encik Suami belikan oven yang build in konon-konon nak bagi cantik dan sesuai dgn kitchen cabinet. Akhirnya, oven tu terlekat kat situ aje, sekali-sekala lapkan habuk yang melekat..On suis pun tidak..



Kuih-muih kesukaan aku..

InsyaAllah, dah memasang tekad ni nak membuat kuih barang sejenis dua... Kalau menjadi, catat rekod la.. Walaupun kuih yang bakal dibuat belum mendapat kata pasti, yang lebih pastinya aku dah pun order 2 jenis kuih daripada kawan kat opis. Tart Strawberry dan Chocolate Bar. Memang sedap..sempat merasa sebelum bulan Ramadan hari tu.. Dalam fikiran ni ade lagi kuih-muih yang nak kena beli... Nak beli kat mana pun tak tahu..

Bagi persiapan hari raya, terutamanya baju anak-anak, awal-awal lagi aku dah beli. Kiranya hari Ahad sebelum Ramadan hari tu semuanya dah settled. Satu aje lagi yang belum beli, stoking. Tahun ni memang dah dirancang betul-betul.. tak nak merayau-rayau di bulan Ramadan terutama hari bekerja. Tak nak letihkan badan. Baju aku pun dah siap semuanya.. cuma sekarang ni Encik Suami baru ade sepasang baju Melayu. Kesian Encik Suami... Bila kita nak gie beli baju tu? Hari Ahad ni Encik Suami akan kembali bekerja...nun jauh terpisah oleh lautan. 29 Ramadan baru kembali ke darat semula.. Apa-apa pun, nanti kita gie beli ye..

5 Ogos 2011

Putus Jari, Hilang Selipar

Salam kepada semua blogger tersayang especially untuk pelawat blog BicaraQaseh.

Dah lama tak menerbitkan entri baru. Sebenarnya nak menghayati bulan Ramadan al Mubarak, jadi tak nak le respons lebih-lebih terhadap keadaan, situasi mahupun berkenaan mahkluk yang berada di muka bumi Tuhan ini. Tapi kalau tak respons macam tak sensitif dan tak peka pulak. Hari ni dah masuk hari kelima berpuasa. Seperti yang aku harapkan dalam entri yang lepas, moga Ramadan kali ini membawa seribu makna.

Dalam bulan penuh barakah ini, aku cuba nak positifkan diri. Kalau boleh nak tepis-tepis dulu mana-mana perkara yang tidak baik. Kalau boleh nak dengar perkara yang baik-baik, nak lihat perbuatan yang baik-baik dan nak mengamalkan perbuatan yang baik-baik jugak. Tapi pagi ni terdengar kat corong radio kejadian yang tak baik. Remaja Hilang 3 Jari. Adoi, kenapa la kejadian ni menimpak anak remaja kita? Setakat semalam, dah 3 kes yang mengakibatkan kes hilang jari dek kerana main mercun. Baru berpuasa tak sampai seminggu, dah hilang jari. Bila dah putus jari baru nak insaf kerana ketiadaan jari boleh merubah kehidupan sebelum ini. Itu yang aku tak suka...


Tak nak la mengata orang, 3 puteri aku pun bermain bunga api, bukan mercun ye. Tapi kerana takut dek api tu, mereka bermain dalam keadaan tak tenteram. Mana tidaknya, mama diorang akan menjerit-jerit kalau si Kakak ke, Angah atau Adik memusingkan bunga api yang bernyala. Bukan apa, beringat sebelum kena, kalau dah kena menyesal pun tak guna. Dulu-dulu masa aku kecik-kecik pun tak terlepas daripada kegiatan yang sama. Bermain bunga api dan kadang-kadang sekali-sekala tengok rakan-rakan yang lelaki bermain meriam buluh. Masa tahun 1980-an aku masih di bangku sekolah rendah. Masa tu mana ade ingat malu atau takut. Maklum la berpegang pada kata-kata "Bulan posa takde hantu, semua hantu kena ikat". Main sampai lupa diri. Ingat lagi permainan favourite masa kat kampung (zaman kanak-kanak aku), bermain sorok-sorok time orang gie sembahyang terawih. Siap tukar-tukar baju konon-konon nak mengelirukan orang. Heheheh.. Dah berlalu dah zaman tu.. Sekarang, tak nampak dah budak-budak kat kampung nak main mcm tu, jauh sekali kalau nak lihat di bandar metropolitan ni!

Kalau dah namanya bulan puasa, bulan Ramadan, kita kena mengamalkan segala yang baik-baik. Banyakkan berselawat, berzikir, bersolat sunat, menderma, berzakat dan segala perkara kebaikan. Namun tak semua mcm tu.. Semalam habis aje solat terawih kat surau yang berdekatan rumah, mcm biasa nak balik ke rumah. Tapi keadaan tiba-tiba rasa macam nak marah. Segera beristiqfar, mohon diberi kesabaran. Mana tidaknya selipar suami hilang, selipar adik ipar pun hilang jugak. Eh, ni tak baik tau. Kita ke surau nak cari pahala, bersolat terawih berjemaah. Tapi kenapa nak curi selipar orang. Apa-apa pun betulkan niat dulu.. Jangan cemarkan bulan mulia ini dengan segala keburukan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy