30 September 2011

Baby Kembar

Salam kepada semua blogger dan salam sayang untuk pembaca blog BicaraQaseh.


Sudah lama tak menulis blog kesayangan ni.. Pelbagai halangan yang mendatang, yang bergolek, yang melayang dan macam-macam lagi la.. Nak ucap selamat hari raya, Syawal dah pun berlalu. Hari ni pun dah masuk 2 Zulkaedah 1432H. Cepat masa berlalu sampaikan tak sedar dah nak masuk bulan Oktober dah pun esok. Memandangkan dah lama tak berkongsi cerita suka duka, hari saja-saja nak kongsi tentang kembar siam yang pelbagai. Perkongsian ni aku petik daripada akhbar Berita Harian (27 September 2011), Ruangan Ratu.

Kalau orang dapat anak kembar memang seronok habis kan..Nak-nak dapat sepasang. Memang teringin pun nak dapat kembar. Abang ipar aku yang ketiga ada anak kembar lelaki (Idzafar dan Idzfran). Dilahirkan 4 tahun yang lalu.. Montel lagi sehingga kini.. Yang paling tabik habis dua orang anak buah yang kembar ni dilahirkan secara normal lagi! Tahniah ye Puan Yanti (Mak Lang: Masih ternampak2 lagi perutmu yang besar tak hingat masa mengandungkan baby kembar tu). Ini cerita kembar yang berasingan.. Lain pulak ceritanya kalau dilahirkan kembar siam (kembar yang melekat mana-mana anggota tubuh badan). Rupa-rupanya ada pelbagai nama kembar siam ni.. Istilah kembar siam berawal dari pasangan kembar siam terkenal Chang dan Eng Bunker (1811 - 1874) yang lahir di Siam (sekarang Thailand).

Jom kita tengok jenis-jenis kembar siam:

Terata Catadidyma yang merujuk kepada kembar yang bercantum bahagian bawah badan atau satu badan berada di atas dan satu badan sebelah bawah.


  • Pygopagus: membelakang dan bercantum bahagian punggung
  • Ischiopagus: bercantum bahagian sakrum
  • Dicephalus: satu badan, dua kepala
  • Diprosopus: satu badan, satu kepala, dua muka
Terata Anadidyma merujuk kepada kembar satu badan bahagian atas, tetapi dua anggota di saparuh badan bawah atau kembar bercantum dengan bahagian anggota tambahan bahagian anggota bawah 
  • Cephalopagus: bercantum bahagian kepala
  • Syncephalus: bercantum bahagian wajah
  • Cephalothoracopagus: bercantum bahagian wajah dan sekitar dada
  • Dipygus: satu bahagian atas badan dengan dua badan bahagian bawah (sekitar andomen, pelvis dan kaki)
Terata Anacatadidyma merujuk kepada kembar yang bercantum di mana-mana, sepanjang bahagian tengah badan.
  • Thoracopagus: bercantum bahagian dada, berkongsi satu hati atau mempunyai sambungan jantung; beberapa organ di abdomen tidak lengkap
  • Omphalopagus: bercantum bahagian dada
  • Rachipagus: bersambung bahagian saraf tunjang hingga ke punggung





Ingatlah Firman Allah dalam surah Al-Sajdah yang bermaksud:

“Tuhan yang membuat segala sesuatu yang diciptakan dengan sebaik-baiknya dan yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menciptakan keturunannya daripada saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan ke dalam tubuhnya akan roh ciptaan-Nya”.

Allah s.w.t menciptakan manusia sebaik-baik ciptaan. Hal yang membezakan manusia dengan ciptaan yang lain ialah akal. Dengan akal, tuhan membiarkan manusia berfikir dan menilai antara yang baik dengan yang buruk.
(htttp://www.yadim.com.my)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy