12 Januari 2012

Air Mata di Hari Pertama Persekolahan

Salam kepada semua blogger. Dah lama rasanya tidak menerbitkan entri baru. Bukannya tak rindu tapi memang tak sempat langsung nak mengemas kini blog kesayangannya ni. Penghujung tahun 2011 memang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang tidak dapat dielakkan. Aku dah berpindah ke office baru di Sri Damansara. Dulu office kami di Bukit Damansara. Letih jangan disangkal lagi... Sakit habis badan-badan bila mengemas kotak-kotak. Akhirnya semuanya telah selesai...

Kali ni bukan nak bercerita tentang perpindahan office pun.. Aku nak bercerita tentang hari pertama persekolahan anak aku yang ketiga (bongsu buat masa ini). Adik nama panggilannya mula bersekolah pada 9 Januari 2011 iaitu pada hari Isnin baru-baru ini. Dia mengambil tempat di sekolah Angah tahun lalu iaitu di Tadika Nursaadah, Kubu Gajah. Angah dah ke Smart Reader Kids bagi sesi persekolahan 5 tahun. Kakak dah pun masuk Darjah Satu di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak. Cepatnya masa berlalu.. Semua puteri aku dah bersekolah tahun ni..
Hari pertama Adik ke sekolah, aku yang hantar. Dia excited masa nak gie sekolah tu.. Dah galas beg Angry Bird, lengkap beruniform serta bertudung. Hati aku berbunga-bunga la sebabnya nampak Adik ok aje nak ke sekolah. Sampai di sekolah macam biasa, ramai ibu bapa menunggu anak-anak. Aku pun sama la jugak. Adik dah masuk kelas, aku tengok dia di depan pintu kelas. Kiranya dia memang nampak aku. Ada jugak ibu bapa budak-budak lain yang menunggu di dalam kelas. Budak-budak yang menangis jangan dikira. Aku sengaja menghilangkan diri di sebalik tingkap, apa lagi.. Si Adriana Nadrah mula menangis... "Mama.. mama.. jangan tinggal adik.." Aku maintain.. cool... "Mama kat sini la"..

Adik ok aje bila nampak aku.. Tapi kembali menangis bila aku mengangkat kaki nak gie keje. Adoi.. mcm mana ni? Umur 4 tahun terlalu kecik ke nak ke sekolah? Kakak ngan Angah dulu ok aje... Mungkin sebab dia yang bongsu kot.. Macam-macam andaian yang bermain dalam fikiran aku masa aku melangkah keluar dr sekolah Adik. Aku mula sebak lalu menangis semah-mahunya... Nak tenangkan hati call biras aku.. Kak Zai.. dia gelakkan aku.. Pastu Encik Suami call pulak.. Lagi kuat aku menangis... Encik Suami yang sentiasa tenang...menjawab "Cikgu kat sekolah tu tahu la nak buat mcm mana... Takpe la adik tu, kalau penat nangis tu, tidur la dia kejap lagi.." Aku masih menangis... Ni ayat yang terkeluar dari mulut aku.. "Mama tak nak pregnant dah.. cukup la dah ade tiga org tu!"

Encik Suami tergelak aje. "Apa kena mengenanya dengan situasi anak menangis di sekolah dengan pregnant?". Kenapa takde kena-mengena? Ada la... Aku mcm fobia tengok anak bongsu nangis kat sekolah.. Kalau pregnant, Adik dah tak jadi anak bongsu, adik baru pulak.. Pastu masuk sekolah menangis lagi sbb manja.. Ah! tak nak nangis lagi.. Buruk betul la bila menangis beria-ia.. Hehehe... Kenapa le aku jadi macam tu... Agaknya naluri keibuan memang gitu kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy