31 Mei 2011

Hari Lahir ke-33

Salam kepada semua rakan-rakan blogger especially kepada sesape yang sudi singgah di Blog BicaraQaseh.
Nak update citer semalam. Semalam (30 Mei 2011) genaplah umur aku 33 tahun (dah tua ye..). Anak pun dah 3. Memang sesuai sgtlah..Bukannya apa, semalam ramai jugak yang wishes kat Facebook. Bagus jugak FB ni sebab meenyenangkan dalam banyak aspek, sebagai reminder, sebagai medium perhubungan, medan perniagaan dan macam-macam lagi. Kita ambik yang positif aje, yang negatif, yang kuning, biru, hijau atau lain-lain kita boikot tau!. Aku dari dulu lagi sejak tahu apa itu hari lahir memang sedih la bila time birthday.. (sentimental la pulak..) Bukan apa, bila sampai aje tarikh 30 Mei, mesti orang akan ingat.. tapi bukan ingat tarikh lahir aku ye.. tapi ingat cuti sekolah. Cuti sekolah kerap kali jatuh pada hari lahir aku.. So, orang akan lupa le.. Birthday semalam pun mcm biasa aje..

Terima kasih kepada semua yang mengingati aku..
Encik Suami takde, gie keje (wish birthday kat telefon, bukan orang pertama yang wish). Encik Suami, mana present? Lupa ke? Ke buat-buat lupa? Masa bercinta dulu, mama dapat kek, dapat roses lagi.. Kalau skrg dapat roses pun mama tak kisah janji jgn tunjuk roses dalam majalah udah le.. Anak aku yang sulung lagi kelakar.. Dari hari Ahad nak belikan hadiah kat aku.. Sebelum-sebelum ni pun dia pernah sebut nak beli hadiah kat mama ni sebab mama diaorang selalu menyebut "nanti birthday mama, jgn lupa beli hadiah"..Hehehe. Ni dialog aku sebelum-sebelum ni (dua minggu lepas) ngan si anak aku yang sulung..

Mama: Nanti birthday mama.. Sape nak beli hadiah kat mama?
Anak-anak: Saye! (tiga-tiga mesti angkat tangan punye sbb tak nak kalah..
Mama: Kakak nak beli ape?
Kakak: Nanti kakak besar, kakak belikan mama 4 kereta.. Angah pun sama beli 4 kereta kat mama (Kakak mewakili Angah)
Mama: Best nya.. mesti seronok dapat bawa kete lain-lain tiap2 hari sebab ada 8 kete..

Di bawah ni pulak dialog pada hari Ahad yang lepas..
Kakak: Mama, nanti kakak belikan hadiah kat mama..
Mama: Kakak nak beli ape kat mama?
Kakak: Beli hadiah la sebab Happy Birthday mama..
Mama: Ooo.. nanti tunggu ayah balik ye?
Kakak: Tak le, esok kakak beli le..
Mama: Kakak ade duit ke nak beli hadiah kat mama..
Kakak: Ade seringgit aje, takpe la kakak pinjam kat bibik le..

Anak-anak memang macam-macam karenahnya. Semalam kakak tak belikan mama dia ape-ape pun..Sebaliknya mamanya membawa semua anak-anak ke PMC. Kakak demam le.. 39 darjah celcius. Kesiannya anak mama..

Kandungan Luar Rahim..

Salam sayang untuk semua blogger.
Aduh! Sakitnya perut.. Kalau korang tengok tajuk entri tu, mesti korang ingat anak-anak aku yang dilanda kekembungan. Bukan anak-anak tapi mama diaorang... Macam nak tercabut jugak nyawa ni menahan sakit pagi tadi..(3.52 pagi) Kejadian ni minggu lepas..tak sempat nak publish... Tiba-tiba aja perut rasa ditarik-tarik, nak buang angin tak boleh. Menahan kesakitan sorang-sorang, tengok anak-anak lena diulit mimpi mungkin. Aku mengambil balm panas menyapu di perut sendiri. Akhirnya terlena sampai k pukul 6.00 pagi. Bangun mandi dan pegi keje macam biasa. Kalau ikutkan perut yang sakit ni.. memang tak nak gie opis..ditambah dengan cuca hujan lagi.. Tarik selimut memang best ni..Orang kata kalau kita sentiasa berfikiran positif, mesti sepanjang hari kita aka menjadi ceria dan positif jugak. Kembung perut sikit aje, kalau boleh berjalan, boleh makan kiranya ok lagi le tu..(Cuba positifkan diri, motivasi diri sendiri).

Bila sakit perut macam ni teringat peristiwa 22/3/2008. Masa ni aku pregnant anak ketiga, usia kandungan baru 2 bulan. Angah kecik lagi masa ni.. rasanya 1 thn ++ aje.. Masa disahkan pregnant tu, aku memang panik habis, apa tidaknya baru aje lepas caesarian kat Angah dah pregnant pulak. Kalau caesar at least 3 thn baru boleh pregnant balik. Bila aku rasa pening kepala berpusing-pusing, memang pregnant le tu. Tapi masa pening tu konon-konon tak nak menerima kenyataan diri dah berbadan dua. Aku gie klinik, mula-mula samar-samar aja keputusannya, tapi akhirnya doktor mengesahkan aku hamil. Masa tu jalan macam tak berpijak di bumi yang nyata. Memandangkan aku dah berbadan dua terus aja aku ke PMC (Putra Medical Centre).. Tak nak ke hospital kerajaan (takut dimarah oleh doktor sebab "termengandung"-buleh ke istilah ni?) Doktor kat PMC rileks aje, jadi aku pun tak la panik sangat menjalani rawatan sepanjang proses kehamilan kali ketiga.

Namun pada tarikh yang aku katakan tadi, aku mengalami sakit perut yang tak dapat aku gambarkan. Kalau bleeding mungkin tanda-tanda keguguran. Perut kembung takleh nak keluar angin. Dah minum ENO, tak jalan jugak, minum air bergas pun macam tu jugak..Nasib baik masa tu Encik Suami ada. Malam tu keadaan aku bertambah teruk, dan Encik Suami terpaksa memapah aku ke klinik. Doktor pun membuat CTC scan, tapi tak pasti sangat punca yang menyebabkan aku sakit. Keesokan harinya aku sekali lagi discan oleh Pakar Scan. Keputusannya aku didapati mengandung luar rahim dan juga berkemungkinan satu janin lagi berada di dalam rahim. Doktor pada masa tu berkata kejadian ni jarang-jarang berlaku 1:10,000. Memandangkan tiroid aku tinggi, doktor di PMC tak nak mengambil risiko. Aku dihantar ke hospital kerajaan. Di sana, aku dimarah habis oleh doktor. Macam-macam dikatanya aku ni.. salah satunya, ada pelajaran, bekerja tapi tak pandai nak plan utk pregnant. "Oii.. doktor, aku pun tak sangka nak jadi macam ni.."(Merungut dalam hati aje ni!).

Akhirnya aku dibedah dan satu tiub fallopian aku dah pecah dek kerana kandungan luar rahim. Dan akhirnya juga tiub fallopian sebelah kiri aku terpaksa dibuang. Kes ni dikira mcm keguguran le.. Aku dapat mc 45 hari.. Sblm discharge, aku suruh doktor scan dulu memandangkan doktor di PMC kata berkemungkinan aku pregnant kembar, satu di dalam rahim satu di luar rahim.. Tapi doktor tu degil.. Macam ni dialog dia ngan aku.
Aku: Doktor, tak nak scan dulu ke, saya nak pastikan baby saya yang dlm rahim tu..
Doktor1: Puan, takde ape nak scan lagi.. tiub fallopian puan dah pecah kami dah buang pun..
Doktor2: Ye puan, puan dah takde baby lagi..puan dikira seperti keguguran la..

Akhirnya aku discharge tanpa discan dulu..Aku balik kampung dengan gaya orang lepas keguguran la.. yang menjadi kemusyikilan, naluri aku tu lain. Selera tu tak macam org berpantang.. Nak makan limau masam, dan yang paling pelik aku siap masak tom yam lagi.. Mak aku dah marah-marah.. Katanya orang berpantang boleh makan mcm tu ke? Hehehe.. dah selamat 45 hari aku balik ke KL.. Aku ke PMC sekali lagi.. dan setelah discan, apa yang terjadi???
Doktor: Alhamdulillah, baby puan sihat..dah 3 bln lebih ni..
Aku: terlopong.. baby?
Doktor: ye baby puan dalam rahim ni..

Cuai betul doktor di hospital tu. Memang sah aku pregnant twin.. Kejadian ni 1:10,000.. Maha Suci Allah yang Menciptakan Manusia..hamba Allah yang sebaik-baik ciptaan-Nya.. Alhamdulillah.. aku melahirkan seorang bayi perempuan yang sempurna pada 9 November 2008.. Adriana Nadrah (3.7kg - caesarian).

25 Mei 2011

Demam Lagi...

Salam kepada semua blogger.
Bagaimana dengan hari anda? Aku harapkan semuanya berjalan lancar. Semalam aku menghantar Encik Suami ke KL Sentral, kejap aje 2 minggu. Encik Suami dah balik bekerja.. Anak-anak aku mcm berat aje nak melepaskan ayah kesayang mereka pergi keje. Aku pun sama jugak, tapi nak buat macam mana begitu kejenya.. dua minggu di darat, dua minggu di laut.. (Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk abang). Anak-anak lepas balik aje dari menghantar ayahnya, macam dah menjadi satu rutin pulak, mesti nak singgah ke stesen minyak.. mcm shopping aje kat stesen minyak tu! Macam-macam nak dibeli terutama sekali air yogurt Bliss tu (memang dah menjadi kewajipan pun..) Lepas tu ambik chocolairs, Rocky..dan bla..bla.. bla.. Nak buat macam mana.. nama pun anak-anak. Tapi aku betul-betul konpius anak-anak aku yang 3 orang ni, jarang sekali nak mintak yang bukan-bukan dengan ayahnya. Balik-balik duit mama jugak yang dimintak. Memang aku dah buat kajian ni dah lama.. memang jarang sekali nak mintak ayah belikan permainan ke, buku ke atau ape-ape ajelah.. Kalau dengan mama yang garang macam singa ni jugak la yang nak beli macam-macam.. Kenapa ya???

Berbalik kepada cerita demam ni.. pagi tadi aku pegang dahi Adik (anak aku yang bongsu), panas! Demam agaknya.. Baru minggu lepas Angah demam sampai 2 hari tak gie sekolah. Adik pun aku rasa dua minggu lepas dah demam.. Anak-anak aku selalu akan demam di kala ayahnya balik bekerja. Ermm.. mungkin rindu kot kat ayah dia.. Atau mungkin nak bagi mama dia belajar lebih banyak erti kesabaran menjadi ibu dan ayah selama dua minggu. Memang terasa beratnya bila anak-anak demam, batuk, selsema.. Biasanya kalau sorang dah kena, mesti kesti ketiga-tiga orang sekali demam.. Selalunya budak-budak kalau dah demam, mesti muntah. Bab ni memang menguji betul kesabaran.. Mana tidaknya, terpaksa bangun, tukar baju anak, buka cadar lagi.. Memang sering terjaga..

Masih aku teringat lagi masa anak aku si Kakak (anak yang sulung) kecik-kecik. Dia memang kerap demam. Sampaikan aku menangis kat mak aku di kampung. Memang susah hati sangat sebab anak aku kerap demam. Masa tu aku belum ada bibik lagi.. Aku hantar kakak ke nursery, pastu hantar ke rumah pengasuh kat depan rumah aku aje. Masa di rumah pengasuh ni Kakak memang kerap demam, yang aku tak tahannya si pengasuh tu boleh cakap kat aku anak aku busuk sebab selsema.. Hati ibu mana tak sedih bila ada orang cakap macam tu kat anak sendiri. Kalau ikutkan hati aku mahu aja aku ungkit segala kesusahan yang dia buat kat aku. Selalu bercuti tak kira masa, ambik susu anak aku bagi kat anak dia.. ubat tu jangan cakap la..aku bukan nak kata aku ni bagus sangat tapi aku akan pastikan anak aku dapat rawatan dari klinik setiap kali dia demam ke sakit ke.. Tak kira kalau setiap kali ambik ubat tu harganya kedang-kadang mencecah lebih RM100. Bila aku gie keje, si pengasuh tu akan mesej kat aku "Mama Anis, saya ambik ubat anak awak sikit untuk anak saya".. Buleh pulak macam tu..Kalau bab bayaran mengasuh, selalu ambik advance.. Belum lagi tengah bulan dah mintak gaji.. Adoi..

Atas alasan itu, aku akhirnya mengambil pembantu rumah. Biarpun tua, alhamdulillah dia menjaga anak-anak aku dengan baik. Biar pun kadang-kadang tu aku rasa tak puas hati dengan keje-ke yang dilakukan agak menyakitkan mata, aku pasrah dan redha aja. Janji anak-anak aku sihat dan bulat-bulat lagi. Janji takde orang kata kat anak aku yang bukan-bukan. Alhamdulillah, anak aku baik Kakak, Angah dan Adik jarang-jarang kena demam atau batuk yang teruk. Tapi dalam setahun tu buleh dikira la kalau nak demam serentak tu jarang.. kalau cuaca yang panas atau tak menentu mesti budak-budak kena demam. Kalau di kampung, mesti ada saja petua yang digunakan untuk mengurangkan panas atau demam. Antaranya daun raya yang di ramas-ramas dan diletakkan di kepala, daun setawar pun sama jugak. Kalau mak aku mesti dah rebus barli yang dicampur dengan halwa kundur. Semoga anak aku cepat sembuh, minggu depan nak balik kampung.. Permatang Ara, Sungai Bakap!.Seronoknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy