30 November 2010

Konsert Smart Reader

Salam kepada semua bloger,
Sekadar bercerita dan ingin berkongsi... Jumaat lalu aku sempat mengadiri konsert Smart Reader di Auditorium Summit, Subang Jaya. Aku pegi sbb anak sulung aku ada bersekolah di Smart Reader. Konsert ni gabungan Smart Reader Subang Bestari dan Smart Reader Subang 2. Mcm2 gelagat. Maklum aje la semua budak2 membuat persembahan tarian. Budak 3 & 4 tahun yang lucu. Bukan nak menari sgt...Tengok kawan2 ler..Kalau nampak mak dan ayah lambai2 ler..
Anak aku, biasa ler. Di luar jangkaan. Aku ingat pemalu, sbb kat rumah dia tak nak tunjuk kalau aku suruh. Tapi aku perasan jugak kalau tengok tv tu pernah jugak dia tergedik2 kat depan tv.. aku buat2 tak nampak aje la... Dia menari bersungguh2.. Siap marah kawan lagi tu...Tahniah Annisa Nasuha. Mama tak sangka kakak ni pandai rupanya. I'm so proud of you!
Eh, sebenarnya aku tak nak bercerita tentang konsert tu sangat. Tapi nak bercerita tentang Smart Reader(SR). Memang tabik habis dekat SR... Kalau nak imbas bali zaman aku masa bersekolah dulu memang jauh sekali ler.. Rasanya memang tak pernah dengar la Smart Reader.. Masa tahun 1980-an dulu yang ade pun Tabika Kemas dan Tabika Rukuntetangga. Aku bersekolah Tabika KEMAS. Pergi sekolah pakai baju biasa aje. Mane ade uniform. Daftar sekolah pun cuma berapa ringgit aje. Belajar pun cuma mcmmana nak kenal huruf, angka sikit, mengeja pun rasanya sikit aje kot...
Berbanding anak aku pada era milenium ni... Berbeza memang berbeza. Aku pulak naik marah bila anak tak tahu nak buat homework. Dulu masa aku 5 thn mane ade homework. Belajar pun sikit aje. Bahasa Melayu dah pandai baca karangan. Bahasa Inggeris siap susun perkataan sehingga 8 perkataan menjadi ayat, belum lagi subjek Sains sampai kena melabelkan yg mana branch, stem, leaf, flower etc.... Subjek maths lagi ler... no dah belajar sampai 50, campur, tolak, nak kira duit semua ada. Hebat rasanya budak2 sekarang... Itu la kalau 5A tu dah jadi mcm kacang pulak.
Kalau zaman mama dulu, kalau dapat 3A 1B pun dah kira pandai tu.. Satu sekolah selalunya tak ramai yg dapat result yg excellent. Masa mama UPSR dulu, sekolah mama sorang aja yang dapat 4A.. 6 orang lagi dapat 3A 1B... Mama dapat 3A 1B. Tu pun dah kira pandai la masa zaman tu.. Mama harap peluang yangsedia ada pada waktu sekrang ni tak disia-siakan. Mama harap anak mama menjadi seorang yang solehah, pintar sepandai nama sekolahnya yang gah itu.. Smart Reader Kids... Amin.

26 November 2010

Kemalangan Berganda

Salam pagi Jumaat untuk semua pembaca,
Pagi2 ni tetiba aja jiwa aku kacau. Resah memikirkan surat hadir ke mahkamah semalam. Surat tu dr. peguam di salah sebuah firma guaman sekitar sg. buloh. Bengang la jugak sbb kalau nak diikutkan bukannya salah aku...
Aku nak cerita sikit fasal kejadian yg menyebabkan aku menerima surat untuk hadir ke mahkamah. Pada 23 Julai 2010, aku memulakan perjalanan ke tempat keje mcm biasa. Hari ni hari Jumaat, hari juga genaplah usia 3 thn bg anak aku yg kedua. Dalam 6.30 aku keluar umah mcm biasa. Perjalanan aku mcm biasa saja, namun bila tiba di kawasan Subang Bestari aku cuba mengelak jalan yang berlubang teruk. Tetiba aja kereta aku berlanggar ngan Honda City yang dipandu oleh seorang perempuan. Keadaan masa tu masih gelap. Tak nampak apa yang terjadi kat kereta dia...mungkin bumper dia crack. Aku kata nanti kita settle aje la... Sama-sama nak rush utk ke tempat keje.
Aku meneruskan perjalanan mcm biasa. Mana aku tahu masa tu radiator keta aku dah pecah. Jauh jugak aku bergerak. Sampai lepas tol Kota Damansara. Aku tengok temprature keta aku dah mencecah tinggi. Keta aku mula semput. Dan aku ketepikan keta aku ke tepi. Ingat lagi kat kilometer 18.5 NKVE menghala ke selatan. Aku call merata2 sampai last sekali aku call plus. Masa tu pukul 7.00 pagi. Dalam 7.35pg plus tak sampai2 lagi. Masa tu aku dah hidupkan emergency light (Hazzard). Cumanya aku tak keluar dr kereta sbb dok tunggu plus datang. Aku terpandang cermin. Aku nampak stu motosikal tu laju benar. Tup2 dia dah langgar keta aku. Tercapak dia 1 meter ke tengah jalan. Nasib baik ade satu waja tak langgar dia... Nasib dia lagi baik treller kat belakang waja tu sempat brek.
Habis bumper belakang kereta antik aku pecah. Tayar pun pecah. Jalan dah jammed kiri dan kanan. Aku panik giller... Kaki dia dah patah... Aku call ambulans. Kereta aku kena towing sampai sg. buloh. kena rm150. bila penunggang moto tu dia bawa ke tepi, baru la peronda plus sampai... Memang nak jadi cerita la...Aku gie buat report di balai polis pj. Semuanya berjalan mcm biasa. Aku claim insurans sendiri... Tup2 smlm aku terima surat hadir ke mahkamah. Dia buat statement mcm org bengong. Dia langgar aku, dia kata aku secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan, Ape ke bengong dia ni? Aku gabra jugak. Tapi bila dah sembang ngan kawan lama aku yang merupakan peguam, reda sikit la... Semua akan diuruskan oleh peguam insuran katanya..
Kalau ikut hati nak aja aku jumpak penunggang motosikal tu. Mata ada tapi tak guna. Aku bukan langgar dia la.. Tapi dia yang langgar kereta aku... Bangang dang bengong betul. Inilah kemalangan berganda yang tidak aku duga.. Apa2 pun memandu kena berhati-hati. Kalau kita tak langgar orang, orang pulak akan langgar kita. Fobia memang tak akan hilang...Tapi keadaan memaksa aku melupakan segala ketakutan dan aku terpaksa terus memandu biarpun takut mcm mana sekalipun..

25 November 2010

Demam Peperiksaan

Salam kepada semua pembaca blog,
Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menjawab soalan utk adik2 yang menduduki peperiksaan SPM. Hari ni hari ketiga peperiksaan SPM berjalan. Buat masa sekarang ni mesti ada yang berdebar-debar. Soalan apa nak keluar nanti... Buleh jawab ke tidak... Senang ke susah..
Mengimbau kembali perjalanan SPM aku masa tahun 1995... Hish memang demam habis la.. Calon SPM sekolah aku masa tahun tu cuma 50 orang aja. Ada 2 kelas masa tu, kelas 5 Mawar ngan kelas 5 Melur. Kelas Mawar ambik bahasa Arab Tinggi dan paper Prinsip Akaun. Kelas Melur ambik bahasa Arab Komunikasi ngan paper perdagangan. Lain-lain2 paper sama aje la...
Aku kelas 5 Melur. Memang berpeluh2 menjawab soalan. Yang pastinya kertas Bahasa Melayu senang la. Memang favourite pun. Lain2 paper kuserahkan pada takdir. Masa trial pun result aku teruk. Kesian mak aku kena datang sekolah. Almaklum la dapat pangkat 3. Hish teruk betul kan? Dipendekkan story, result SPM diumumkan. Semua calon SPM mendapat pangkat 1, kecuali 3 orang pelajar dan salah seorangnya ialah AKU. Sedihnya tak tahu nak cakap. Mencacatkan markah sekolah. Namun aku boleh berbangga dengan keputusan yang aku dapat. Taklah seteruk keputusan masa trial dulu. Alhamdulillah aku dapat A2 dlm subjek bahasa Melayu, C4 untuk subjekk bahasa Arab dan bahasa Inggeris. namun pangkat 2 tak melayakkan aku masuk U. Ramai kawan2 aku meninggalkan aku... Mereka terus ke menara gading... Tapi aku, aku tak dapat ke mana2...
Aku meneruskan pelajaran di tingkatan 6. Sekali lagi aku dilanda demam peperiksaan. Tapi kalau diikutkan ni merupakan peperiksaan terakhir di alam persekolahan. Kalau tak, masakan nak dipanggil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)... Alhamdulillah, aku berjaya menempuh STPM biarpun mendapat result biasa2 aja. 3P 1R melayakkan aku menjejak kaki mengambil Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Komunikasi Massa pengkhususan Penerbitan. Bidang yang glamour, tapi aku tetap biasa2 aja. Alhamdulillah dapat menamat pengajian di Institut Teknologi Mara (ITM) dulunya dan kami la batch pertama grad menggunakan jubah baru apabila ITM menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Terima kasih UiTM kerana menjadikan aku insan berguna!
Demam peperiksaan aku tidak terhenti di sini. Aku kembali belajar. Masa ni aku dah pun memegang status sebagai isteri dan sebagai ibu. Aku meneruskan pengajian bagi memiliki sarjana. Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pengajian mengikut perancangan dan masa yang telah ditetapkan. Aku berjaya menggapai segulung sarjana pada usiaku 30 tahun. Kali ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Universiti Malaya khususnya Akademi Pengajian Melayu kerana berjaya memberi aku ilmu yang berguna...
Adakah perjalanan aku akan menemui sekali lagi demam peperiksaan? Rasanya bila dah memegang title ibu beranak 3 ni.. perjuanganku mungkin berhenti di sini. Kadangkala terdetik juga di hati untuk kembali merasai kenangan apabila dilanda DEMAM PEPERIKSAAN. Kini demam peperiksaan masih aku rasa, demam bila anak nak menduduki exam. Mampukah anak2 mama meneruskan cita2 mama...
Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat 3 puteri mama yang baik, yang bijak, yang pandai dan yang nakal juga... Mama sayang anak2 mama.. Annisa Nasuha (5 tahun), Aina Najla (3 tahun) dan Adriana Nadrah (2 tahun).

18 November 2010

Salam AidilAdha Buat Semua..

Salam kepada semua pembaca blog,



Hari Raya Aidiladha masuk hari kedua...Hari ni aku dah bekerja semula. Masih ramai lagi yang bercuti... Aidiladha tahun ni disambut secara sederhana di rumah baru. Aku cuma buat ketupat daun pisang aja. Tu pun dibantu oleh bibik. Dalam pukul 9.30 pagi, aku membawa charlies angle aku ke rumah mak mertua.



Kat umah mak mertua takde buat ape2 pun. Lepak2 aje. Gie umah abg ipar keduakat sebelah umah mak mertua. Kak Zai (biras aku) masak rendang ayam. Sedap!Pastu lepak semula kat umah mak mertua. Adik ipar aku si Yaya sibuk memasak nasi dagang. Sedap jugak la walaupun tak guna beras nasi dagang. Dia memang pandai memasak.



Mata aku mula berat, apa lagi time untuk landing la, perut dah kenyang dgn mcm2 hidangan. Masa mata dah nak terpejam, anak kedua aku mula nak mengamuk. Dia nampak aku nak tidur. Dia merengek2 nak beraya. "Mama, jom ar, jom le raya.." "Nak raya kat mane?" "Jom le raye kat luar.." "Angah, raye haji ni org tak gie mane2... raye kat umah aje.."Ala...Angah nak raya kat luar jugak.." Mcm tu ler bunyi dialog aku smlm. Berguling-guling jugak dia kat lantai umah nenek dia sbb nak gie raya..

Kesian kat anak aku tu.. Bila raya, mesti dlm kotak fikirannya buleh jalan2 ke rumah org lain, buleh makan biskut raya.. Bukan kata Angah saja.. Mama dulu pun mcm tu.. Tapi mama dulu tinggal kat kampung. Masa mama kecik dulu, mama cukup gembira bila nak raya. Tak kira Aidilfitri atau Aidiladha. Sbb bila nak raya mama dapat tempah baju raya. Masa zaman mama, baju cuma ditempah 2 kali setahun, maknanya bila hari raya la tu... Memang gembira la bila sambut raya...walaupun memakai kain yang harganya rm1.80 per meter. Kiranya rasa hebat dah tu..

Tak mcm sekarang, anak2 nak pakai baju branded aje.. Bukan anak aje, mama dan ayah pun sama. Tapi bukanlah semua nak branded aje... Kiranya tak mati lagi kalau pakai purse LV tiruan yang dibeli di gerai2 kecik...Hehehehe.. Kiranya taklah memilih sgt.. pandai mengukur baju di badan sendiri. Sendiri mau ingat le ..

Salam Aidiladha untuk semua.. Ampun dan maaf dipinta..

11 November 2010

Keputusan UPSR Cemerlang

Salam kepada semua pembaca,

Semalam keputusan UPSR bagi murid darjah enam dah keluar. TAHNIAH kepada semua murid tahun 6 di seluruh negara. Mcm mana perasaan mak dan abah yang ada anaknya menduduki UPSR... Mesti semuanya mengharapkan keputusan yang cemerlang. Teringat pulak masa aku ambik UPSR tahun 1990.

Masa tahun 1990, seingat aku tahun ni bermula UPSR dengan 4 subjek. Thn2 sblm ni semuanya 5subjek. Tahun ni jugak ada Ujian Pengesanan. Ingat lagi soalan paper ni menguji IQ. Memang kami berhabis-habisan study. Cikgu kelas aku masa ni ialah Cikgu Osman Kechik. Sekarang dah bersara rasanya. Memang bertungkus-lumus mengajar kami tanpa jemu. Memang tabik la cara dia mengajar kami. Siap ngan denda dan mcm2 lagi... Akhirnya aku mendapat 3A 1B bersama 6 rakan yang lain. Kiranya masa tu kami ni best student la di SKSB... (perasaan la pulak)..

Kami telah berjaya ditempatkan di sekolah berasrama di Jalan Burma, Pulau Pinang. Masa ni rasa bangga la konon sbb jarang2 budak kampung dapat masuk asrama.. Memang tak dapat dinafikan UPSR mendorong kami berusaha dengan lebih gigih. Dalam erti sebenar menjadi orang yang berguna.
Tapi kalau keputusan tidak cemerlang..tak bermakna kita tidak boleh berjaya. Kadang-kadang kejayaan pada hari ini bukan jaminan untuk berjaya pada masa hadapan. Apa yang penting, berusaha dan terus berusaha.. 5A, 4A, 3A, 2A, 1A, tiada A itu bukan ukuran. Kalau gagal hari ini mulakan langkah untuk berusaha menggapai kejayaan pada hari-hari mendatang. Amin.

10 November 2010

Perebutan Hak Penjagaan Anak

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan blog.
Hari ni saya nak berkongsi sedikit cerita tentang penjagaan anak-anak kalau berlaku penceraian. Dari pengamatan saya, selalunya kaum ibu lebih banyak nak dapatkan hak penjagaan anak. Mungkin naluri keibuan yang tinggi mendorong kaum ibu memperjuangkan hak untuk mendapatkan penjagaan anak.
Senario ini memang biasa. Kasih sayang ibu rasanya sukar digambar dengan kata-kata. Tapi berlainan pulak dengan cerita yang akan saya kongsikan... Entahlah.. mungkin dunia akhir zaman begini jadinya cerita ni.. Kejadian dan kisah ini rasanya cukup dekat dengan saya... Almaklum saja la.. Si pelakon cerita ini memang ada pertalian saudara dengan saya...
Kalau ikutkan hati saya mahu saja dipelempang si IBU ni.. Entahlah.. Dulu masa orang suruh belajar tak nak. Nak sangat kahwin. Sampaikan tak sempat nak ambik SPM. Kalau pegi sekolah macam2 alasan dibagi. Pening la, subjek susah la.. Tak nak jadikan pengajaran. Mak dia ditinggalkan suami masa umur si IBU ni setahun dek kerana ada orang ketiga. Secara logik akal si IBU ni kena la belajar bersungguh-sungguh, nak bantu mak dia. Tapi tak berakal jugak si IBU ni.. Akhirnya berkahwin di usia muda. Rasanya 16 tahun kot...
Lepas tu dapatlah anak..Dari seorang, kemudian dua dan akhirnya tiga. Ooo.. mungkin kahwin muda rasanya mereka bahagia. Bila dah anak tiga, suami si IBU ni buat hal. Tak nak keje, mula berbohong. Akhirnya rumahtangga yang dibina hancur berderai dengan penceraian. Dah bercerai satu hal.. Anak-anak mulanya dijaga oleh mak si IBU ni.. Si IBU ni rasa tak bebas. Maklum aja la.. dah jadi janda pada usia muda pulak.. Dipendekkan cerita, dia menyerahkan 2 anaknya kepada bekas suami dan dijaga oleh bekas mertuanya. Bila cuti sekolah anak2 tu balik ke umah mak si IBU ni..
Baru-baru ni saya balik kampung, mak si IBU ni mengadu kat saya. Katanya si IBU ni nak menyerahkan anak bongsunya pulak kepada bekas suaminya.. Ni yang menimbulkan kemarahan saya... Lupa nak dicerita.. Si IBU kini dah berkahwin lain. Menjadi isteri no. 2 kepada seorang Penjual Cendol. Opss.. maaf ya kalau ada sesapa yang terasa.. dan kini dah dapat seorang anak bersama suami barunya.
Mak si IBU ni menangis sampai takde selera nak makan. Adus.. terbakar jugak telinga saya yang mendengarnya.. Kononnya si IBU ni tak nak susah nak jaga anak bongsu yang akan bersekolah pada tahun depan. Ape ke bangang dan bengapnya si IBU ni...!! Ni memang patut dilempang..Mentang-mentang la dia senang nak beranak, senang pulak dia nak bg mcm tu aje kat bekas suaminya...
Jarang berlaku, tapi inilah hakikatnya... Semoga Allah mengampunkan dosa si IBU ni dan saya jugak yang menceritakan keaiban orang. Tapi ini sekadar berkongsi cerita sebagai renungan.. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan..

1 November 2010

Sambungan Kelebihan Wanita

  1. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
  2. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
  3. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah paramalaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  4. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  5. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  6. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  7. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
  8. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  9. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  10. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  11. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  12. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  13. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  14. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  15. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  16. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatnya seribu darjat untuknya.
  17. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
  18. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi.
  19. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  20. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
  21. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  22. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  23. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 bongkah emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala bongkah perak.
  24. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
  25. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
  26. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
  27. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  28. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
  29. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
  30. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
  31. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
  32. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."
  33. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
  34. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
  35. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
  36. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  37. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  38. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
  39. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
  40. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
  41. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
  42. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Ya Allah jadikan aku seorang isteri solehah, jadikan aku seorang ibu mithali dan kurniakanlah kebahagian buat keluargaku. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy