31 Disember 2010

Percutian di Tahun Baru

Pejam celik, pejam celik esok dah masuk tahun baru. Selamat datang tahun 2011. Mula terfikir keje-keje di tahun 2010 yang masih belum settle. Kena ada azam untuk siapkan mana-mana yang belum siap. Tahun 2010 menyaksikan dua puteriku bersekolah. Kakak meneruskan persekolahan di sekolah yang sama, Smart Reader bagi kelas 6 tahun. Angah akan masuk ke sekolah tadikan Nur Saadah, kelas 4 tahun. Adik, adik belum lagi.. adik meneruskan perjalanan meniti usia 3 tahun. Kejap aje masa berlalu. Tadi baru aje gie beli kelengkapan alat tulis diaorng. Nak beli kat Angah aje plannya.. tapi biasa ler.. dah beli kat Angah, kakak pun nak, adik pun nak jugak. Beli alat tulis pun dah lebih RM50.
Esok juga suami ak u nak bawa kami ke Jengka. Ade kenduri kahwin kawan dia. Balik dari Jengka nak ke Gambang. Emm.. percutian di penghujung cuti sekolah. Ok aje, daripada tak gie mana-mana. Anak-anak dah excited. Maklum aje la, sepanjang cuti sekolah tak gie mana-mana pun. Hanya ke Giant, Tesco, Jusco OU, IKEA, The Store. Shopping sikit-sikit aje, selebihnya jalan-jalan cuci mata. Nasib baik cuci mata, kurang sikit habis duit.Tapi cuci2 mata ade jugak yang "terbeli". Hehehehe.. biasa dah tu..
Semalam, kat opis aku sempat berborak-borak ngan kawan2. Biasa la topik utama semestinya bola sepak. Memang panjang ulasan fasal bola sepak Piala Suzuki yang berlangsung pada malam Khamis tu. Lepas bab bola sepak, sembang pulak bab sekolah anak-anak. Sekolah zaman sekarang bukan mcm dulu. Dulu bayar yuran berape aje. Sekarang... bukan sikit-sikit le guna duit. Mula aku terfikir mcm mana la keadaan keluarga yang suaminya bekerja seorang, ditambah dengan anak yang ramai. Aku yang ade 3 anak aje pun dah terasa bahangnya. Terasa juga ler biarpun cuma 2 aje anak yang berkelolah. Itu pun cuma tadika aje. Mcm mane la orang yang ade anak ramai semuanya dah bersekolah. So renung-renungkan la keadaan kita ni. Lepas tu perlu ade rasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan kepada diri dan keluarga kita. So aku berhenti di sini dulu. Nantikan gambar2 percutian aku dan keluarga ke Jengka dan Gambang. SeLaMAt TahUN BaRu.
Ismi Noraini.

30 Disember 2010

Kemenangan Pasukan Malaysia dalam Merebut Piala AFF!




Kemenangan Malaysia Kebanggaan Semua.









Hari yang indah, di sana sini pastinya dok bercerita tentang perlawanan bola semalam. Perlawanan MALAYSIA menentang Indonesia. Aku kalau bab bola selalunya awal-awal lagi dah surrender. Tak gemar dan tak tahu langsung fasal bola. Tapi semalam PIALA AFF 2010 aku tengok sampai habis. Tabik spring aku kat semua pemain Malaysia yang bertungkus lumus menendang dan menyelamatkan bola daripada pihak lawan. Secara keseluruhannya semalam menyaksikan pasukan lawan kita Indonesia tu memang kawal habis-habisan bola tu. Kiranya bermain di petak Malaysia aja. Akhirnya dek kerana kesian, pasukan negara kita telah memberi satu gol percuma kat Indonesia. Pasukan Indonesia sepatutnya kena ucap terima kasih kat Malaysia. Kalau tidak pastinya Malaysia menang secara totalnya semalam. Walau bagaimanapun.. kedudukan Malaysia tidak dapat digugat dengan catatan 2-1. Tahniah! "We Are The Champion". Macam2 spekulasi dan mcm2 rintangan dihadapi oleh pasukan Malaysia.. Akhirnya inilah hasilnya. Piala Suzuki 2010 menjadi milik Malaysia. Aku berbangga menjadi rakyat Malaysia. Ternyata pasukan Malaysia bukan jaguh kampung. Tahniah! Tahniah! Tahniah!


24 Disember 2010

Tahniah!

Salam kepada semua blogger!

Dah lama tak menulis nota baru. Semuanya gara-gara kesibukan yang tidak putus-putus dan juga teruja membuat perubahan baru pada blog. Semalam keputusan PMR dah keluar. Seronok tengok kat tv. Mcm2 yang buleh dilihat. Di sini aku nak ucapkan tahniah kepada semua calon-calon PMR tahun 2010. Hai cepat sungguh masa berlalu. Aku teringat kenangan 17 tahun yang lalu ketika mengambil keputusan PMR.
Jom aku bawakan pembaca semua kembali ke tahun 1993. Masa tu aku tentunya di tingkatan 3. Masa tahun ni untuk pengetahuan semua pembaca blog ini, PMR mula diperkenalkan bagi menggantikan SRP. Semua cikgu2 di sekolah sibuk dok cari buku-buku dan silibus baru. Ingat sangat masa ni buku terbitan Sasbadi memang paling top. Tapi masa ni kalau aku ingatkan balik tak ramai yang mendapat keputusan yang boom mcm sekarang. Paling cemerlang pun rasanya dalam 5A kot. Aku dapat 1A 4B dan 4C. Tapi budak-budak sekarang ni 8A, 9A dah mcm perkara biasa aje. Budak2 sekarang ni memang pandai-pandai la..Tahniah!
Bagi calon2 PMR tahun ni yang dapat result kurang memberangsangkan.. jangan pula rasa putus asa. PMR bukan jalan terakhir di alam persekolahan. Kegagalan meraih keputusan cemerlang pada kali ini perlu dijadikan pengajaran dan pengalaman untuk merintis kejayaan pada masa akan datang. Aku turut mengingatkan diri sendiri agar menjadi mama yang baik untuk terus memberikan didikan kepada puteri2 kesayanganku.

9 Disember 2010

2010 Bakal Menutup Tirai

Salam kepada semua pembaca blog,

Tahun 2010 bakal berakhir tak lama lagi. Hari ni dah 3 Muharam 1432 H. Memang pantas masa berlalu. Hujung tahun memang waktu yang membosankan dan meletihkan. Itu bagi aku ler.. Tak tahu ler orang lain. Bila aku membaca Nur keluaran Disember 2010.. aku hanya tersenyum. "Lupakan Kerja, Jom Bercuti" itulah fokusnya. Melihatkan tajuk aje, melonjak2 hati aku nak bercuti. Bukan bercuti lame mana pun. Just 2 atau 3 hari pun dah ok rasanya. Tapi aku terikat dengan keje yang semakin menghimpit dan menghampiri death line. Macam mana nak cuti???
So aku sekadar memasang angan2... Nanti tiba masa aku untuk bercuti. Wahai Mr. Hubby.. bawalah aku bercuti ke mana2... Cuti sekolah dah nak abis, cuti tahun ade lagi, cuti orang kawen byk yang tak dapat pegi, cuti balik kampung pun ok jugakkan? Kesian tengok anak2. Dah lama tak bawa anak2 bercuti dalam erti kata sebenar le... Rasanya kali terakhir masa adik berapa bulan ntah... Ni adik pun dah 2 tahun... Mama harap puteri mama yang 3 org tu dapat bersabar. Ayah byk benda nak kena buat pada hujung tahun ni. Yg banyak sekali nak kena settlekan hutang ye..
Bila tak dapat bercuti ni, mama kena muhasabah diri. Kena bersyukur dengan ape yang ade. Tahun ni mama dah dapat rumah baru... semua ade, bilik baru, dapur baru, kitchen kabinet baru, tv baru, baju baru.. semua baru. Cuma yang takde tahun ni baby baru...Hehehe.. Takpe mama tumpang gembira sbb kawan mama Kak Fizah dapat baby baru.. Nor Aisyah Humaira. Comel sgt. Tahun depan mama pulak nak pregnant.. Nak dapatkan baby baru la pulak... Mana tahu buleh dapat baby boy pulak... Amin. Kalau baby boy nak letak nama ape ye? Hish3... berangan pulak..
Mama nak cuti.. Otak dah tepu, mood tak ade. Tapi mcm mane? Fulus tak ade, keje bertimbun2. Teruskan usaha hingga ke akhir garisan. Tanamkan azam yang positif untuk berjaya dan terus berjaya!.

8 Disember 2010

Kindergarten biasa atau Smart Reader?

Assalamualaikum buat semua pembaca blog BicaraQasehAnneNoraini,
Sudah menjadi lumrah setiap kali hujung tahun dan nak masuk tahun baru, mula berlegar-legar kat kotak fikiran ni. Nak hantar anak ke sekolah mana? Masa anak pertama memang exited. Lagipun masa tu memang budget banyak yang lebih. Masa kakak 4 tahun, aku menghantar ke Tadika Alpha. Niat aku bukan nak memaksa anak jadi pandai.. Memadailah dia belajar berkawan-kawan. Masa kakak 4 tahun, Angah baru nak masuk 2 tahun, Adik baby lagi baru nak masuk setahun. Kiranya masa ni kakak baru nak belajar erti berkongsi. Tiba-tiba dari sorang dah jadi 2 orang adik. Ade aje yang tak kena. Dulu dia sorang aje. Bila dah ade adik 2 orang dia aje asyik kena mengalah...Siapa yang tahan? Mama pun mengambil langkah dgn menghantar kakak ke sekolah.
Bila hantar pegi sekolah, dia tak menangis pun. Memang dia seronok sgt gie sekolah. Alhamdulillah. Mama dia senang hati le. Bila dia tengok iklan Smart Reader.. dia nak pegi. Dah masuk 5 thn aku pun masukkan dia kat Smart Reader. Alhamdulillah, dia semakin bijak belajar. Tapi kadang2 dia masih lagi confius ngan subjek yg dipelajari. Mama pulak garang, stress habis rasanya jadi anak mama ni...Hehehe..
Tahun depan Angah dah 4 thn. Mama dalam dilema. Nak sekolahkan Angah kat mana ye.. Mama gunakan konsep yg sama dgn Kakak dululah.. 4 thn masa untuk belajar berkawan-kawan, belajar berkongsi, belajar A,B dan C.. Ayah dah survey sekolah, tapi mcm tak best aje. Memang yuran murah sesangat berbanding di Smart Reader. Tapi adakah Angah akan cepat belajar? Yuran dia RM70.00, van rm35.00, belajar dari 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Makanan tidak disediakan. Kakak memang ler mahal rm1080.00 sepenggal (3 bln.), van rm70.00, belajar dr. 8.15 pagi hingga 11.15 pagi makanan disediakan. Kalau ikutkan hati mama memang nak dimasukkan aje ke Smart Reader.. tapi buat masa ni tak buleh lagi.. bukan mama pentingkan duit, tapi mama dan ayah kena start saving. Duit dah byk dihabiskan kat rumah baru kita sayang... Ni ade masa lagi..
Nanti mama dan ayah survey tadika lain utk Angah. Lepas Angah mama dan ayah kena stand by pulak utk adik. Next year Adik 3 thn. Tahun 2012 Adik 4 thn. Masa untuk Kindergarten. Ni baru 3, pening2. Thn depan jugak mama plan nak pregnant... Hai nampak gayanya mama terpaksa buat calculation balik ni... Mama dan ayah akan terus berusaha bagi memastikan ketiga-tiga puteri mama akan menjadi insan yang berguna. Harapan mama agar anak2 mama menjadi anak yang solehah. AMIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy