9 Disember 2010

2010 Bakal Menutup Tirai

Salam kepada semua pembaca blog,

Tahun 2010 bakal berakhir tak lama lagi. Hari ni dah 3 Muharam 1432 H. Memang pantas masa berlalu. Hujung tahun memang waktu yang membosankan dan meletihkan. Itu bagi aku ler.. Tak tahu ler orang lain. Bila aku membaca Nur keluaran Disember 2010.. aku hanya tersenyum. "Lupakan Kerja, Jom Bercuti" itulah fokusnya. Melihatkan tajuk aje, melonjak2 hati aku nak bercuti. Bukan bercuti lame mana pun. Just 2 atau 3 hari pun dah ok rasanya. Tapi aku terikat dengan keje yang semakin menghimpit dan menghampiri death line. Macam mana nak cuti???
So aku sekadar memasang angan2... Nanti tiba masa aku untuk bercuti. Wahai Mr. Hubby.. bawalah aku bercuti ke mana2... Cuti sekolah dah nak abis, cuti tahun ade lagi, cuti orang kawen byk yang tak dapat pegi, cuti balik kampung pun ok jugakkan? Kesian tengok anak2. Dah lama tak bawa anak2 bercuti dalam erti kata sebenar le... Rasanya kali terakhir masa adik berapa bulan ntah... Ni adik pun dah 2 tahun... Mama harap puteri mama yang 3 org tu dapat bersabar. Ayah byk benda nak kena buat pada hujung tahun ni. Yg banyak sekali nak kena settlekan hutang ye..
Bila tak dapat bercuti ni, mama kena muhasabah diri. Kena bersyukur dengan ape yang ade. Tahun ni mama dah dapat rumah baru... semua ade, bilik baru, dapur baru, kitchen kabinet baru, tv baru, baju baru.. semua baru. Cuma yang takde tahun ni baby baru...Hehehe.. Takpe mama tumpang gembira sbb kawan mama Kak Fizah dapat baby baru.. Nor Aisyah Humaira. Comel sgt. Tahun depan mama pulak nak pregnant.. Nak dapatkan baby baru la pulak... Mana tahu buleh dapat baby boy pulak... Amin. Kalau baby boy nak letak nama ape ye? Hish3... berangan pulak..
Mama nak cuti.. Otak dah tepu, mood tak ade. Tapi mcm mane? Fulus tak ade, keje bertimbun2. Teruskan usaha hingga ke akhir garisan. Tanamkan azam yang positif untuk berjaya dan terus berjaya!.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy