8 Mac 2011

Hari Wanita ke-100

Salam kepada semua blogger teristimewa kepada pengunjung setia Blog BicaraQaseh.
Sejak kebelakangan ni memang tak menang tangan melaksanakan tugasan yang sentiasa ada, sentiasa banyak dan tak pernah habis-habis. Dek kerana tugasan menyebabkan aku tinggalkan blog kesayangan aku ni buat sementara waktu. Aku harap blog ni terus mendapat tempat di hati blogger. Banyak kisah nak dikongsi, banyak cerita nak dikhabarkan tapi masa, masa oh masa. Memang tak sempat. Aktiviti menarik pada minggu lepas aku tangguhkan dulu. Nantikan entri baru aku tu dalam sehari dua lagi ye..

Hari ni aku nak ambik kesempatan sempena HARI WANITA ke-100 (hari ini 8 Mac 2011) nak ucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua terutama wanita yang paling dekat dan hampir dengan aku dan sentiasa di hati aku. Mestilah mak dan mak mertua aku. Selamat Hari Wanita mak (untuk mak aku yang telah melahirkan aku ke dunia, telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang, dan sentiasa mendakan kebahagiaan untuk aku sehingga kini) dan untuk mak mertua (sentiasa menjadi mak yang outstanding, sporting, dan sentiasa memberi ilmu-ilmu berguna untuk aku).

Tahniah kepada semua wanita yang telah menjadi srikandi buat keluarga, agama, bangsa dan negara. Tikdak kira status atau darjat, Wanita tetap Srikandi sepanjang zaman. Hari ni peranan wanita semakin berat dan mencabar. Bergelar ibu, bergelar isteri dan memegang jawatan sebagai wanita bekerjaya. Tahniah kepada semua wanita, memang betul kata pepatah "Tangan yang menggoncang buaian boleh mengegar dunia". Aku nak bawakan pelbagai kemudahan yang telah disediakan kepada wanita. Pada tahun lepas telah dilancarkan gerabak khas (koc) untuk penumpang wanita KTM Komuter pada 28 April 2010. Pada tahun lepas juga iaitu pada 2 Disember 2010, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) telah memperkenalkan bas wanita. Alhamdulillah segala kemudahan ini memberi keselesaan kepada wanita yang menggunakan perkhidmatan awam. Terima kasih kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil atas keprihatinan beliau kepada wanita-wanita.

Konklusinya, kita sebagai wanita perlu berasa bangga. Bangga menjadi isteri, bangga menjadi ibu, bangga bergelar wanita bekerjaya, bangga mendidik anak-anak, bangga membuka mata dunia untuk melihat kepentingan wanita dalam instutisi kekeluargaan, masyarakat mahupun negara. Selamat Hari Wanita!

Koc Wanita KTM Komuter

Selesa dan Selamat


Bas Wanita
Terima kasih atas perjalanan yang selesa dan perkhidmatan yang istimewa ini

(Sumber gambar: Google Images)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy