30 Mac 2011

"Kecoh" Dalam Jual-Beli Durian

Salam kepada semua blogger.
Dah lama benar rasanya tak menerbitkan entri baru. Kesibukan yang terlampau mematahkan niat aku untuk mencoretkan serba sedikit cerita untuk teman-teman blogger. Lagipun minggu lepas, aku terbang ke Negeri Bawah Bayu. Bukan bercuti ye, tapi bekerja, hari Jumaat sampai Ahad aku kat sana. Aku sampai kat rumah pun dah petang pun. Bila dah sampai rumah, rutin biasa pada masa kini mestilah bersiap-siap untuk menghantar timun-timun yang dah dipetik. Aku nampak Encik Suami dah packing 8kg per plastic. Ada dalam 70++kg nampaknya. Pukul 5.30 petang keluar rumah, dlm pukul 6.40 dah abis le keje-keje menjual timun tu di kedai-kedai terpilih.

Habis cerita bab timun tu pada hari Ahad. Pada hari Isnin pulak, aku mengambil cuti ganti. Bila dah cuti, konon-konon dapat merehatkan badan le, tapi mesti jadi di sebaliknya pulak. Anak-anak pun mengambil kesempatan bila tahu mamanya bercuti. Pagi-pagi bersiap untuk menghantar Kakak dan Angah ke sekolah. Hantar aje, balik mcm biasa naik van ye anak-anak. Sekali lagi petang tu meneruskan rutin menjual timun. Tapi tak banyak sgt le. Balik dari menjual timun, Encik Suami sibuk nak membeli durian. Banyak pulak durian sekarang ni.. Musim agaknya. Aku pun turut sibuk semasa Encik Suami nak membeli durian. Sorry to say la aku memang susah nak percaya kepada penjual durian di mana-mana jua. Pengalaman lama membuatkan aku memang cerewet bila membeli durian.


Jangan tertipu dengan kecantikan luaran

Kali ni Encik Suami membeli. Dia kalau bab-bab membeli ni dia tak cerewet. Aku paling tak suka kalau si penjual durian tu yang pilih. AKu pelanggan, aku yang nak beli so biarlah aku pilih sendiri. Kali ni Encik Suami "terkena". Awal-awal lagi aku dah nampak si penjual durian tu mengambil buah yang tak elok. Memang taktik le, sengaja dipusing bahagian buruk ke bawah. Pastu kalau kita nak suruh bukak dia akan bukak kat tempat yang dia dah tahu isi yang konon-konon elok. Ha, ni aku memang marah. TOLONG JANGAN KECOH. Kecoh dalam bahasa Utaranya KECOH=TIPU. Kalau nak berniaga, janganlah menipu. Memang hari ni hari kita (pelanggan), tapi esok-esok kita tak tahu. Memang sekarang ni musim durian tengah banyak boleh la nak menipu, tapi esok-esok takut perniagaan kita tak mendapat berkat langsung gulung tikar siapa tahu.

Memang aku marah sgt dengan penjual durian tu. Pandai guna taktik. Balik rumah daripada 6 biji durian yang dibeli, 2 biji aje yang boleh dikategorikan sebagai elok. Ape ke *#** nya berniaga mcm tu? Dulu memang aku takut kalau nak argue ngan penjual durian, tapi sekarang aku tahu aku ada hak dalam memilih yang terbaik bagi nilai RM yang dikeluarkan. Hahaha.. (cuba menenangkan hati yang marah sgt kat penjual durian tu!). Dek kerana makan durian yang entah apa-apa tu, semalam Encik Suami sekali lagi membeli durian. Kali ni memang sedap dan elok-elok buah durian tu.. Tapi sayang Encik Suami tak sempat makan pun.. Semalam Encik Suami dah terbang ke Kota Bharu dan akan bekerja seperti biasa, dua minggu lagi baru balik. (Episod sedih makan durian bersama anak-anak dan bibik).

Moral of the story, kalau nak berniaga janganlah menipu. Memang kalau "kecoh" boleh untung besar.. Tapi tak ke mana-mana pun untung tu kalau berniaga tak berkat. Luahan rasa terhadap Peniaga Durian sekitar kawasan umah aku senang cerita la di kawasan Sungai Buloh. Tolong ambik perhatian ye.. Mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk tu kita jadikan sempadan. Sokong JUJUR, tolak KECOH!

Kita berhak menentukan yang terbaik!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy