19 Mei 2011

Hujung Minggu yang Sibuk

Sayang sayang kepada semua blogger.
Hajat di hati setinggi gunung, nak kemas kini entri setiap hari.. Tapi apakan daya.. banyak halangan daripada kecekalan.. Minggu lepas, minggu yang sibuk dan minggu yang buat-buat sibuk. Hahaha.. Sebenarnya minggu lepas, ada agenda kenduri kahwin. Adik ipar aku dah selamat melangsungkan perkahwinan. Tahniah dan ucapan Selamat Pengantin Baru untuk Nurul Syima dan Badrul Hisyam. Biasa le kalau dah kenduri kendara, mesti letihnya tak habis sehari dua, aku mengambil kesempatan bercuti pada hari Jumaat dan Isnin (dapat cuti 5 hari sekali termasuk Hari Wesak). Kenduri-kendaranya pada hari Sabtu.. masing-masing ada tugas.. Semua bertungkus-lumus memastikan agenda penting ini berjalan dengan sempurna. Baik adik-beradik, ipar-duai mahupun anak buah semua sibuk melayan tetamu Raja Sehari..

Renjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar, hai beras pulut ditabur...
Cerita kenduri kahwin abis pada hari Sabtu. Menyusul pulak agenda Family Day Smart ReaderKids pada hari berikutnya iaitu pada hari Ahad. Penat kenduri belum habis, sambung pulak dengan agenda hari keluarga ni.. Agenda ini berlangsung di Sapura Smart School, berhampiran dengan Lapangan Terbang Subang. Pagi-pagi dah ke sana, aku dan Encik Suami membawa semua anak. Kakak memang excited habis sebabnya Encik Suami dah belikan sport shoes baru untuk dia. Bila sampai ke sana, aku tengok kebanyakan budak memakai kasut Smart Reader aja. Sebenarnya bukan nak beli sangat pun kasut baru kat Kakak, tapi memang terpaksa beli memandangkan kasut sekolahnya sudah rosak (sengaja rosakkan semasa menggunakan treadmill). Family Day ni diisi dengan acara sukaneka antara students dan parents. Kakak memang happy sebab dapat turut serta dalam pelbagai acara. Tahun lepas tak berkesempatan sebab wabak H1N1 yang melanda negara. Acara pertama perbarisan student 3 & 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Lepas tu perfomances show mengikut kategori umur jugak. Kakak memang suka bab-bab menari ni.. tambah-tambah bila dia diletakkan di barisan paling hadapan.  

Bila masuk acara sukaneka antara students dan parents, anak-anak aku yang lain mula buat perangai... Dah letih dan mengantuk le jawabnya.. Maklum la letih semalam belum habis, hari ni mama dia orang kejutkan awal pulak.. Niat di hati tu memang aku tak nak bawak pun Angah dan Adik, tapi bila ayahnya beria-ia nak bawak, jawabnya kena bangun awal le. Aku tak ingat berap kali Angah dan Adik kena cubit. Encik Suami tenang aje walaupun anaknya dah bagi videocam jatuh. Aku seperti biasa, darah dah menyirap ke seluruh jiwa dan raga.. cepat aje tangan ni nak mencubit anak-anak yang membuat perangai bermacam-macam ragam tu.. Kalah menang dalam pertandingan tak dikira, semua students dapat bawak balik piala. Budak-budak memang happy la, kalau kalah pun dapat piala. Balik tu, sempat singgah di McD, Mutiara Damansara. Pastu jalan-jalan cuci mata di Courts yang terletak bersebelahan dengan McD.. Encik Suami mula memasang angan-angan nak membeli sofa baru.. Apakah angan-angannya menjadi kenyataan? Ikuti sambungan kisah sofa pada entri akan datang (ada lagi ke story tentang sofa untuk diceritakan? Ermm.. ada jangan lupa ikuti sambungannya tau!)


Inilah flower girl.. gadis yang bertungkus-lumus memberi goodies..

Ini mak lang dan mama yang enterframe..

Kakak paling kanan.. happy, happy, happy..


Kakak & Nana

Mood baik senyum sampai ke telinga

Kakak @ McD Mutiara Damansara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy