7 Jun 2011

Alahai Bahasaku...

Salam kepada semua blogger.
Sudah lama tak bertemu di dunia blogger. Memang tak berkesempatan nak masukkan entri baru. Ada sahaja halangan yang merintang. Hari ni aku mengambil kesempatan yang ada untuk memperkatakan tentang isu di akhbar hari ni "Bahasa Terlarang". Tumpang berasa sedih dengan situasi bahasa pada masa kini. Kalau nak dikaji, direnung semula, bahasa ibunda kita tak pernah lekang daripada dilanda pelbagai bencana. Rencam Bahasa, Bahasa Rojak, Bahasa yang tidak universal...Sedih, memang sedih. Bukan nak menuding jari mencari siapa yang salah cuma terdetik sedikit kekesalan. Dalam akhbar melaporkan bahawa pelajar kini lebih cenderung menulis karangan menggunakan bahasa yang kerap digunakan dalam laman sosial mahupun dalam pesanan ringkas (sms).

Memang diakui, dalam sms kita kerap kali menggunakan perkataan yang ringkas dah namanya pesanan ringkas. Aku pun tak terkecuali menggunakan singkatan perkataan yang aku anggap semua orang dah tahu. Aku pernah juga menerima sms yang kadangkala memeningkan kepala otak untuk memikirkan apa yang ingin disampaikan. Aku masih boleh terima kalau singkatan perkataan tu mudah difahami, misalnya utk- untuk, bg-bagi, klau-kalau dan beberapa perkataan lain. Aku tak boleh terima bila perkataan x-tak/tidak, kt-kita, dan beberapa perkataan lagi yang seangkatan dengannya.

Aku kat entri ni pun bukannya sempurna nak mengata orang yang tidak mematuhi bahasa baik daripada perkataan, nahu, subjek, predikat, ayat songsang dan ragam bahasa. Aku sekadar nak berkongsi, kalau tak tahu kita bertanya, kalau dah tahu kita berkongsi. Aku pun nak minta tolong kepada semua adik-adik di luar sana termasuk anak-anak aku jugak.. Bahasa di laman sosial terutamanya di Twitter, Facebook dan bahasa sms tak boleh digunakan secara meluas dalam karangan. Karangan kat sekolah tu nak ajar kita menggunakan perkataan yang betul, struktur ayat yang betul, laras bahasa yang betul dan semua yang betul-betul sahaja. Kegagalan kita menulis dengan perkataan yang betul, menggunakan tanda bacaan dengan betul dan gagal menyampaikan maksud atau tidak menepati tajuk memang akan menjerumuskan diri kita ke arah kegagalan mendapatkan markah yang terbaik dalam subjek karangan.

Semoga kita akan menjadi bangsa yang bangga dengan bahasa ibunda kita. Bahasa Jiwa Bangsa!

1 Komentar Terbaik

12 Jun, 2011

Saya pun berusaha menulis didalam bahasa Melayu. Tatabahasa pun masih perlu diperbaiki. Sama-samalah daulatkan bahasa Kebangsaaan

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy