16 Jun 2011

Kenduri-kendara di Kampung Halaman

Salam sayang kepada semua blogger.
Rasanya dah lama tak mengepos entri baru untuk tatapan semua. Bukannya tak nak mencoretkan cerita-cerita untuk sesi perkongsian, tapi memang tak menang tangan. Cuti sekolah penuh dengan pelbagai kesibukan. Bab anak-anak jangan dikhabarkan le.. sememangnya menguji kesabaran dan jati diri seorang ibu. Minggu pertama cuti sekolah, aku dan anak-anak pulang ke kampung halaman aku. Niat utama sebabnya dah lama tak menjenguk mak dan abah, dan kebetulan pula ada kenduri kahwin jiran tetangga dan handai-taulan. Balik ke kampung kali ni tak bersama Encik Suami (Encik Suami bekerja). Dah lama tak drive sendirian sejak kejadian kemalangan tahun lepas. Fobia yang dikata, sampai hari ni rasa fobia tu tak pernah lekang kat diri aku ni, sampaikan Encik Suami kata dia naik kereta ngan orang gila. Apa tidaknya, kereta tak boleh kurang dari 1 meter, kalau dekat aje ngan kereta lain mesti aku menjerit-jerit. Betul la kata Encik Suami, dia yang drive, dia yang pegang stereng, so dia tahu le.. Tapi peristiwa pelanggaran 8 buah kereta sekali gus di Jalan Duta tahun lepas memang susah nak disingkirkan daripada kotak ingatan aku.

Tahniah, Alif..

Tengok kat mana ni?
 Dah melalut pulak ni, masa balik kampung tu aku bersama anak-anak dan bibik aje. Kali ni drive memang slow dalam 70, 80 dan 90 aje. Dulu kalau boleh tekan minyak ape lagi memanjang melebihi had laju dalam 120-130.. Pernah aku drive catat rekod tanpa henti 3 jam aje dr Sg. Buloh ke Sg. Bakap. Itu cerita dulu sebelum kemalangan, sekarang dah insaf, mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Masa di kampung sempat aku gie kenduri jiran aku yang memang istimewa. Sebab ape aku kata istimewa, sebab jiran aku tu merupakan pasangan istimewa (suami dan isteri bisu). Ni merupakan kenduri kahwin anak sulong pasangan ni yang jugak bisu. Cantik sangat anak perempuan dia... pasangannya pun bisu jugak. Bila sampai di sana, bukan sahaja pasangan pengantin yang menggunakan bahasa isyarat, tapi majoriti semua tetamu menggunakan bahasa isyarat. Baik mak andam mahupun jurugambar semua sibuk membuat keje masing-masing menggunakan bahasa isyarat. Ramai tetamu yang hadir meraikan pasangan pengantin yang istimewa ni..  Dalam keriuhan majlis perkahwinan ni terdetik di hati aku betapa besar dan agung ciptaan-Nya menjadikan manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Walaupun tak dapat bercakap, kurnia-Nya mengatasi segalanya...

Selain kenduri anak jiran aku tu, aku sempat gie kenduri adik lelaki kawan baik aku. Cantiknya isteri dia.. tinggi lampai..Maklum la raja sehari katakan.. Hari ni memang ramai orang buat kenduri.. Biasa le, cuti sekolah memang musim orang kahwin.. Cuti sekolah memang ramai yang akan bercuti.. Kesempatan aku gie 2 kenduri ni aku gunakan habis-habisan nak makan nasi minyak. Sedap.. Ooo.. baru aku teringat.. sekarang ni dah jadi trend kot kat kenduri di Penang mesti ada bubur kacang dan laksa.. Sedap tu!.. Aku tak gemar sangat bubur kacang tapi menyukai sesangat laksa Penang. Ok la dah banyak membebel pulak.. Nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua pasangan, moga berbahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
Sibuk tengok barang-barang hantaran

Ni le pasangan pengantin istimewa tu!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy