11 Februari 2012

Warna-warna Kehidupan

Selamat pagi semua. Pagi ni dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah... Membuang segala rasa malas ke tepi.. mencari ketenangan dalam menyiapkan beberapa buku sebagai penulis bebas. Ops, sebenarnya aku terlupa nak bagitahu ye.. aku masih lagi makan gaji seperti biasa. Dalam masa yang sama rezeki Allah berikan kepada aku. Aku ditawarkan menulis 3 buah buku kerja Bahasa Melayu Tahun 2 SJK (C) oleh sebuah syarikat penerbitan. Di syarikat inilah aku mula bertapak mencari pengalaman dalam dunia editor selepas menamatkan pengajian dari UiTM, Shah Alam.

Berkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Fakulti Komunikasi dan Media (Penerbitan) aku memikul tanggungjawab sebagai Editor Bahasa Melayu di syarikat ini. Menimba ilmu selamat 4 tahun lebih di syarikat ini.. Bekerja di sini memberikan aku pengalaman yang bermakna. Aku mula belajar editing, proof reading, dan dunia penulisan. Tanggungjawab ini membawa aku kembali ke alam pengajian. Atas dasar ingin belajar, aku kembali menyambung pengajian di Universiti Malaya. Masa ni aku dah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Menggalas amanah sebagai mahasiswa di Akademi Pengajian Melayu. 

Di APM, aku tahu tangggungjawab ini tidak mudah. Aku perlu bersaing dengan fresh graduate yang mengambil jurusan yang sama. Aku tak pernah belajar Bahasa Melayu secara khusus, namun menyedari Bahasa Melayu itu perlu dikuasai. Aku sebelum ini tidak pernah tahu Bahasa Melayu itu luas lingkupnya. Di sini  aku belajar.. Aku akhirnya menamatkan pengajian ini dengan jayanya. Akhirnya aku dapat menggenggam Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Melayu. Melebarkan sayap kerjaya di satu organisasi badan berkanun. Selama 1 tahun lebih aku menimba pengalaman di sana. Akhirnya aku ditawarkan bekerja di ogranisasi NGO. Kini dah masuk tahun keempat aku di organisasi ini. Alhamdulillah.. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Di mana kita bekerja di situ ada amanah yang perlu dilaksanakan. Mencari ilmu biar sampai ke negeri China....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy