25 Jun 2013

Catatan Kain Putih Abah

Salam kasih untuk semua pembaca blog bicaraQaseh. Sudah lama tidak bersua. Kekangan masa dan kerja membuatkan ruangan ini sepi seketika. Sepanjang ketiadaan entri baru dengan suka-duka kehidupan, banyak peristiwa yang terjadi. Gembira, sedih, suka, duka semua mewarnai dunia aku satu persatu. Entri kali ini aku paparkan rentetan peristiwa yang cukup aku ingat. Abah tersayang telah kembali mengadap Ilahi. Semoga roh allahyarham Hussin bin Mat Saad dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Secebis kisah buat perkongsian semua...
 
 
Kenangan beraya di kampung bersama abah pada tahun 2011

24 Mei 2013 (Jumaat)
Aku pulang ke rumah pada pukul 8.00 malam. Baru balik dari Kelantan (outstation). Tak banyak buah tangan yang aku beli. Beberapa helai kain batik, sehelai kain pelekat dan dua pasang kain untuk dibuat baju kurung. Anak-anak gembira menyambut aku pulang, mak aku (makcik Ani - gelaran yang biasa orang panggil) turut menyambut aku pulang. Masa dalam perjalanan balik, aku dan kawan-kawan singgah di area apa ye... rasanya Merapoh kot.. kalau salah maafkan aku. Aku beli buah mata kucing, limau dan buah salak. Limau tu memang favourite abah. Sampai aja kat rumah, cepat-cepat ke bilik abah. Oh, abah dah tidur. (Awal pulak abah tidur malam ni..)

25 Mei (Sabtu)
Pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap. Nak bawa anak-anak keluar berjalan-jalan. Pagi-pagi dah ke warung roti canai fovourite di simpang berdekatan Subang Flora. Aku beli roti canai untuk sarapan dan soto ayam untuk lunch abah dan mak. Masa aku nak bawa anak-anak keluar, mak ada bagitahu kat belakang badan abah ada kudis. Aku tak percaya. Aku cakap mungkin mak salah tengok. Aku suruh mak tengok sekali lagi nanti. Tengah hari ni  Jonny (pekerja Indonesia lelaki) akan mandikan abah. Setiap hari abah mandi. Mana mungkin ada kudis. Abah dah strok sejak 7 tahun yang lalu.. cumanya abah mula terlantar sejak awal bulan April baru-baru ni. Aku keluar rumah jam 10.00 pagi. Sampai di Jusco Bandar Utama dah pukul 10.50 lebih.. Mana tak lewat, berputaq-putaq cheq cari parking. Sampai aja di sana aku belikan baju raya anak-anak. Bila dah dapat sorang sehelai blouse, aku ke Popular Book Store. Tiba-tiba mak telefon. Kata mak abah muntah. Aku suruh mak call Johnny. Kami tiba di rumah pukul 2.30 petang. Aku tengok abah ok aje.

26 Mei (Ahad)
Pagi-pagi aku dah bangun. Aku rebus bubur nasi utk abah. Aku belikan kuih utk breakfast. Abah cuma makan sebiji aje. Aku suapkan kopi. Abah minum menggunakan straw. Aku tinggikan sikit katil abah. Sambil suapkan abah kuih aku buka tv di bilik abah. Tanyalah Ustaz... Abah cuma tengok aja. Tengah hari mak cuba suapkan bubur nasi. Tapi abah dah nak muntah. Baru 3 sudu. Mak stop menyuap. Mak cuma bagi abah minum air. Sesekali dengar abah mengaduh sakit. Aku cepat-cepat tengok. Cepat-cepat aku alihkan posisi tidur abah. Pampers abah basah. Aku cakap kat abah, nak tunggu Johnny lambat lagi. So aku tukarkan pampers abah. Aku nampak kudis di pinggul abah. Dah bernanah dan berdarah. Air mata cepat aja turun. Dalam hati aku meruntun sedih. Patutlah abah bising aje setiap malam. Rupa-rupanya dia menanggung sakit. Hari ni memang aku dudukkan abah beberapa kali. Kesian melihat dia terbaring. Malam ni abah tidur lena.

27 Mei (Isnin)
Hari ni hari Isnin pertama cuti sekolah pertengahan tahun. Memang aku dah set nak keluar gie opis lambat. 7.10 pagi baru aku gerak keluar rumah. Sebelum tu, aku menjalankan rutin biasa pagi-pagi. Aku buka tingkap bilik abah, aku pasang tv. Abah cheq nak pi keja dah. Awai lagi kata abah. Mana awainya bah. Dah cerah pun. Pagi ni abah lesu sikit. Nafas abah kuat. Jelas kedengaran kahak di kerongkong abah. Aku menjalankan kerja di opis seperti biasa. Namun hati rasa tak sedap. Mak call. Kata mak abah pejam mata erat sangat. Mak memang panik. Cepat aja call mak mertua aku suruh datang rumah. Setelah berbincang, kata sepakat dicapai. Malam ni kami buat bacaan Yaasin. Tak panggil sesape pun.. Adik beradik aje. Kami semuanya perempuan. Bacaan Yaasin dibuat selepas Isyak. Masa kat opis aku ada bagitau Kak Ma dan Kak Fizah tentang keadaan abah. Depa dua orang datang rumah aku sebaik aja abis waktu opis. Anak abah yang tunggal ni memang selalu sibuk menyiapkan keje di opis. Pukul 6.00 tepat nak keluar opis.. tersempak dengan bos.. masuk balik opis. Mcm2 pesanan bos. Aku minta izin pulang rumah. Abah tak sihat. Dek terikut rasa panik mak, aku ke farmasi Cosway dekat ngan opis aku. Kat sini aku beli spray luka utk hilangkan kuman dan tilam buble yang guna elektrik. RM380 harga ahli. Laju aje aku memecut ke rumah. Kak Ma dan Kak FIzah masih di rumah aku. Aku dah siap belikan bihun goreng malam ni. Mak mcm  biasa, setia di sisi abah. Nafas abah kuat lagi. Selesai sembahyang Isyak, biras dan mak mertua datang. Kami membaca Yaasin di sisi abah. Sebelum tu aku dah baca masa abis solat Magrib. Selesai aja bacaan Yaasin, nafas abah bertambah teruk. Aku semakin panik. Nasib baik mak mertua dan biras-biras menenangkan aku. Encik Suami menelefon, aku maklumkan keadaan abah semakin teruk. Mak mertua dah menyuruh aku menelefon ambulans. Suara abah dah tenggelam timbul. Ambulans dari Hospital Sg. Buloh sesat di perjalanan. Aduh, dugaan betul! Akhirnya ambulans tiba, anak-anak aku tinggalkan bersama mak mertua dan biras. Aku suruh mak bersiap ala kadar.  Abah memandang aku sayu. Aku meyakinkan abah.. aku dan mak akan menyusul. Aku drive dengan penuh ketenangan. Ambulans membawa abah meredah malam yang semakin gelap.

Suasana di Zon Kritikal, Hospital Sungai Buloh
Akhirnya aku tiba dengan mak di hospital. Rupa-rupanya ambulans masih belum sampai. Aku mula gelisah. Setibanya abah, aku lihat dia memandang aku. Abah dikejarkan ke ICU. Aku dan mak diminta menunggu di ruang menunggu. Ramai rupanya orang di situ. Aku tak dapat menahan air mata yang dari tadi laju membasahi pipi. Mak kelihatan cukup tenang. Doktor memanggil aku. Setelah ditanya satu per satu tentang kesihatan abah, dia memaklumkan bahawa abah tidak mempunyai harapan lagi. Awak siapa yang dapat menentukan hidup dan mati. Aku berjalan menghampiri abah. Pelbagai wayar dah siap dipasang di badan abah. Abah memakai musk oxigen. Perlahan-lahan dia menurunkan musk itu, dia cakap nak balik, kenapa bawa dia kat sini. Aku tak dapat memberi jawapan. Sedaya upaya mengelap pipi yang basah atas jawapan doktor sebentar tadi. Sekali lagi aku dimarahi pengawal keselamatan yang meminta aku masuk ke ruangan menunggu. Awak ni siapa, aku ada seorang aja abah, dan abah ada aku saja seorang anaknya. Aku kembali ke duduk. Makcik di situ memandang aku. Tangisan aku semakin lama, semakin teruk. Mak berkali-kali minta supaya aku tak menangis. Mak, abah dah semakin teruk.. Sekali lagi aku dipanggil oleh doktor, jam dah menunjukkan pul 2.00 pagi. Seorang lagi doktor menyampaikan kata-kata yang sama. Abah kamu sudah tidak ada harapan. Paru-paru kritikal kena jangkitan kuman, buah pinggang dah out, kencing manis dah mencecah 19 dan darah tinggi yang tidak stabil. Aku semakin kuat menangis... Ya Allah berikan aku kekuatan dalam menmpuh dugaan ini.. Tepat jam 3.30 pagi keadaan abah semakin stabil. Abah ditolak masuk ke wad 4A. Aku dah mak berasa lega. Perlahan-lahan kaki melangkah masuk ke wad itu. Abah ditempatkan di katil 15, berhadapan kaunter doktor dan jururawat. Hati berkata, keadaan abah kritikal agaknya..Jauh-jauh aku buang rasa sangsi..

Hari-hari di wad 4A akan menyusul di entri akan datang.

19 April 2013

Kembalinya Saya di sini..

Assalamualaikum,
 
Fuh! fuh! Fuuuuhh.. Berhabuk sungguh dah blog saya ni.. Dah lama tak kan tak nampak saya di sini.. Hari baru tergerak hati nak menulis di blog setelah sekian lama meninggalkan blog yang tercinta ni..
 
Bukan tak nak memberi perkhabaran yang baik namun masa mengatasi segalanya. Pelbagai kisah yang berlaku pada permulaan tahun 2013. Tirai 2013 dibuka dengan pelbagai kisah-kisah sedih. Abah, bibik, anak-anak.. Kalau nak diceritakan memang panjang berkajang-kajang kertas pun cukup.
Baiklah saya cuba nak senaraikan kisah-kisah yang paling seronok berkalu sepanjang tahun 2013 ni. Apa yang masih saya ingat ...
 
Perkara yang paling SERONOK
1. Mak dan abah saya tinggal dengan saya.
2. Anak pertama saya menjadi pengawas sekolah
3. Anak ketiga saya mula pandai membaca setelah masuk Smart Reader Kids
4. Anak-anak saya (My Charlies Angel) masuk taekwando
5. Dapat baucar shopping online (RM500) daripada suami.
 
Perkara yang paling MENYEDIHKAN
1. Bibik menipu
2. Mengemas rumah sampai pukul 12 malam
3. Mengurangkan tidur pada waktu cuti
4. Mengurangkan aktiviti shopping
5. Keadaan abah bertambah teruk
 
Alamak.. balance rupanya yang sedih dan seronok.. Ini permulaan... Ini titik permulaan kepada pergerakan maju ke hadapan tanpa memandang kepada kesedihan yang berlaku.. Sebelum mengakhiri entri blog pada kali ini.. nak tutup dengan pantun walaupun takde kena mengena dgn entri. Apa yang kita tahu orang tak tahu... Apa yg orang tahu kita tak tahu.. Itulah hakikatnya..

Jikalau kita bertanam padi,
Senanglah makan adik-beradik;
Jikalau kita bertanam budi,
Orang yang jahat menjadi baik.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi Sedikit tidak akan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
 


 

29 Jun 2012

Warna-warni Bangladesh

Pemandangan dalam hostel di Bangladesh Academy of Rural Development (BARD)

Canggih ooo tv tu!

Ni lagi best... ampai baju.. no wardrobe ok..  paling best kettle pun takde..

Cantik bunga ni.. semua parcipant dapat..

Pintu Utama BARD

Ni la lunch pertama... Sekarang waktu di Bangladesh ialah 1.52 petang

Ni lagi best.. minum petang.. Dari kiri: Ala-ala samosa, cucur sayur kot dan kek yang
paling sedap di dunia... Kek pisang yang tak jadi..

17 Mei 2012

Corat-coret di Bangladesh

Salam sayang..

Hazrat Shahjalal International Airport - Bangladesh
Dah lama rasanya tak menulis apa-apa entri dalam blog kesayangan ni. "Kekangan waktu" alasan klise yang boleh aku katakan. Dalam entri kali ni aku masukkan beberapa gambar semasa aku ke Bangladesh. Bukan destinasi percutian ye.. tapi menghadiri International Workshop and Training: Micro Credit Delivery System and Good Governant for Rural Development. Macam best aje kan.. Alhamdulillah.. Kalau ikutkan hati memang la rasa tak best, tapi kena bersykur sebab kali ni tempat training lebih baik berbanding tempat kursus kawan aku tahun lepas.. Hakikatnya alangkah bertuahnya aku menjadi warganegara MALAYSIA. Negara yang cantik, ekonomi yang stabil dan hidup dalam keadaan aman dan damai. Kesesakan lalu lintas untuk warga kota lebih mendamaikan jiwa berbanding di sana... Jom kita tengok gambar (baru sikit).. nanti aku kongsikan lagi...
From Airport to Guest House
Stop to refueling opss not refueling but to fill CNG 

11 Februari 2012

Warna-warna Kehidupan

Selamat pagi semua. Pagi ni dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah... Membuang segala rasa malas ke tepi.. mencari ketenangan dalam menyiapkan beberapa buku sebagai penulis bebas. Ops, sebenarnya aku terlupa nak bagitahu ye.. aku masih lagi makan gaji seperti biasa. Dalam masa yang sama rezeki Allah berikan kepada aku. Aku ditawarkan menulis 3 buah buku kerja Bahasa Melayu Tahun 2 SJK (C) oleh sebuah syarikat penerbitan. Di syarikat inilah aku mula bertapak mencari pengalaman dalam dunia editor selepas menamatkan pengajian dari UiTM, Shah Alam.

Berkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Fakulti Komunikasi dan Media (Penerbitan) aku memikul tanggungjawab sebagai Editor Bahasa Melayu di syarikat ini. Menimba ilmu selamat 4 tahun lebih di syarikat ini.. Bekerja di sini memberikan aku pengalaman yang bermakna. Aku mula belajar editing, proof reading, dan dunia penulisan. Tanggungjawab ini membawa aku kembali ke alam pengajian. Atas dasar ingin belajar, aku kembali menyambung pengajian di Universiti Malaya. Masa ni aku dah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Menggalas amanah sebagai mahasiswa di Akademi Pengajian Melayu. 

Di APM, aku tahu tangggungjawab ini tidak mudah. Aku perlu bersaing dengan fresh graduate yang mengambil jurusan yang sama. Aku tak pernah belajar Bahasa Melayu secara khusus, namun menyedari Bahasa Melayu itu perlu dikuasai. Aku sebelum ini tidak pernah tahu Bahasa Melayu itu luas lingkupnya. Di sini  aku belajar.. Aku akhirnya menamatkan pengajian ini dengan jayanya. Akhirnya aku dapat menggenggam Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Melayu. Melebarkan sayap kerjaya di satu organisasi badan berkanun. Selama 1 tahun lebih aku menimba pengalaman di sana. Akhirnya aku ditawarkan bekerja di ogranisasi NGO. Kini dah masuk tahun keempat aku di organisasi ini. Alhamdulillah.. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Di mana kita bekerja di situ ada amanah yang perlu dilaksanakan. Mencari ilmu biar sampai ke negeri China....

10 Februari 2012

Kematian dan Perpisahan

Sudah lama meninggalkan blog kesayangan ni.. Memulakan tahun baru dengan penuh keazaman. Konon-konon nak mencipta rekod baharu yang lebih baik berbanding tahun lepas. "Azam tanpa Usaha (berjaya ke?)" Renung-renungkan.. (Berbicara pada diri sendiri).

Tahun baru 2012 penuh dengan kejutan. Berita kematian benar-benar mengejutkan aku. Bukan saudara rapat, bukan ahli keluarga tetapi saudara Seislam. Kegemaran aku di kala Encik Suami pergi bekerja selama 14 hari ialah mengunjungi Pasar Malam Paya Jaras... Seminggu ada 3 kali (Selasa, Khamis dan Sabtu). Hari Ahad ada Pasar Tani. Tengok tu hafal jadual pasar malam.. Kat pasar malam ni aku keap membeli sup tak kira la kuetiaw sup, bihun sup mahupun soto kat pasangan suami isteri ni... Tapi bulan Januari 2012 aku tak nampak pun pasangan suami isteri ni berniaga. Tertanya-tanya jugak, tapi anggapan aku mereka berniaga di tempat lain.

Sampai pada minggu terakhir bulan Januari, aku nampak gerai sup dibuka semula. Jangan ditunggu lagi, aku pun membeli sup tu.. 
Aku: Adik bagi kuewtiaw sup dua. Mana mak?
Anak perempuan: Sambil membungkus dan menjawab "Mak kat umah"
Aku: Ooo.. napa lama tak berniaga?
Anak perempuan memandang ke arah abangnya yang juga sibuk menyiapkan bungkusan sup. Tiada jawapan.
Aku: Ayah mana? Sembahyang Asar ek?
Sekali lagi adik perempuan itu memandang abangnya.
Abang: Ayah dah meninggal...
Aku: Innalillahi... Bila? Sakit apa?
Abang: 31 Disember tahun lepas..Sesak nafas..
Aku betul-betul tergamam.. Masih lagi terbayang-bayang Si Ayahnya yang begitu peramah. Ada aje celotehnya kat pelanggan yang datang. "Amboi kak, merah baju, ade function ke?" Itu antara dialog yang pernah arwah ucapkan kat aku.. Semoga Allah menempatkannya bersama-sama orang yang beriman.. Amin.

Kesempatan cuti Maulidur Rasul aku gunakan untuk pulang ke kampung. Sudah la di bandar aku mendengar kisah kematian.. balik kampung berita perpisahan pulak menjengah ke gegendang telinga. Bukan perpisahan atas kerelaan, tapi boleh diibaratkan macam kacang lupakan kulitnya. Kisahnya berlaku kepada jiran terdekat mak aku di kampung. Si isteri merupakan warga negara Indonesia (Medan). Si suami tu yang merupakan jiran aku dan warga tempatan. Hasil perkahwinan mereka ni telah dikurniakan empat orang cahaya mata, berumur antara 2 hingga 15 tahun. Si isteri tu dah mendapat kerakyatan negara kita atas bantuan dan dorongan si suami. Namun seperti yang aku katakan tadi, si isteri tu dah lupa daratan.. atau boleh dikelaskan sebagai tidak mengenang budi.. telah meninggalkan suami dan anak-anak. 


Dikhabarkan isteri ni bekerja di sekitar Bukit Mertajam..Kenapa la tak cari.. Kan masih dekat Sungai Bakap dan Bukit Mertajam tu??? Bukan saja meninggalkan suami dan anak-anak bahkan turut meninggalkan hutang yang rasanya tak terbayar dek suaminya. Hutang pembiayaan kredit mikro dengar cerita hampir RM18,000. Itu tak termasuk hutang kat orang kampung lagi, orang kampung lain pun ada jugak. Kesian si suami terpaksa mendengar maki hamun orang dek perangai buruk isterinya. Nasib baik aku tak meminjamkan duit kepada si isteri ni yang tanpa segan silu menelefon aku tahun lepas . Konon-konon nak pinjam duit untuk buat modal  bisnes kuih raya. Khabarnya si suami juga ada kalanya "naik hantu" bila ramai yang bertandang meminta hutang. Kesian, kesian... Nampak babak di atas seperti drama kan? Tapi itulah REALITI KEHIDUPAN. Kadang-kadang hidup kita terpisah dengan orang tersayang di kala ajal menjemput. Tidak kurang pula, orang tersayang meninggalkan kita kerana kekurangan diri. Semuanya susah untuk diduga... Realiti hidup ada suka ada duka. Ada kiri ada kanan..Arus manakah yang menjadi pilihan???




12 Januari 2012

Air Mata di Hari Pertama Persekolahan

Salam kepada semua blogger. Dah lama rasanya tidak menerbitkan entri baru. Bukannya tak rindu tapi memang tak sempat langsung nak mengemas kini blog kesayangannya ni. Penghujung tahun 2011 memang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang tidak dapat dielakkan. Aku dah berpindah ke office baru di Sri Damansara. Dulu office kami di Bukit Damansara. Letih jangan disangkal lagi... Sakit habis badan-badan bila mengemas kotak-kotak. Akhirnya semuanya telah selesai...

Kali ni bukan nak bercerita tentang perpindahan office pun.. Aku nak bercerita tentang hari pertama persekolahan anak aku yang ketiga (bongsu buat masa ini). Adik nama panggilannya mula bersekolah pada 9 Januari 2011 iaitu pada hari Isnin baru-baru ini. Dia mengambil tempat di sekolah Angah tahun lalu iaitu di Tadika Nursaadah, Kubu Gajah. Angah dah ke Smart Reader Kids bagi sesi persekolahan 5 tahun. Kakak dah pun masuk Darjah Satu di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak. Cepatnya masa berlalu.. Semua puteri aku dah bersekolah tahun ni..
Hari pertama Adik ke sekolah, aku yang hantar. Dia excited masa nak gie sekolah tu.. Dah galas beg Angry Bird, lengkap beruniform serta bertudung. Hati aku berbunga-bunga la sebabnya nampak Adik ok aje nak ke sekolah. Sampai di sekolah macam biasa, ramai ibu bapa menunggu anak-anak. Aku pun sama la jugak. Adik dah masuk kelas, aku tengok dia di depan pintu kelas. Kiranya dia memang nampak aku. Ada jugak ibu bapa budak-budak lain yang menunggu di dalam kelas. Budak-budak yang menangis jangan dikira. Aku sengaja menghilangkan diri di sebalik tingkap, apa lagi.. Si Adriana Nadrah mula menangis... "Mama.. mama.. jangan tinggal adik.." Aku maintain.. cool... "Mama kat sini la"..

Adik ok aje bila nampak aku.. Tapi kembali menangis bila aku mengangkat kaki nak gie keje. Adoi.. mcm mana ni? Umur 4 tahun terlalu kecik ke nak ke sekolah? Kakak ngan Angah dulu ok aje... Mungkin sebab dia yang bongsu kot.. Macam-macam andaian yang bermain dalam fikiran aku masa aku melangkah keluar dr sekolah Adik. Aku mula sebak lalu menangis semah-mahunya... Nak tenangkan hati call biras aku.. Kak Zai.. dia gelakkan aku.. Pastu Encik Suami call pulak.. Lagi kuat aku menangis... Encik Suami yang sentiasa tenang...menjawab "Cikgu kat sekolah tu tahu la nak buat mcm mana... Takpe la adik tu, kalau penat nangis tu, tidur la dia kejap lagi.." Aku masih menangis... Ni ayat yang terkeluar dari mulut aku.. "Mama tak nak pregnant dah.. cukup la dah ade tiga org tu!"

Encik Suami tergelak aje. "Apa kena mengenanya dengan situasi anak menangis di sekolah dengan pregnant?". Kenapa takde kena-mengena? Ada la... Aku mcm fobia tengok anak bongsu nangis kat sekolah.. Kalau pregnant, Adik dah tak jadi anak bongsu, adik baru pulak.. Pastu masuk sekolah menangis lagi sbb manja.. Ah! tak nak nangis lagi.. Buruk betul la bila menangis beria-ia.. Hehehe... Kenapa le aku jadi macam tu... Agaknya naluri keibuan memang gitu kot...

15 November 2011

From Penang Village to Bukit Bintang

Salam untuk semua blogger especially yang melawat ke blog BicaraQaseh.
Nak makan di mana dan nak lepak di mana? Hahaha.. bukan nak ajak bersosial, tapi sekali-sekala best jugakkan.. Ni saja aku kongsi sikit catatan jalan-jalan cari makan dan sesi lepak yang berkalu pada 29 Oktober yang lalu. Memulakan perjalanan dari Mutiara Damansara, tak tahu nak cari tempat makan yang best. Rakan Encik Suami mencadangkan mana-mana gerai, restoran atau seangkatannya di kawasan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Destinasinya tak dapat dipastikan sebabnya kami jarang makan kat kawasan tu. Encik Suami yang tidak pasti kedai mana yang nak dituju, memandu perlahan-lahan berpusing sekitar TTDI. Akhirnya ternampak sebuah restoran yang boleh tahan jugak la..

Kami semua ke Penang Village Restaurant. Terasa macam balik ke kampung halaman pulak. Maklum la anak jati Pulau Mutiara la katakan. Sedap, memang sedap. Cuba la ye.. Ada 4 cawangan di Kuala Lumpur dan sekitarnya.. TTDI, Hartamas Shopping Mall, Alamanda Mall dan Great Eastern Mall. Tak rugi mencuba. Berbaloi-baloi.. Lepas sesi jalan-jalan cari makan, perjalanan kami diteruskan. Kali ni sesi lepak dan sekali gus sesi menyambut hari lahir anak kawan Encik Suami (advance) di Bukit Bintang. Tempat ni dipilih oleh kawan Encik Suami. Jam menunjukkan hampir pukul 11.00 malam waktu kami sampai kat sana. Ada live band rupanya kat sana. Entah la kat area mana.. Kat situ cuma minum dan makan kek. Selamat Hari Lahir Irfan Cairel (betul ke ejaannya ni?) Sesi lepak tamat lebih kurang jam 1.30 pagi. Anak-anak dah terlelap kat kerusi.. First time lepak sampai pagi macam ni... Sweet & Sour Memory..! 

Crunchy Spinach

Sedapnya ikan steam..



Mya dah bosan..

"Mya, smile.." said Angah

Here we are, Birthday's boy

Time to sleep



Live Band @ Bukit Bintang


Plaza Low Yatt @ 1.30 a.m.

Peace after sleeping beauty..

So tired.. Mya


11 November 2011

Lari, Lari, Kutu, Kutu!

Salam untuk semua blogger terutamanya blogger tegar.
Nak update entri terbaru cukup tersiksa jiwa dan raga. Bukan  takde kisah, tapi belum ada masa yang sesuai. Sibuk memanjang (statement yang dah basi kan..). Nak kongsi sikit pengalaman yang mengimbau kembali zaman kecik (zaman dolu-dolu). Baru-baru ni dalam minggu ni jugak le.. aku nampak si kakak (anak sulung) tergaru-garu. Aku perasan dari minggu lepas lagi, tapi aku buat tak tahu aje. Aku marah bila dia tergaru-garu kepala. Bukannya apa, aku ingat kesan chicken pox dia belum abis.. nanti tak fasal-fasal abis lekat parut kat kepala tu.

Masa dia buat homework, sekali lagi tergaru-garu. Dia bgtahu dia gatal sesangat. Aku pun tak puas hati jugak kalau tak tengok. Dengan penuh rasa kasih sayang aku pun tengok le kat atas kepala dia. Adoi... macam tak boleh diterima akal. Ada KUTU. Ingat zaman moden ni istilah kutu tu dah takde dan yang tinggal pun cuma main kutu (kutu pinggan, kutu duit, kutu baju, kutu pakej pelancongan).. Pernah main kutu tak? Aku memang geram tengok kepala anak aku tu. Penuh dengan telur kutu, ibu kutu, nenek kutu pun ade. Panik jugak bila nampak kutu merayap kat kepala dia, siap check kepala Angah, Adik termasuk bibik sekali. Siap aku suruh bibik tengok kat kepala aku lagi.

Petang tu bila bawak kakak dan Angah ke rumah mak ngah diaorang untuk mengaji, aku awal-awal lagi khabarkan kat mak mentua aku kata kakak dan angah ade kutu. Apa lagi.. mak mentua aku membuat suggestion supaya memotong rambut. Mulanya berat jugak hati tu, apa tidaknya rambut kakak dan angah tak pernah aku potong sejak dibotakkan (dicukur) masa dalam aku dalam pantang. Bayangkan la kakak dah 6 thn, angah 4 thn. Sayangnya... rambut diaorang dah sampai paras pinggang. Selalu bertekak bila aku menyikat rambut diaorang sebabnya aku akan melepaskan kusut-kusut rambut tu... Kalau bibik sikat sikit-sikit aje, pastu ikat. Rambut adik memang pendek sebanya kakak dah "mengerjakan" rambut adik masa cuti sekolah 2 tahun yang lalu. Kat bawah ni babak-babak rambut diaorang dipotong.


Nenek berusaha keras memotong rambut kakak

Tengok tu rambut yang dipotong..

Angah pulak..


Adik pun nak jugak..



10 November 2011

Annisa Nasuha @ Smart Reader Kids Annual Concert

Salam kepada semua blogger.
Memang cepat masa berlalu. Tinggal lagi sebulan dah nak melangkah ke tahun baharu, dan begitu lama tidak menerbitkan entri baharu. Bukan dek kekeringan idea tapi dek terlalu teruja nak tukarkan template blog yang konon-kononnya mcm cantik sangat tu. Susah rupanya nak tukarkan template ni.. (bagi aku aje la kot.. ). Bila buat blog walking, nampak cantik-cantik aja blog orang. Nak cari juga otai-otai yang pandai hasilkan blog yang cantik-canti tu.. Tolong ye sesape ada menawarkan perkhidmatan mencantikkan blog dengan harga yang murah.. jangan malu-malu bagitahu tahu kat mama ni ye..

Ni dan kemas kini info dan maklumat yang tertinggal. Pada 23 Oktober yg lepas, anak sulong aku, Annisa Nasuha (lebih mesra dipanggil Kakak) telah menghadiri Annual Concert for Smart Reader Kids di Summit USJ. Kiranya tahun ni tak le excited mcam tahun lepas.. sebabnya ni merupakan tahun kedua kakak ke konsert. Tak nak membebel panjang.. biar gambar menceritakan segalanya..

@ Home, Lot 1970


Selepas touch up

S6 Performance

It's me (3 dari kanan)

Perform with age 4


Graduation Times!




With her principle, Ms. Joginder

After Graduation

Zoom in with lovely bibik

Zoom In with my Charlies Angel

Zoom with Last Pose from Kids & Mama in Pink

30 September 2011

Baby Kembar

Salam kepada semua blogger dan salam sayang untuk pembaca blog BicaraQaseh.


Sudah lama tak menulis blog kesayangan ni.. Pelbagai halangan yang mendatang, yang bergolek, yang melayang dan macam-macam lagi la.. Nak ucap selamat hari raya, Syawal dah pun berlalu. Hari ni pun dah masuk 2 Zulkaedah 1432H. Cepat masa berlalu sampaikan tak sedar dah nak masuk bulan Oktober dah pun esok. Memandangkan dah lama tak berkongsi cerita suka duka, hari saja-saja nak kongsi tentang kembar siam yang pelbagai. Perkongsian ni aku petik daripada akhbar Berita Harian (27 September 2011), Ruangan Ratu.

Kalau orang dapat anak kembar memang seronok habis kan..Nak-nak dapat sepasang. Memang teringin pun nak dapat kembar. Abang ipar aku yang ketiga ada anak kembar lelaki (Idzafar dan Idzfran). Dilahirkan 4 tahun yang lalu.. Montel lagi sehingga kini.. Yang paling tabik habis dua orang anak buah yang kembar ni dilahirkan secara normal lagi! Tahniah ye Puan Yanti (Mak Lang: Masih ternampak2 lagi perutmu yang besar tak hingat masa mengandungkan baby kembar tu). Ini cerita kembar yang berasingan.. Lain pulak ceritanya kalau dilahirkan kembar siam (kembar yang melekat mana-mana anggota tubuh badan). Rupa-rupanya ada pelbagai nama kembar siam ni.. Istilah kembar siam berawal dari pasangan kembar siam terkenal Chang dan Eng Bunker (1811 - 1874) yang lahir di Siam (sekarang Thailand).

Jom kita tengok jenis-jenis kembar siam:

Terata Catadidyma yang merujuk kepada kembar yang bercantum bahagian bawah badan atau satu badan berada di atas dan satu badan sebelah bawah.


  • Pygopagus: membelakang dan bercantum bahagian punggung
  • Ischiopagus: bercantum bahagian sakrum
  • Dicephalus: satu badan, dua kepala
  • Diprosopus: satu badan, satu kepala, dua muka
Terata Anadidyma merujuk kepada kembar satu badan bahagian atas, tetapi dua anggota di saparuh badan bawah atau kembar bercantum dengan bahagian anggota tambahan bahagian anggota bawah 
  • Cephalopagus: bercantum bahagian kepala
  • Syncephalus: bercantum bahagian wajah
  • Cephalothoracopagus: bercantum bahagian wajah dan sekitar dada
  • Dipygus: satu bahagian atas badan dengan dua badan bahagian bawah (sekitar andomen, pelvis dan kaki)
Terata Anacatadidyma merujuk kepada kembar yang bercantum di mana-mana, sepanjang bahagian tengah badan.
  • Thoracopagus: bercantum bahagian dada, berkongsi satu hati atau mempunyai sambungan jantung; beberapa organ di abdomen tidak lengkap
  • Omphalopagus: bercantum bahagian dada
  • Rachipagus: bersambung bahagian saraf tunjang hingga ke punggung





Ingatlah Firman Allah dalam surah Al-Sajdah yang bermaksud:

“Tuhan yang membuat segala sesuatu yang diciptakan dengan sebaik-baiknya dan yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menciptakan keturunannya daripada saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan ke dalam tubuhnya akan roh ciptaan-Nya”.

Allah s.w.t menciptakan manusia sebaik-baik ciptaan. Hal yang membezakan manusia dengan ciptaan yang lain ialah akal. Dengan akal, tuhan membiarkan manusia berfikir dan menilai antara yang baik dengan yang buruk.
(htttp://www.yadim.com.my)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy