25 November 2010

Demam Peperiksaan

Salam kepada semua pembaca blog,
Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menjawab soalan utk adik2 yang menduduki peperiksaan SPM. Hari ni hari ketiga peperiksaan SPM berjalan. Buat masa sekarang ni mesti ada yang berdebar-debar. Soalan apa nak keluar nanti... Buleh jawab ke tidak... Senang ke susah..
Mengimbau kembali perjalanan SPM aku masa tahun 1995... Hish memang demam habis la.. Calon SPM sekolah aku masa tahun tu cuma 50 orang aja. Ada 2 kelas masa tu, kelas 5 Mawar ngan kelas 5 Melur. Kelas Mawar ambik bahasa Arab Tinggi dan paper Prinsip Akaun. Kelas Melur ambik bahasa Arab Komunikasi ngan paper perdagangan. Lain-lain2 paper sama aje la...
Aku kelas 5 Melur. Memang berpeluh2 menjawab soalan. Yang pastinya kertas Bahasa Melayu senang la. Memang favourite pun. Lain2 paper kuserahkan pada takdir. Masa trial pun result aku teruk. Kesian mak aku kena datang sekolah. Almaklum la dapat pangkat 3. Hish teruk betul kan? Dipendekkan story, result SPM diumumkan. Semua calon SPM mendapat pangkat 1, kecuali 3 orang pelajar dan salah seorangnya ialah AKU. Sedihnya tak tahu nak cakap. Mencacatkan markah sekolah. Namun aku boleh berbangga dengan keputusan yang aku dapat. Taklah seteruk keputusan masa trial dulu. Alhamdulillah aku dapat A2 dlm subjek bahasa Melayu, C4 untuk subjekk bahasa Arab dan bahasa Inggeris. namun pangkat 2 tak melayakkan aku masuk U. Ramai kawan2 aku meninggalkan aku... Mereka terus ke menara gading... Tapi aku, aku tak dapat ke mana2...
Aku meneruskan pelajaran di tingkatan 6. Sekali lagi aku dilanda demam peperiksaan. Tapi kalau diikutkan ni merupakan peperiksaan terakhir di alam persekolahan. Kalau tak, masakan nak dipanggil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)... Alhamdulillah, aku berjaya menempuh STPM biarpun mendapat result biasa2 aja. 3P 1R melayakkan aku menjejak kaki mengambil Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Komunikasi Massa pengkhususan Penerbitan. Bidang yang glamour, tapi aku tetap biasa2 aja. Alhamdulillah dapat menamat pengajian di Institut Teknologi Mara (ITM) dulunya dan kami la batch pertama grad menggunakan jubah baru apabila ITM menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Terima kasih UiTM kerana menjadikan aku insan berguna!
Demam peperiksaan aku tidak terhenti di sini. Aku kembali belajar. Masa ni aku dah pun memegang status sebagai isteri dan sebagai ibu. Aku meneruskan pengajian bagi memiliki sarjana. Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pengajian mengikut perancangan dan masa yang telah ditetapkan. Aku berjaya menggapai segulung sarjana pada usiaku 30 tahun. Kali ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Universiti Malaya khususnya Akademi Pengajian Melayu kerana berjaya memberi aku ilmu yang berguna...
Adakah perjalanan aku akan menemui sekali lagi demam peperiksaan? Rasanya bila dah memegang title ibu beranak 3 ni.. perjuanganku mungkin berhenti di sini. Kadangkala terdetik juga di hati untuk kembali merasai kenangan apabila dilanda DEMAM PEPERIKSAAN. Kini demam peperiksaan masih aku rasa, demam bila anak nak menduduki exam. Mampukah anak2 mama meneruskan cita2 mama...
Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat 3 puteri mama yang baik, yang bijak, yang pandai dan yang nakal juga... Mama sayang anak2 mama.. Annisa Nasuha (5 tahun), Aina Najla (3 tahun) dan Adriana Nadrah (2 tahun).

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy