30 Disember 2010

Kemenangan Pasukan Malaysia dalam Merebut Piala AFF!




Kemenangan Malaysia Kebanggaan Semua.









Hari yang indah, di sana sini pastinya dok bercerita tentang perlawanan bola semalam. Perlawanan MALAYSIA menentang Indonesia. Aku kalau bab bola selalunya awal-awal lagi dah surrender. Tak gemar dan tak tahu langsung fasal bola. Tapi semalam PIALA AFF 2010 aku tengok sampai habis. Tabik spring aku kat semua pemain Malaysia yang bertungkus lumus menendang dan menyelamatkan bola daripada pihak lawan. Secara keseluruhannya semalam menyaksikan pasukan lawan kita Indonesia tu memang kawal habis-habisan bola tu. Kiranya bermain di petak Malaysia aja. Akhirnya dek kerana kesian, pasukan negara kita telah memberi satu gol percuma kat Indonesia. Pasukan Indonesia sepatutnya kena ucap terima kasih kat Malaysia. Kalau tidak pastinya Malaysia menang secara totalnya semalam. Walau bagaimanapun.. kedudukan Malaysia tidak dapat digugat dengan catatan 2-1. Tahniah! "We Are The Champion". Macam2 spekulasi dan mcm2 rintangan dihadapi oleh pasukan Malaysia.. Akhirnya inilah hasilnya. Piala Suzuki 2010 menjadi milik Malaysia. Aku berbangga menjadi rakyat Malaysia. Ternyata pasukan Malaysia bukan jaguh kampung. Tahniah! Tahniah! Tahniah!


Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy