31 Disember 2010

Percutian di Tahun Baru

Pejam celik, pejam celik esok dah masuk tahun baru. Selamat datang tahun 2011. Mula terfikir keje-keje di tahun 2010 yang masih belum settle. Kena ada azam untuk siapkan mana-mana yang belum siap. Tahun 2010 menyaksikan dua puteriku bersekolah. Kakak meneruskan persekolahan di sekolah yang sama, Smart Reader bagi kelas 6 tahun. Angah akan masuk ke sekolah tadikan Nur Saadah, kelas 4 tahun. Adik, adik belum lagi.. adik meneruskan perjalanan meniti usia 3 tahun. Kejap aje masa berlalu. Tadi baru aje gie beli kelengkapan alat tulis diaorng. Nak beli kat Angah aje plannya.. tapi biasa ler.. dah beli kat Angah, kakak pun nak, adik pun nak jugak. Beli alat tulis pun dah lebih RM50.
Esok juga suami ak u nak bawa kami ke Jengka. Ade kenduri kahwin kawan dia. Balik dari Jengka nak ke Gambang. Emm.. percutian di penghujung cuti sekolah. Ok aje, daripada tak gie mana-mana. Anak-anak dah excited. Maklum aje la, sepanjang cuti sekolah tak gie mana-mana pun. Hanya ke Giant, Tesco, Jusco OU, IKEA, The Store. Shopping sikit-sikit aje, selebihnya jalan-jalan cuci mata. Nasib baik cuci mata, kurang sikit habis duit.Tapi cuci2 mata ade jugak yang "terbeli". Hehehehe.. biasa dah tu..
Semalam, kat opis aku sempat berborak-borak ngan kawan2. Biasa la topik utama semestinya bola sepak. Memang panjang ulasan fasal bola sepak Piala Suzuki yang berlangsung pada malam Khamis tu. Lepas bab bola sepak, sembang pulak bab sekolah anak-anak. Sekolah zaman sekarang bukan mcm dulu. Dulu bayar yuran berape aje. Sekarang... bukan sikit-sikit le guna duit. Mula aku terfikir mcm mana la keadaan keluarga yang suaminya bekerja seorang, ditambah dengan anak yang ramai. Aku yang ade 3 anak aje pun dah terasa bahangnya. Terasa juga ler biarpun cuma 2 aje anak yang berkelolah. Itu pun cuma tadika aje. Mcm mane la orang yang ade anak ramai semuanya dah bersekolah. So renung-renungkan la keadaan kita ni. Lepas tu perlu ade rasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan kepada diri dan keluarga kita. So aku berhenti di sini dulu. Nantikan gambar2 percutian aku dan keluarga ke Jengka dan Gambang. SeLaMAt TahUN BaRu.
Ismi Noraini.

1 Komentar Terbaik

03 Januari, 2011

wahhhh g cuti ye...tak pe kak walaupun hujung2 cuti tapi janji pergi jalan-jalan idok hehe

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy