16 Januari 2011

Ikan, Terung, Kacang Buncis dan Roti Canai

Salam kepada semua pembaca blog BicaraQaseh. Kepada yang belum menjadi pembaca setia, jangan lupa follow saya di facebook atau google ye!

Hari ni aku nak kongsi cerita tentang sepagi aku di pasar tani dan warung roti canai. Pagi-pagi lagi memulakan rutin mcm biasa di hujung minggu. Menghidupkan kereta antik kesayangan aku yang buleh masuk muzium kalau ikut jangka hayatnya yang begitu lama. Meneruskan perjalanan nun ke pasar tani. Pasar tani mana lagi kalau bukan Pasar Tani Sg. Buloh. First sekali beli paper dulu. Lepas tu meneruskan perjalanan nak beli breakfast untuk puteri-puteri aku. Selalu sgt beli kuey teow goreng dan pulut kuning, aku decide beli nasi lemak pulak hari ni. Nasi lemak telur goreng takde sambal. Dah settled beli breakfast, nak beli ikan pulak. Nak masak ape tengah tengah hari ni? Ermm masak lemak pucuk ubi sedap jugak dgn cuaca yg mendung ni.. tambah dengan ikar bakar lagi. Sedap tu.. Sampai aje kat tempat ikan, aku pilih ikan kembung 4 ekor dan ikan selar 3 ekor, kategori sedang-sedang aje saiznya. Ni ikan-ikan favourite aku ler. Agak-agak anda berapa harga 7 ekor ikan tu? Ermm..kalau RM10.00 logik ler jugak, tapi ini harga yang aku kena bayar RM15.50. Hish mahal betul ikan sekarang ni! Jadi bapak2 kalau ade peluang luangkan masa beli ikan ye. Baru tahu harga pasaran ikan tu.
Tukar plan ler, masak kicap aje ikan kembung ni.. Aku seterusnya nak beli cili dan sayur-sayuran. Kali ni harga sayur biasa2 aje. Aku sekali lagi dikejutkan dengan harga sayur yand dibeli sorang mamat bangla. Dia beli sikit kacang buncis dan sebiji terung bulat. Adik penjual sayur tu charge dia RM10.00. Terbeliak mata aku, si mamat bangla tu dah menghulurkan RM3.00. Masa tu aku dok memilih sayur. Kiranya aku yang terkejut sgt ni memilih sayur ala kadar aje, takut kena berpuluh-puluh hinggit pulak. Mamat Bangla tu tanya lagi... Last2 tauke sayur tu yg kirakan sekali lagi..RM2.90.
Rupa-rupanya budak dia kira sebiji terung dengan harga sekilo terung RM8.00 patut la jadi RM10.00. Hehehe..Meneruskan lagi perjalanan aku ke warung roti canai. Bukan kat pasar tani lagi lokasinya. Ni perjalanan nak balik ke rumah pun. Aku order 4 keping roti bom. Roti bom sekeping RM1.00. Aku tak nak beli roti canai kat sini sbb teramat la keciknya. Ade sorang aunty Chinese beli 3 keping roti canai kosong utk cucu dia. Dia rancak bersembang ngan aku dan kakak warung roti canai ni. Aunty tu dah bayar RM2.40 bg. 3 keping roti canai. Memang rata-rata roti canai dah RM0.80. Masa ambik roti canai tu, aunty ni dilanda rasa terkejut. Dia bertanyakan kakak warung tu, eh berapa keping awak bagi saya? 3 le jawab kakak tu sambil menambah lagi takkan saye nak bagi 1 pulak. Aunty tu mcm tak puas hati.. Mcm 1 aje ni.. dia pun bukak bungkusan roti canai tadi sambil mengira.. Banyak kecik la.. saya ingat 1 tadi dan berlalu dari situ. Dalam hati aku berkata memang kecik sgt roti dia. Kakak warung tu mengomel jugak, kata dia mana nak cari roti canai 80 sen, kat sini aje yg masih jual dgn harga tu. Order aku blm siap lagi.. ternampak pulak pulut panggang.
Akak tu mempelawa aku membeli pulut panggang dia. Sementara si tukang buat roti canai memuji pulut panggang kakak tu yg sedap. Menurut kakak tu dia menggunakan pulut dari negara jiran, Thailand. Harga sebiji pulut panggangnya 40 sen. Memang kalau beli pulut kat KL ni memang susah nak dapat pulut yang cantik. Ade yang hapak, ade yang kuning dan patah-patah. Aku pun balik ke rumah selepas semua dah beli. Memang sedap la pulut panggang kakak tu! Menyesal pulak beli 2 aje. Takpe hujung minggu depan beli lagi ler. Inilah secebis kisah mama di pagi hari Ahad. Barang semakin mahal sekarang ni.. Kalau tak habis RM50.00 sepagi ni memang tak sah. Ni leteran mak-mak ye..Terima kasih atas kesudian menjengah blog aku ni.. Terima kasi lagi aku ucapkan kepada yang sudi meninggalkan komen. Terima kasih atas sokongan semua.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy