14 Januari 2011

Pokok Bunga Vs Piala AFF

Salam untuk semua rakan blogger.

Kemenangan pasukan Malaysia membawa pulang piala AFF telah berlalu. Namun kehebatan skuad Harimau Malaya terus diperkatakan hingga kini. Kenangan Piala AFF masih lagi terasa. Apa tidaknya.. suami aku siap betting lagi ngan aku. Kalau Malaysia menang 3-0 ngan Indonesia dia akan beli kat aku 3 pokok bunga favourite aku. Kiranya kalah menang pasukan Malaysia akan menentukan jumlah pokok bunga yang akan aku dapat.. Hehehe...Lawak pulak rasanya.. Dalam hati aku cakap "takpe..3 pun ok jugak ler.. kalau ade yang berkenan lagi, beli sendiri la nampaknya". Tengok-tengok Malaysia tewas kepada Indonesia dengan mata 1-2. Alamak! Frust jugak ler.. Takpe, aku dapat 1 pokok favourite aku.
Pokok favourite suami aku

Pokok first batch



Suami aku bila dah ke nursery, mengalahkan aku yang pompuan ni.. Mcm2 pokok yang dia nak beli. Aku dapat pokok free drpd. suami. Ade jugak yang aku beli...sbb perjanjian dah mcm tu.. Ikut mata Piala AFF..Sebenarnya masa orang Malaysia sibuk2 dok gie beli tiket nak tengok Malaysia vs Indonesia kat Stadium Bukit Jalil, aku dan suami sibuk beli pokok bunga.. Sampaikan Malaysia ke Indonesia.. kami masih lagi sibuk mencari pokok bunga. Sebenarnya aku dan suami blm ade plan mcm mana nak buat lanskap kat depan rumah. So buat masa ni beli pokok bunga sikit-sikit dulu, tanam aje dlm pasu.. Nak plan baik2 dulu nak buat lanscaping umah.. Takut nanti silap plan, mula le pokok mangga, pokok rambutan, pokok nagka yang duduk depan umah. Kat belakang umah silap2 tanam pokok kangkung aje. Tapi jangan tak tahu memang kat belakang umah aku mcm2 ade, bukan aku yang tanam, bibik aku.. Mak mertua pun dah tanam ubi kat tepi pagar rumah. Kat belakang rumah ade pokok pucuk manis, kangkung, baam, betik, limau purut (ni aku yg beli), ulam raja, lengkuas, halia, kunyit, pokok kunci (ni bibik bawak dr Indon masa dia balik cuti raya thn lepas), ada cekur.. banyak tak pokok kat belakang rumah tu.. eh ade lagi pokok daun bawang, daun sup, keladi pun ade. Pendek kate semua pokok ade. Kat sini aku nak kongsikan sikit gambar2 pokok yang aku beli ngan suami. Pokok2 ni utk halaman depan rumah tau, jangan ingat utk kat belakang rumah yang sudah sedia byk pokok tu!










Pokok favourite aku Pokok favourite suami aku!


Pokok adik-beradik keladi ni ler yg suami aku hadiahkan sempena mata kemenangan Malaysia. Pokok yg mcm hidup segan mati tak mahu tu pokok favaurite. Jangan kutuk tau...! Pokok yang ketiga sampai yang kelima pokok favourite dan taste suami aku..

2 Komentar Terbaik

15 Januari, 2011

banyak nya pokok.. berseri la laman rumah cam ni..

17 Januari, 2011

KakYong: Baru memulakan langkah, harap2 begitu lah hendaknya..heheheh

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy