19 Januari 2011

Kemalangan dan Pesta!

Salam kepada semua blogger dan pembaca setia blog BicaraQaseh.


Terfikir-fikir nak menulis ape ye hari ni... Pagi tadi, masa on the way gie opis terdengar berita kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan. Kemalangan menyebabkan duit syiling bertaburan di jalan. Bila sampai opis ade kawan beli paper Kosmo!. Lead article tu.. Pesta Kebas Duit Syiling. So aku just nak berkongsi sikit rasa dan perasaan aku ni. Kenapa ade orang mcm ni ye? Kemalangan bukan sesuatu yang menggembirakan bg pihak yang terlibat. Bagi pihak yang x terlibat jangan le pulak jadikan sebagai alasan untuk mengambil kesempatan. Berita ini mengingatkan aku kepada beberapa kejadian yang seakan sama dengan kejadian yang berlaku semalam berhampiran susur keluar Pedas.


Masih ingatkah anda akan peristiwa Pangkalan Sultan Abdul Halim, Georgetown yang runtuh pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Masa ni aku baru berumur 10 tahun. Tak ingat sgt pun tapi masih teringat cerita jiran-jiran. Masa kejadian yang menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera, orang ramai berasak-asak. Masa ni jugak berlaku mcm2 kejadian seperti mencuri dan sebagainya. Orang ramai dah panik, habis barang-barang berharga dicuri. Aku ambi sedikit berita yang aku petik dr wikipedia.Puncanya kesesakan teruk di Pengkalan Sultan Abdul Halim ini sekitar 10,000 orang. Ada dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St. Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar Cina (sekali seumur hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi Pemurah' . Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan turut datang ketika itu. Jambatan Pulau Pinang yang dibuka pada 1985 tidak dapat menampung kenderaan awam. Jeti sesak. Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Itu kisah di Pulau Pinang.


Satu lagi kisah Penduduk Pesta Beras di Kilometer 41, Jalan Kuala Terengganu-Dungun berhampiran Kampung Selawa, Merchang pada 10 Ogos 2009.Kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan 800 kampit beras jenama Jati. Pemandu yang terselamat dlm kejadian itu pening kepala akibat tindakan penduduk kampung berhampiran melarikan berpuluh-puluh kampit beras drp lori yang terbalik itu. Hakikatnya beras-beras itu adalah stok bagi bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi.. Sedih aku membaca cerita mcm ni.. Mcm tu jugak dengan kejadian kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang membawa syiling RM75,000 terbalik setelah dilanggar BMW. Orang ramai berpusu-pusu mengutip syiling yang bertaburan. Memang nampak mcm rezeki yang datang bergolek. Maaf ye.. rezeki itu bukan hak kita.. Yang dinamakan rezeki bila kita berusaha untuk mendapatkannya dengan cara yang betul dan halal. Kalau berusaha mencuri, mengebas, dan mengambil hak orang lain tu.. Sendiri renung-renungkan..
Ambik la yang baik2 aje.. jauhkan daripada sikap dan perbuatan yang buruk. Amin.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy