25 Januari 2011

Mencari Durian di Kampung Halaman!

Salam kepada semua blogger...especially pembaca Blog BicaraQaseh.
Dah lama benar rasenya tak mengemas kini blog dengan cerita ceriti terkini. Minggu lepas sibuk dgn percutian ke kampung halamanku di Sungai Bakap. Rasanya dah lama benar tak pulang ke kampung halaman. Rindu memang rindu, tapi dek kekangan masa aku pendamkan jua hasrat untuk balik ke kg. Rindu kat mak dan abah (makcik Ani, dan pakcik Hussin- panggilan kawan2 aku kat mak dan abah aku). Ingat kali terakhir balik thn lepas. Ermm.. tahun lepas lagi tu.. bulan Oktober kot.. Memang dah siap-siap ambik cuti hari Jumaat (21/1/11) tu sbb nak dapatkan 4 hari cuti sekali ngan Thaipusam. Mak aku biasa la.. kalau nak balik tu balik pagi2 tau.. mcm tu le pesanan dia kat aku... Mak aku memang suka menyampaikan pesanan dia 3 atau 4 kali ulang dengar pesanan tu... "Yang (panggilan mak kat aku) balik elok-elok, suruh Lan bawak kereta elok-elok, tak payah laju-laju..mak selalu doa untuk cek (ni kata ganti nama diri aku masa aku cakap ngan mak dan abah aku) pandu cermat jiwa selamat (ni pesanan penaja mak aku) hehehe..
Alhamdulillah perjalan aku pada hari Khamis tu berjalan ngan lancar. Kami sampai ke destinasi yg dituju pada pukul 2:00 petang. Mak aku bukan main happy lagi dgn kepulangan aku anak beranak. Ye la dah lama benar anak tunggal dia ni tak balik kampung. Hish2.. ape la rasa mak aku kan? Mesti tertanya-tanya nape la anak aku ni jarang2 dapat balik ke kampung.. Aku pulak tak tahu nak bg jawapan apa kalau ditanya.. Nak kata keje jadi bos tak jugak, still jadi pegawai cabuk aje, still makan gaji..Hehehe.. Bila le dapat merasa nak jadi bos? Mungkin buleh kot kalau bukak syarikat sendiri. Ok tutup cerita bab nak jadi bos tu. Aku kan kat kg.. Meti nakk cerita bab kampung halaman aku ni.. Hari ni memulakan acara yang julung2 kali dibuat semasa balik ke kg ialah penjelajahan ke dusun durian. Ni bukan mak dan abah aku punya ye.. ni jiran aku punye.. Saujana mata memandang 7 ekar dusun durian.. Anak2, bibik dan suami aku happy dapat menjejak kaki ke dusun durian..Opss.. tersalah pulak.. Anak aku yang sulung tak happy sgt sbb kena "berperang" ngan nyamuk..Ni yang susah bila dilahirkan jadi anak orang bandar. Karang mama ni bukak buku cerita zaman mama kecik2 sampai 5 hari 5 malam belum tentu habis. Sekarang musim durian di Pulau Pinang, tempat lain tak pulak aku tahu. Durian baru gugur sikit2. Suami aku ni "hantu" durian jugak ni..Petang ni kami dapat makan 4 biji aje durian.. Esok pagi maybe ade banyak sikit kot...


Tengok tu, lebat pokok buah durian ni!

Dok mengintai pokok mana yang byk buah...
Kakak, sedap la durian ni!
Ni pondok 5 bintang yang buleh disewa masa musim durian

Sempat lagi nak berpossing..
Bibikku mengambil peluang membawa balik pokok bunga!
Anak aku si kakak bersama bibik (moody sbb jd makanan nyamuk)























Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy