23 Februari 2011

Happy Birthday Annisa Nasuha & Hariths Farhan

Salam kepada semua blogger.

Dah lama benar tak mengemas kini blog. Niat tu memang nak cepat publish cerita-ceriti yang baru. Kekangan masa yang menebal tu terpaksa aku membatalkan niat tu.. Minggu lepas memang padat jadualnya. Hari Isnin keje, hari Selasa cuti Maulidur Rasul. Hari Rabu keje, Hari Khamis gie Shangri-La Hotel Putrajaya (Program Memperkasakan Perkhidmatan Awam-Merealisasikan 1Malaysia). Sebenarnya bos aku yang menerima jemputan, tapi dek tak dapat pergi, dia mewakilkan aku. Kalau ikutkan, utk sektor awam aje. Organisasi kami bukan tergolong dalam sektor awam..Hari Jumaat aku bercuti sebab hari lahir puteriku yang sulung. Sebenarnya tak buat apa-apa pun, cuma nak kena berlari ke sekolah dia sebab nak hantar kek dan goodises utk kawan-kawan dia di Smart Reader Subang Bestari. Penat jugak mama dia ni.. takpe anak punya fasal. Ayahnya sebagai penyokong mama dalam mengeluarkan tenaga dan modal. Terima kasih Encik Suami.
I'm six years old. Happy sgt dapat present daripada teacher
Hari Sabtu yang lepas sempat mengadakan majlis makan-makan, oppss.. majlis bacaan doa selamat dan celebrate birthday kakak dan Hariths Farhan (sepupu) anak aku. Mula tu plan nak buat sikit aje, pastu ntah last-last minute Encik Suami decide nak buat kenduri kecil-kecilan sempena rumah baru ni (baru lagi ke?) Ramai jugak la jemputan.. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Antara menu yang dibuat ialah nasi tomato, dalca, jelatah, triffle, puding pelangi dan 2 kek (1 utk kakak dan Hariths dibeli dari Secret Recipe- yummy! Chocolate Indulgence) dan sebiji lagi untuk Adik yang menyambut birthday pada November lepas.. aku tak sempat nak celebrate sbb sibuk ngan rumah dan mcm2 lagi..(kek adik Orange Cake dari King Confectionary- sedap jugak). Hari ni sempat berkenalan ngan jiran-jiran baru. Anak-anak aku happy sebab ramai kawan-kawan.. ramai sepupu yang datang. Rasanya anak-anak happy sangat sebab hari Sabtu tu mama depa tak paksa tidur, buleh bebas main sampai ke malam.. Kalu tak jangan harap la, mama yang mcm singa ni mesti suruh tidur, buat homework dan mengaji.. Hari-hari kena paksa.. Sedikit gambar semasa majlis pada hari Sabtu lepas..

 
Menu Achu (mama Hariths)
Ni mama Anis masak..
Kuih kasui tu sumbangan nenek (mak mertua aku)
Empat dara pingitan dari kiri : Mak mertua aku, makcik Ramlah- tok guru ngajar ana-anak aku mengaji,
bibik Sam- adik ipar mak mentua, dan mak aku

Sekitar majlis bacaan doa selamat dan sambutan hari lahir kakak & Hariths

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy