16 Februari 2011

Maulidur Rasul Menyemarak Kasih Sayang

Salam kepada semua blogger.
Bagaimana dengan sambutan Maulidur Rasul hari ni semalam? Niat di hati memang nak kemas kini blog semalam, tapi dek kepenatan kubawa kisahnya pada hari ini. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan catatan kisah cinta di hari mulia sempena kelahiran Nabi junjungan ummah, Muhammad ya Rasulullah. Kisah cinta abadi di sini... Semoga berbahagia di dunia dan akhirat..

Baik rupa parasnya, baik budi pekertinya
Baik pendapatnya, baik fikirannya, baik lagi muafakatnya.

Tinggi mana Gunung Ledang, tinggi lagi harapan hati
Setinggi mana terbang helang, tinggi lagi hajat kami.

Hidangan kami tidak seberapa, sekadar umbut dari belukar, labu dari gunung
Ikan dari paya, sedikit daging dan madu lebah.
 
Ibarat mata kiri dan kanan, Ibarat sepatu kiri dan kanan
Ibarat lengan kiri dan kanan, Ibarat kaki kiri dan kanan.

Terima kasih kerana membawa.. Gula kabung, Gula enau
Buat pemanis kuih-muih, Pelazat penganan dan juadah.





Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy