4 Februari 2011

Iqra' Bacalah Olehmu!

Salam kepada semua blogger teristimewa untuk pembaca setia blog Bicaraqaseh.

Cepat sungguh masa berlalu. Niat aku nak mengemas kini blog dengan cepat. Tapi tak sempat memanjang!Almaklum aje la..cuti-cuti ni sibuk ngan rutin memasak, sediakan breakfast, masak untuk lunch, sediakan minum petang utk abah dan sediakan makan malam. Ni rutin aku bila cuti.. Aku memang tak harap bibik aku sediakan semua. Dari dulu lagi kiranya dah masuk 5 tahun bibik ni bekerja ngan aku memang aku yang masak utk family aku. Kalau setakat nak goreng tempe, tauhu, kentang goreng, nugget tu memang aku suruh bibik la.. Eh, jauh pulak aku becerita ni..
Aku ni nak berkongsi cerita mengenai puteri-puteriku yang dah memulakan kelas mengaji. Baru aje start 1/2/2011 hari tu. Memang susah nak cari orang mengajar mengaji. Ingat masa aku kecik-kecik dulu senang aja. Ramai tok guru yang ade kat kg. Aku mengaji Al-Quran  kat arwah tok aku. Kadang-kadang kalau kena marah aku gie mengaji kat rumah tokcik aku pulak. Hehehe.. alhamdulillah aku dapat mengkhatam al-Quran pada umur 12 tahun.
Banyak tempat yang aku cari untuk hantar 2 orang puteri aku tu mengaji al-Quran. Last-last mak mentua aku yang carikan, umah makcik Ramlah, kawan mengaji mak mentua aku. Dia mengajar Iqra' di Tadika Kemas. Senang hati aku, dekat aje dr rumah aku. Puteri aku yang 2 orang tu memang excited nak mengaji. Cuma masa hari mula tu Angah bad mood sebab demam. Tapi tetap gie jugak. Adik sibuk jugak, yang nak mengaji kakak dan angah.. dia sibuk nak pakai baju dan tudung. Bibik aku dah siap jahitkan baju gaun labuh utk puteri-puteri aku gie mengaji. Jadual mengaji anak-anak aku dari Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad biar berehat sikit. Kat umah makcik tu cuma anak-anak aku yg mengaji. Senang sikit le.. senang makcik nak bg tumpuan.. Harap-harap anak aku menjadi anak-anak yang solehah dan menjadi hafizah hendaknya. Amin..
Keciannya anak mama ni.. angah demam

Bab berposing memang serah kepada Juaranya, Kakak!


Ni le si kecik yang paling sibuk, Adik, Adik..

Calon-calon Akademi Al-Quran!


Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy