4 Februari 2011

Kemakmuran Tahun Arnab!

Salam kepada semua blogger.
Sebelum tu aku nak mengucapkan "Gong Xi Fa Cai" untuk semua sanak saudara dan sahabat handai yang menyambut Tahun Baru Cina. Sebenarnya aku nak kemas kini blog aku dari hari Rabu lagi..tapi banyak pulak keje-keje lain yang nak diselesaikan dulu. Walaupun lambat di blog, aku sempat menghantar sms kepada semua rakan-rakan termasuk ex-bos aku masa bekerja di Popular Book satu masa dulu. Hari Rabu tu aku terbaca Berita Harian. Menarik tentang ramalan tahun Arnab ni..  Di sini aku senaraikan serba sedikit yang menarik menurut masyarakat Cina tentang tahun arnab. Ni aku petik serba sedikit dari Berita Harian.


Sumber gambar daripada Google Images

Ekonomi diramal pulih bawa untung besar, hartanah naik
Pakar Feng Shui, yang juga Naib Presiden Operasi Peruncitan dan Perundingan World Of Feng Shui, Phillip Lim, berkata ekonomi kebanyakan negara berpeluang untuk menikmati pemulihan positif. “Mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya. “Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti,” katanya. (Kalau ler Encik suami aku aku tahu.. mesti dia terpengaruh dengan ramalan ni.. Harga hartanah melambung ni yang menarik minatnya, aku memang confirmed kalau dia baca mesti dia kata tak salah menceburi bidang hartanah ni)

Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri.

Kebahagian dan Konflik
Masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan. Bagaimanapun, beliau berkata, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau. Selain itu, katanya, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga. (Alamak, kecurangan ni yang tak tahan sebab melibatkan tahun anjing, kuda dan hariamau. Aku tahun kuda.. heheeheh.. ni kan ramalan dan kepercayaan masyarakat Cina..)

Kesihatan dan KerjayaDari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan. Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat. Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat. Bagi pelajar pula, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka.

Sifat Arnab & Individu
Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.
Di sini saya sekadar nak berkongsi yang menarik mengenai artikel yang dipetik daripada Berita Harian (2 Februari 2011). Mana-mana yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy