4 Februari 2011

Rumput di Bukit Lagong

Salam untuk semua blogger.
Cuti hujung minggu baru ni tak sempat nak mengemas kini blog. Baru aje nak membuka laptop, puteri yang 3 orang tu sibuk dok berlari-lari, pening jugak dibuatnya. Kalau tak ditegur mahu jatuh atas mama yang dok meniarap sambil mata menjeling tv dan skrin laptop. Ayahnya memang sibuk, almaklum aje la minggu terakhir di darat... Kena siapkan macam-macam benda yang ade dalam senarai. Aku awal-awal lagi dah pesan, "Tolong selesaikan mana-mana yang patut, jangan 2 minggu nanti mcm2 kejadian berlaku (2 minggu sewaktu ketiadaan dia ler). Biasa la aku menjadi isteri PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Ramai dah mcm tu.. Tapi aku ok sikit kot sbb Encik Suami keje 2 minggu, 2 minggu lagi dia cuti. Jom, jom nak berkongsi cerita tentang kegiatan di hari Sabtu.. Nape hujung minggu ade hari Sabtu aje.. Maksudnya hari Ahad tu Hari Memasak Sedunia. Dari pagi sampai petang, masak, masak dan masak. Letih jugak.. Hari Sabtu baru-baru ni bahagia sekali. Pagi-pagi tak perlu aku bersusah-payah memerah otak utk buat breakfast. Encik Suami offer nak beli roti canai. Lepas makan dia ajak gie beli rumput. Aku ape lagi berbunga-bunga harapan le.. Ada peluang beli pokok bunga lagi.. Anak-anak aku dah umpan ngan ngan kegiatan petang nak bawak jalan-jalan le kononnya. Lagipun tempat nak beli rumput tu banyak nyamuk (kata-kata mama ni memang berkesan sebab anak-anak orang bandar memang rimas ngan nyamuk terutama anak aku yang sulung tu!). Ketiga-tiga puteri tu pun termakan dengan kata-kata mama ni. Senang sikit kalau nak membeli pokok ke rumput ke.. Mula-mula kami gie area Kampung Melayu Sg. Buloh. Kawasan ni memang byk nursery. Encik Suami meneruskan perjalanan lagi... Sampai di kawasan ntah mungkin Kg. Melayu lagi kot.. Kiranya tempat tu dekat sgt dengan Lebuh Raya Utara-Selatan, dari situ boleh nampak Hospital Sg. Buloh. Encik Suami awal-awal lagi dah pesan, hari ni nak beli rumput aje.. so kena faham-faham sendiri la.. pokok bunga confirmed tak boleh beli. Banyak nursery yang kami singgah. Rumput ni banyak jenis..Ada rumput Mutiara (pearl), Philipines, padang (cow grass) dan macam-macam lagi kot... Hari tu kami dah beli rumput mutiara, tak banyak pun 15 petak aje. Ingakan rumput ni boleh membiak dengan cepat... Tapi salah sama sekali. Banyak kedai yang kami singgah, tapi semuanya cuma menjual rumput mutiara dan Philipines aja. Menurut orang kat nursery yg kami singgah, cow grass ade dijual di Bukit Lagong. Encik Suami dalam nak beli rumput sempat lagi membeli pokok favourite dia. Amboi2.. dia takpe mama tak boleh. Rupa-rupanya Bukit Lagong ni atas sikit dr nursery selepas Hospital Sg. Buloh. Sepanjang perjalan nak ke sana aku ni dilanda kejakunan.. tak tahu rupa-rupanya ade fakulti Perubatan UiTM di sana.. Kalau tak kerana rumput mesti aku tak tahu.. Selain tu ade kawasan perkampungan orang asli... Hish..hish nape aku tak tahu ye? Bila kami sampai di Bukit Lagong, survey punya survey rupa-rupanya tak banyak nursery yang menjual cow grass. Ade 2 nursery aje. Satu nursery tu tengah buat penanaman semula.. So nasib baik ade satu nursery lagi.. Kiranya cita-cita Encik Suami nak mencantikkan laman rumahnya tercapai.. Aku pun happy jugak sbb halaman rumah kami akan dipenuh rumput setelah dogol semalam (diratakan gara-gara nak tanam rumput le)...

Dah rata kawasan rumah ni..sesuai utk tanam rumput!

Inilah rumput mutiara yang ditanam 2 bulan yg lalu

Dalam dilema nak beli rumput mutiara lagi atau nak cari cow grass

Mahu aje aku nak beli pokok bunga yang lain

Ini pokok bunga Iris.. murah aje ni RM1.50 satu

Lagi! lagi pokok favourite Encik Suami

Inilah cow grass di Bukit Lagong

Tengok tu mcm ni ler rupanya kalau nak membeli cow grass

Ini le Kampus Perubatan UiTM, Sg. Buloh


1 Komentar Terbaik

Tanpa Nama
06 Jun, 2011

salam...nak tanye macam mana nk ke nursery rumput yg encik peg tu ya? saye mau pegi...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy