16 Mac 2011

Dah Sediakan Payung ke?

Salam untuk semua blogger especially yang sudi singgah di blog BicaraQaseh.
Hari ni pagi-pagi masa on the way ke opis sudah menempuh hujan yang lebat. Semalam balik pun sebahagian perjalanan tu hujan lebat. Memang sejak dua minggu ni hujan aja. Bukan mengeluh tetapi bersyukur sebab kalau terlampau panas pun tak selesa jugakkan? Hujan ni memberi rahmat kepada semua penduduk muka bumi terutama yang menjalankan kegiatan pertanian. Musim kemarau menyebabkan tanaman kering kontang dan para petani gelisah dengan hasil tanaman yang tidak menjadi.
Aku bukan apa, sekadar nak berkongsi cerita mengenai aktiviti pertanian yang diusahakan oleh Encik Suami di belakang rumah kami (tahniah ye sebab berjaya mengusahakan tanaman timun). Sebulan yang lalu suami aku telah meneroka dunia pertanian (dunia baru baginya). Daripada membiarkan tanah di belakang rumah kosong ditumbuhi lalang dan hutan rimba ada baiknya memanfaatkan sumber. Alhamdulillah daripada pembacaan, perkongsian pengalaman, pertukaran idea dan sebagainya, projek yang diusahakan oleh Encik Suami nampaknya berhasil. Cuma sebulan yang lepas, tanaman timun tu nampak macam tak menjadi dek kerana cuaca panas ditambah pula dengan faktor tanah mcm tak sesuai iaitu berpasir. Aku sendiri pun sedikit kecewa bila melihat pokok-pokok timun tu mati dan terpaksa disemai semula. Alhamdulillah, memanjatkan kesykuran kepada Allah dengan mengurniakan hujan, dapatlah pokok-pokok tu tumbuh menghijau dan srgar bugar. Mungkin seminggu lebih lagi dapat dituai hasil pertama timun tu. Hari ni Encik Suami balik dari pelantar minyak, mesti dia tersenyum bangga melihat pokok-pokok timunnya tumbuh meninggi dan telah mengeluarkan hasil sepeninggalannya selama dua minggu di laut.
Berbalik kepada cerita hujan ni, suka la aku nak mengingatkan kepada semua termasuk diri aku sendiri.. Kalau masa kecik-kecik dulu masih aku ingat musim hujan atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh memang ada masa-masanya. Selalunya musim tengkujuh melanda pada hujung tahun. Selalu kita dengar negeri-negeri di sebelah Pantai Timur khususnya akan dilanda banjir yang teruk pada musim tengkujuh. Kini keadaan dah berubah. Hujan turun tak menentu. Dengar-dengar Kota Raya Kuala Lumpur dah dilanda banjir. Terlopong semua penduduk bandar melihat kereta rosak dek kerana banjir kilat. Kalau di kampung-kampung banjir ni merosakkan harta benda dan rumah. Kini istilah musim tengkujuh tidak dapat diduga. Oleh itu, kita perlulah berwaspada selalu. Dulu kalau musim tengkujuh akan datang, sama seperti musim perayaan la. Semua mesti disediakan awal-awal. Semua orang sibuk membeli keperluan harian, buat penyimpanan stok kat rumah. Daripada cerita munsim tengkujuh ni aku suka nak highlight perkara penting yang perlu kita lakukan:
  • Sediakan payung sebelum hujan (ni untuk semua tidak kira pemandu kereta, berjalan kaki dan sebagainya)
  • Pakai baju hujan (rain coat bagi budak-budak yang ke sekolah, penunggang motosikal, dan yang seangkatan dengannya)
  • Jangan biarkan anak-anak bermain hujan (anak-anak zaman sekarang tak mcm anak-anak zaman dulu, budak sekarang kalau bermain hujan mudah kena demam dan yang lebih teruk mesti dihanyutkan arus banjir yang deras tu!)
  • Memandu kenderaan dengan jarak selamat dan sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik
  • Sentiasa menyediakan lampu suluh atau lilin di rumah (hujan akan disertai kilat dan guruh yang mengakibatkan blackout)
Semoga kita beringat-ingat dan berpesan-pesan dengan perkara kebaikan.

Hujan lebat menjejaskan penglihatan pemandu di jalan raya
Sediakan payung di mana jua anda berada!
Baju hujan mengingatkan kenangan zaman persekolahan dulu!



Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy