16 Mac 2011

Hasil Pertama Timun

Salam kepada semua blogger.
Pada waktu entri ni dipos, Encik Suami dan anak-anak keluar menjual timun. (dah sejam lebih pun).. Encik Suami petang tadi baru sampai ke rumah setelah dua minggu bekerja. Menurut bibik aku, petang tadi mak mertua aku singgah ke rumah selepas balik kelas mengaji. Dia bagitau ade orang nak beli timun, kawannya yang menjual nasi lemak. Prospek bagus ni kata hati aku. Berbunga-bunga hati aku ni. Menurut bibik lagi banyak dah timun yang boleh dipetik di belakang rumah. Eh, ye ke? Baru hari Jumaat lepas (11 Mac) ade sebiji timun aje yang tersesat (sebiji timun dah besar pun), yang lain masik kecik-kecik lagi (sebesar jari hantu).

Aku ape lagi, dengar2 ade orang nak beli timun, cepat aje mencari Encik Suami yang tengah bersembahyang Asar. Niat aku ditangguhkan sekejap sejurus ternampak Encik Suami sedang berdoa. Selesai aje Encik Suami mengerjakan sembahyang, cepat-cepat aku menyuruh dia menelefon balik maknya konon2 nak confirm betul2 berapa kilo timun yang dipesan oleh kawannya. Encik Suami dengan gaya slow and steady baru nak ke belakang. "Mama, boleh bersabar tak?" Padan dgn muka aku.. Dah tahu Encik Suami tu rimas agaknya dengan sikap kelam kabut aku. Tak bercakap banyak dah, aku kembali menyambung keje2 memasak di dapur. Kalau Encik Suami ade, aku kena masak le. Kalau dia takde dua minggu, tiap-tiap hari aku beli kat kedai aje (Mithali la konon bia Encik Suami ade). Alamak dah pukul 6.50 petang. Tak dapat le aku tengok Kejora dan Bintang (saluran Astro Ria) hari ni.

Kelibat Encik Suami dan anak-anak dah tak nampak. Ke belakang agaknya mengutip hasil pertama tanaman timunnya. Mesti dia happy sebab usahanya berjaya. Ingat ke 2 minggu lagi baru boleh tuai hasil, rupa-rupanya dah boleh tuai hari ni. Aku selesai masak ngam2 7.30 petang. Kejora dan Bintang abis pun. Aku menyibukkan diri ke belakang rumah. Nak tengok le jugak hasil pertama timun tu! Memang berbangga sungguh melihat hasilnya. Timun yang segar-segar dah dipetik. Dapat dua baldi. Tahniah! Encik Suami. Aku harap Encik Suami semakin bersemangat dengan kegiatan pertanian yang diusahakannya (monolog dalam hati: Harap-harap jgn pulak kejayaan ni menjadi alasan kukuh utk Encik Suami berhenti kerja, belum masanya). Kejayaan ni menjadi penyuntik semangat untuk aku meyakini bahawa Pertanian adalah Perniagaan.


Ini timun. Tengok tu pekerja Encik Suami sempat memberi senyuman

Buah pertama pada hari Jumaat lepas

Gambar ni aku ambik pada hari Ahad (13/3) petang, masa hujan lebat

Kakak berpeluh-peluh dengan baldi pertama hasil timun

Adik dengan baldi kedua (mood sedih sbb kena marah)

Gambar-gambar eksklusif pada hari ni






Informasi terkini (10:00 malam) Encik Suami dah balik. Selamat menjual timun-timun tadi. 18kg semua tu. Banyak jugak ye..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy