Memaparkan catatan dengan label Macam-macam Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam-macam Cerita. Papar semua catatan

15 April 2011

Lipstik Purple Punya Kisah...

Salam kepada semua blogger.
Hari ni tetiba rasa nak berkongsi entri tentang kenangan ditahan polis. Bukan sekali tapi dua kali. Memang kalau aku kenang-kenang balik, memang lawak giller. Kisahnya dah lama rasa-rasanya pada tahun 2003. Masa ni belum kahwin lagi. Pada tahun tu, aku seorang Editor di Popular (tapi company aku merupakan anak syarikat Popular iaitu EPH Publishing). Opis aku kat Jalan Desa Tun Razak, kiranya area Cheras, berdekat ngan stesen ERL dan komuter Bandar Tasik Selatan. Aku menyewa rumah di Apartment Desa Tun Razak, bersebelahan ngan opis lagi. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan la.. Aku tinggal ngan adik Id,  berasal dari Endau-Rompin kalau tak silap. Masa tu sewa rumah dua bilik dengan harga RM480, so kami berdua membayar RM240 sebulan.
Tentang suka duka tinggal di rumah sewa aku tinggalkan dulu. Kali ni aku nak cerita kisah duka ditahan polis dulu. Kiranya sepanjang aku tinggal kat rumah sewa tu dua kali aku ditahan polis. Begini kisahnya, kejadian pertama tu waktu aku nak balik kampung. Memandangkan Avon pada masa tu memperkenalkan lipstik baru, aku pun tanpa berfikir panjang membeli warna yang jarang dipakai orang. Konon nak nampak lain daripada orang le, tapi tak fikir dek kerana warna lipstik tu tak fasal-fasal ditahan oleh abang polis. Aku menggunakan lipstik kalau tak silap ke arah purple color. Ha, konon nampak cantik le, tapi masa tahun tu famous dengan kebanjiran warga asing especially dari negara jiran, Indonesia. Memang kalau masa tu memang boleh kenal yang mana satu orang warga asing yang mana satu warga tempatan. Cuma sekarang susah sikit nak membezakannya dengan kebanjiran style tudung yang ala-ala dari negara Indonesia. Bila aku menggayakan lipstik ala-ala purple tu, ermm padan dengan muka aku..nampak sangat gaya lain dari orang.

Dengan rasa bangganya aku berjalan ke stesen bas. Masa aku berjalan ni ade dua lelaki orang warga Indonesia kalau tak salah aku berjalan kat belakang. Tanpa disangka-sangka ade dua orang polis sedang membuat rondaan menggunakan motosikal dari arah bertentangan. Dua lelaki yang berada di belakang aku tadi tiba-tiba bertempairan lari bila ternampak polis tu. Aku dengan selamba meneruskan perjalanan. Tiba-tiba polis tu menahan aku. Ini tidak adil.. Kenapa pulak ni? Sedikit dialog aku dan pak polisi tu..
Polis 1: Eh, kenapa kawan awak yang 2 orang tu lari?
Aku   : (Dalam keadaan terpinga-pinga) Kawan? Kawan yang mana ni Encik?
Polis 1: Jangan buat tak tahu, tadi yang lari tu..
Aku   : (Kali ni dah faham, perasaan bengang mula merebak dalam diri) Encik, tadi tu bukan kawan saya le!
Polis 2: Maaf ye dik, tadi tu bukan kawan adik ke.. Tapi kenapa diaorang lari?
Aku   : (Bertambah bengang) Encik, kalau nak tahan orang tengok dulu la, ni main tahan aja. Saya orang Malaysia la, orang Penang tau, ingat pendatang ke? (Keluaq dah bahasa Utara dia..)
Polis 2:Ooo..maaf ye ingatkan tadi orang Indonesia.
Kalau anda di tempat aku, apakah yang anda akan lakukan? Bengang giller aku ni sebab jalan tu sesak dengan orang, semua pandang-pandang aku. Adoi, tolonglah.. Aku orang Malaysia, nape nampak mcm Indonesia ke? Cuma lipstik aje yang pelik daripada orang, konon nak nampak lain tapi gini pulak jadinya..

Ni lagi satu insiden yang lebih kurang seperti di atas jugak, tapi tempat yang berlainan dan situasi pun berlainan. Kejadian ni kat Carefour, Sri Petaling. Biasala la aku masa bujang ni tak sangat ambik berat fasal kecantikan. Asal berbaju sudah le. Lagi pun bukan nak pergi jauh..Dari Desa Tun Razak ke Sri Petaling kan dekat aje. Aku cuma mengenakan seluar jeans, t-shirt, tudung dan sandal (cap Tat Sing- tali biru tu). Ok dah kalau mcm ni, bukan nak ke mana pun nak gie cucuk gaji aje... Padan dengan muka aku sekali lagi! Masa nak balik tu aku nak tahan teksi. Bila aku tengok ade warga asing depan aku tu tahan teksi pertama, aku pun terus aje nak dapatkan teksi kedua. Warga asing dua orang tu dok sibuk-sibuk memasukkan kotak tv yang baru dibeli ke dalam teksi. Itu bukan urusan aku. Tiba-tiba ade polis menahan aku. Ini dialognya.
Polis: Nak ke mana pulak ni?
Aku: Nak balik rumah le..
Polis: Permit! Permit!
Aku: Permit ape ni Encik? Saya orang Malaysia le..
Polis: Takde, takde, kalau macam tu IC, IC..
Aku: Ni ic (marah dan membara dah ni!)
Polis: Jalan! Jalan!

Adoi, nape la kena tahan sampai 2 kali ni? Mcm warga asingkah aku? Ataupun macam makhluk asing?

12 April 2011

Sebiji Onigiri vs Seketul Ikan Patin

Salam sayang kepada semua blogger tak kira di mana jua anda berada. Sudi-sudilah kalian menjengok dan membaca enti di blog kesayangan aku ni ye..

Hari ni aku terpanggil untuk menulis tentang makanan yang diedarkan kepada mangsa tsunami di Jepun. Makanan yang aku maksudkan ialah ONIGIRI. Macam sedap pulak aku tengok bila kerjasama yang dilakukan oleh sukarelawan di Jepun dalam menyediakan makanan ni. Sebelum tu, semalam berita di kaca televisyen memaparkan negara Matahari Terbit sekali lagi dilanda gegaran setelah sebulan dilanda tsunami. Amaran tsunami terpaksa dikeluarkan selepas sejam berlakunya gegaran. Namun alhamdulillah tiada kerosakan harta-benda dan nyawa terkorban dalam gegaran kali ini.

Hari ni aku terasa nak berkongsi sedikit resepi yang aku kutip dalam beberap siri jelajah blog. Baru aku tahu, onigiri tu sebenarnya nasi kepal ataupun rice ball. Banyak blog yang aku jelajah untuk mencari resepi dan cara-cara menyediakan onigiri ni. Nanti di bawah entri ni aku sertakan alamat blog yang menrangkan dengan lebih lanjut mengenai bahan-bahan dan cara-cara menyediakan onigiri.

Aku memang tabik spring kepada semua sukarelawan yang bertungkus-lumus menyediakan onigiri untuk mangsa-mangsa tsunami. Kalau di negara kita Malaysia, ibarat memberi sesuap nasi bagi meringankan beban orang yang kurang upaya. Dalam Majalah3 minggu lepas ada menunjukkan liputan mangsa-mangsa tsunami, keadaan rumah dan bantuan oleh Kelab Putera 1Malaysia. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang begitu prihatin. Dalam rancangan ni sempat jugak ditunjukkan wartawan Majalah 3 yang sempat membuat liputan penyediaan onigiri.

Dah abis cerita tentang onigiri, hari ni terdengar pulak cerita tentang ikan patin di corong radio pagi tadi. Ada sebuah akhbar melaporkan tentang sekumpulan 50 orang makan di sebuah gerai (tak pasti lokasinya, tapi mungkin sebelah Pahang dek kerana terkenal ngan ikan patinnya) yang menyediakan juadah ikan patin, ulam-ulaman dikenakan bayaran RM13,000. Ha! Kalau aku yang makan, mahu aja aku muntahkan balik aja ikan tu.. Nape yang mahal sangat?? Kiranya seorang makan dengan harga RM260, harga ni dah menyamai bayaran bil telefon aku selama dua bulan. Kalau la anda di tempat orang yang dikenakan RM13,000 tu macam mana nak tanganinya? Pelik-pelik, sebiji onigiri vs seketul ikan patin.

Kalau anda nak cuba resepi onigiri dan cara menyediakan onigiri ada di sini http://www.buatonigiri.zoomshare.com atau di http://blogged.my/gotopingbar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy