15 April 2011

Lipstik Purple Punya Kisah...

Salam kepada semua blogger.
Hari ni tetiba rasa nak berkongsi entri tentang kenangan ditahan polis. Bukan sekali tapi dua kali. Memang kalau aku kenang-kenang balik, memang lawak giller. Kisahnya dah lama rasa-rasanya pada tahun 2003. Masa ni belum kahwin lagi. Pada tahun tu, aku seorang Editor di Popular (tapi company aku merupakan anak syarikat Popular iaitu EPH Publishing). Opis aku kat Jalan Desa Tun Razak, kiranya area Cheras, berdekat ngan stesen ERL dan komuter Bandar Tasik Selatan. Aku menyewa rumah di Apartment Desa Tun Razak, bersebelahan ngan opis lagi. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan la.. Aku tinggal ngan adik Id,  berasal dari Endau-Rompin kalau tak silap. Masa tu sewa rumah dua bilik dengan harga RM480, so kami berdua membayar RM240 sebulan.
Tentang suka duka tinggal di rumah sewa aku tinggalkan dulu. Kali ni aku nak cerita kisah duka ditahan polis dulu. Kiranya sepanjang aku tinggal kat rumah sewa tu dua kali aku ditahan polis. Begini kisahnya, kejadian pertama tu waktu aku nak balik kampung. Memandangkan Avon pada masa tu memperkenalkan lipstik baru, aku pun tanpa berfikir panjang membeli warna yang jarang dipakai orang. Konon nak nampak lain daripada orang le, tapi tak fikir dek kerana warna lipstik tu tak fasal-fasal ditahan oleh abang polis. Aku menggunakan lipstik kalau tak silap ke arah purple color. Ha, konon nampak cantik le, tapi masa tahun tu famous dengan kebanjiran warga asing especially dari negara jiran, Indonesia. Memang kalau masa tu memang boleh kenal yang mana satu orang warga asing yang mana satu warga tempatan. Cuma sekarang susah sikit nak membezakannya dengan kebanjiran style tudung yang ala-ala dari negara Indonesia. Bila aku menggayakan lipstik ala-ala purple tu, ermm padan dengan muka aku..nampak sangat gaya lain dari orang.

Dengan rasa bangganya aku berjalan ke stesen bas. Masa aku berjalan ni ade dua lelaki orang warga Indonesia kalau tak salah aku berjalan kat belakang. Tanpa disangka-sangka ade dua orang polis sedang membuat rondaan menggunakan motosikal dari arah bertentangan. Dua lelaki yang berada di belakang aku tadi tiba-tiba bertempairan lari bila ternampak polis tu. Aku dengan selamba meneruskan perjalanan. Tiba-tiba polis tu menahan aku. Ini tidak adil.. Kenapa pulak ni? Sedikit dialog aku dan pak polisi tu..
Polis 1: Eh, kenapa kawan awak yang 2 orang tu lari?
Aku   : (Dalam keadaan terpinga-pinga) Kawan? Kawan yang mana ni Encik?
Polis 1: Jangan buat tak tahu, tadi yang lari tu..
Aku   : (Kali ni dah faham, perasaan bengang mula merebak dalam diri) Encik, tadi tu bukan kawan saya le!
Polis 2: Maaf ye dik, tadi tu bukan kawan adik ke.. Tapi kenapa diaorang lari?
Aku   : (Bertambah bengang) Encik, kalau nak tahan orang tengok dulu la, ni main tahan aja. Saya orang Malaysia la, orang Penang tau, ingat pendatang ke? (Keluaq dah bahasa Utara dia..)
Polis 2:Ooo..maaf ye ingatkan tadi orang Indonesia.
Kalau anda di tempat aku, apakah yang anda akan lakukan? Bengang giller aku ni sebab jalan tu sesak dengan orang, semua pandang-pandang aku. Adoi, tolonglah.. Aku orang Malaysia, nape nampak mcm Indonesia ke? Cuma lipstik aje yang pelik daripada orang, konon nak nampak lain tapi gini pulak jadinya..

Ni lagi satu insiden yang lebih kurang seperti di atas jugak, tapi tempat yang berlainan dan situasi pun berlainan. Kejadian ni kat Carefour, Sri Petaling. Biasala la aku masa bujang ni tak sangat ambik berat fasal kecantikan. Asal berbaju sudah le. Lagi pun bukan nak pergi jauh..Dari Desa Tun Razak ke Sri Petaling kan dekat aje. Aku cuma mengenakan seluar jeans, t-shirt, tudung dan sandal (cap Tat Sing- tali biru tu). Ok dah kalau mcm ni, bukan nak ke mana pun nak gie cucuk gaji aje... Padan dengan muka aku sekali lagi! Masa nak balik tu aku nak tahan teksi. Bila aku tengok ade warga asing depan aku tu tahan teksi pertama, aku pun terus aje nak dapatkan teksi kedua. Warga asing dua orang tu dok sibuk-sibuk memasukkan kotak tv yang baru dibeli ke dalam teksi. Itu bukan urusan aku. Tiba-tiba ade polis menahan aku. Ini dialognya.
Polis: Nak ke mana pulak ni?
Aku: Nak balik rumah le..
Polis: Permit! Permit!
Aku: Permit ape ni Encik? Saya orang Malaysia le..
Polis: Takde, takde, kalau macam tu IC, IC..
Aku: Ni ic (marah dan membara dah ni!)
Polis: Jalan! Jalan!

Adoi, nape la kena tahan sampai 2 kali ni? Mcm warga asingkah aku? Ataupun macam makhluk asing?

1 Komentar Terbaik

15 April, 2011

Susah juga kalau orang salah anggap sebagai orang Indon. Malu dibuatnya apabila ditahan depan orang ramai

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy