28 Oktober 2010

Kelebihan Wanita

Renungan untuk para Wanita (Isteri kepada Suami dan Ibu kepada Anak-anak)








  1. Renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya dan bertuahnya menjadi wanita. Bagi kaum lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri. Berikut adalah himpunan hadith-hadith berkenaan wanita.
    Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

  3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

  4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

  5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

  6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

  7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

  8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

  9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

  10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

  11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

  15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

Kasih ibu tiada sempadan.


Jangan lupa, Ikuti sambungan Kelebihan Wanita...pada hari esok.

27 Oktober 2010

TuJuh (7) KaLiMaT


Sekadar Renungan... Amal-amalkanlah..

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam

26 Oktober 2010

Mencari Redha Ilahi

Teringat tazkirah semalam yang disampaikan oleh teman di opis aku. Teringat jugak tazkirah yang disampaikan oleh beliau sebelum ini. Memang susah nak jadi isteri solehah dan mithali. Terdetik insaf jugak kat hati aku ni.. Untuk mendapat keredhaan Ilahi kenalah dapat kerehaan suami. Kalau suami kita tak redha ibadat kita tak diterima.

Sekadar nak berkongsi tentang tazkirah tu.. Apa yang aku ingat, isteri mesti minta izin suami kalau nak ke mana-mana. Tapi kalau dah menjadi rutin seperti bekerja tu tak perlu le nak minta izin tiap-tiap hari. Memadailah dengan sekali. Isteri mestilah memberi kebahagian kepada suami. Manis muka dengan suami dapat pahala. Kalau diikutkan memang banyak cara nak dapat pahala.. Nak atau tak nak sahaja. Bila difikirkan kadang-kadang tu rutin harian kita sebagai isteri membuatkan kita rasa terbeban. Seba serbi nak dibuat. Keadaan ni membuatkan tindak tanduk kita dikuasai oleh emosi dan dilakukan dengan tension.

Cerita-ceriti ni memang pengalaman aku sendiri. Suami aku bekerja 2 minggu di pelantar minyak. 2 minggu lagi dia cuti maksudnya ade di rumah. Kalau ikutkan rutin memasak aku 2 minggu aje. Tapi kalau malas mengusai diri tu, mula le aku memasak dengan keadaan terpaksa, tak ada keikhlasan. Waktu memasak tanpa keikhlasan tu akan menyebabkan tangan aku terkena kuali le, rempah tertumpah le.. Memang betul kalau bekerja tu kena ikhlas tambah2 kalau masak untuk suami atau anak2.

Selain itu jugak dalam tazkirah tu ada disentuh, suami dan isteri mesti bergurau senda. Nak bergurau macam mana kalau si isteri tu garang mcm harimau. Aku cakap bagi diri sendiri ni.. Kadang-kadang nada suami bergurau itu aku ingat perkara serius. Dari bergurau dah mcm nak bergaduh pulak. Banyak lagi kalau nak dikongsi. Aku pun cuba belajar dan mempraktikkan apa yang dapat membantu aku menjadi isteri yang baik di mata suami. Nak masuk syurga.. Semoga aku mampu menjadi isteri solehah, mama yang baik kepada anak2 dan anak yang mentaati kedua ibu bapa dan menantu yang baik. AMIN.

25 Oktober 2010

Nilai Persahabatan

Orang kata berkawan biar seribu, berkasih biarlah satu.. Selalu kita dengar pepatah petitih ni.. Kadang-kadang tu kita tak pernah ambik kisah pun hal-hal sebegini.. Sekadar nak berkongsi cerita.. Pengalaman sendiri lebih baik dari melihat pengalaman orang lain. Kiranya cerita ni masih segar dan akan terus segar kat ingatan aku ni.. Kiranya selagi hayat dikandung badan. Aku ada sorang kawan baik, memang akrab. Aku berkawan dengan dia ni dari darjah 4 masa tu tahun 1988. Kawan aku tu namanya Nurazura dan singkatannya lebih mudah dipanggil Zura.

Kiranya masa darjah 4 tu kami kenal mcm tu aja. Dia ni kalau orang sekali pandang confirm dilabelkan sebagai pompuan sombong. Susah nak mesra alam. Lain la aku.. kalau ada kesempatan nak aja memulakan perkenalan. Kiranya masa sekolah rendah kami cuma kawan-kawan biasa aja. Masa ni aku belum lagi mengisytiharkan dia sebagai kawan baik aku. Lagi pun dia budak baik.. Aku ganas sikit aja. Maklum la masa tu jadi pengawas sekolah. Dia kalau tak silap aku jadi pengawas perpustakaan ke.. atau pengawas pusat sumber. Dia pun nampak gayanya mcm tak suka kat aku jugak. "Minah kepoh" mungkin inilah gambaran dia kat aku.

Ditakdirkan habis aja UPSR tahun 1990, kami sama-sama dapat ke sekolah berasrama di Jalan Burma, Penang. Kiranya perasaan masa tu bangga dan gembira abis. Maklum la antara pelajar terbaik sekolah. Seingat aku kami 7 orang dapat masuk sekolah yang sama. Bermula dari sekolah ni kami rapat sikit2 la.. Kalau ada apa2 kami suka tukar2 cerita. Kiranya mempunyai minat yang sama. Sampaikan minat kat mamat yang sama jugak.. Hehehe... Lawak kan..

Habis aja form 5 tahun 1995 aku bawak diri ke sekolah biasa. Maklum la dapat pangkat 2 dalam SPM. Masa tu sedih sangat sbb jagi penyumbang kepada kecacatan markah sekolah. Antara 50 pelajar SPM 3 orang aje yang dapat pangkat 2 dan salah seorangnya aku le... Kubawa diri ke sekolah biasa menyambung pelajaran di peringkat tingkatan 6 rendah. Rupa-rupanya kawan aku ni pun ikut aku jugak. Kiranya sama2 ambik tingkatan 6. Aku sempat menamatkan tingkatan 6. Tapi kawan aku tu dapat masuk ITM Arau.. Sedih gak aku.. Menangis tak berlagu jugak..

Abis aja STPM aku mcm biasa la.. tak dapat sambung belajar ke mana-mana sbb result tak elok sgt.. Nasib baik kawan aku ni poskan borang ITM. Kiranya kalau aku tak isi dia kata putus kawan. Memandangkan aku takut kehilangan dia kiranya masa ni aku dah pun anggap dia sebagai kawan baik aku le.. Aku dengan rasa penuh tanggungjawab mengisi borang tu. Akhirnya aku berjaya menggenggam segulung IJAZAH. Ucapan terima kasih tak terhingga la aku buat kawan aku tu.

Dipendekkan cerita.. sekarang ni kami dah berkahwin.. Seingat aku jugak dia bertunang dulu drp aku. Tapi aku berkahwin awal dua bulan drpd dia.. Anak sulung aku 5 tahun (bulan Februari 2005) anak sulung dia (bulan November 2005) jugak. Jantina sama-sama pompuan. Sekarang waktu aku tulis cerita ni aku dah ada 3 puteri. Zura akan melahirkan baby kedua pada awal Januari tahun depan. Khabar daripada imbasan yang dibuat, dia bakal menimang baby girl jugak.. Nampaknya memang sama la..

Kami kalau tak bergayut di telefon seminggu dalam 3 kali memang tak sah. Kalau aku call dia pun tahu aku akan cakap yang ringkas2 aja. Kalau dia call berjela-jela cerita-ceriti dia. Susah aku nak mencelah. Memang suka dan duka tu sama-sama. Kalau ada anugerah khas dah lama aku nak bagi kat dia... Apa-apa pun aku nak bagi jugak pengiktirafan kat dia. Nurazura Abdul Aziz, sahabat aku yang paling baik, paling nakal paling sporting dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy