28 Januari 2011

5S dan 3F

Salam kepada semua blogger.
Sekadar nak berkongsi tazkirah pagi yang disampaikan oleh bos aku pada hari ni. Kan Sharing is Caring! Pernah dengar tak tentang 5S ni? Kalau amalan 5S kat opis aku memang tengah hangat ni. Kami baru nak dapatkan pensijilan 5S drp. MPC. Hari ni bukan nak cerita (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal). Bukan 5S tu yang nak aku kongsikan di sini. Permusuhan oleh Yahudi dan Nasrani: 5S & 3F. Sebenarnya Yahudi sudah menjalankan makar-makarnya (akal muslihat) sejak dulu, tetapi lebih kepada bersifat klasik dan perorangan, tetapi sejak abad 16 Masehi, mereka mula menggunakan cara-cara moden dan praktiek ilmiah yang terkoordinasi dengan baik.

Sarana yang Dipakai
1.    Westernisasi (menyebarkan pola hidup barat, serta berusaha menjadikan barat sebagai kiblat).
2.    Sekularisasi (membuang agama jauh-jauh, menumbuhkan cara hidup yang sekuler).
3.    Kristianisasi (mengeluarkan umat Islam dari agamanya dan dikristiankan)
4.    Orientalisasi.

5S
Seks Menyebarluaskan seks bebas, terutama untuk pemuda-pemuda Islam. Buktinya berpacaran di depan umum pun tidak tabu (memalukan) lagi
-    Menyebarluaskan pergaulan bebas lawan jenis dan sesama jenis

Song Memasarkan lagu-lagu barat yang sekular, bahkan lagu-lagu domestik
     -  Menyebarkan lagu-lagu Islam yang tidak menambah keimanan, irama atau aluanan lagu          menjadi seperti lagu gereja.

Muzik yg bagaimana pilihan anda?
Show (TV atau filem) Menampilkan filem-filem dengan adegan yang tidak beradab
-  Menampilkan filem-filem yang mendiskreditkan Islam
-  Acara-acara yang dapat membuat sekular
-  Jam tayang yang diletakkan pada waktu solat


Pantau-pantau la siaran tv utk ditonton oleh keluarga

Sains Membuat pola fikir Yahudi
-    Mempopularkan ilmuwan Yahudi
-    Memutarbelitkan fakta tentang ilmu-ilmu yang ada saat ini


Story Memutarbelitkan fakta.
-    Menenggelamkan tokoh-tokoh sejarah Islam

3F
Fun Menyebarkan fahaman life for fun

Food Membuat makanan-makanan yang syubahat.

Fashion back to nature : menggunakan kulit dan bahagian binatang sebagai bahan pakaian.
-    Mengaburkan kewajiban Muslimah untuk memakai jilbab, bahkan menampakkan aurat.

Fesyen manakah ikutan kita?
Jom kita semak dan renungkan. Di manakah kita sebenarnya? Bagaimanakah generasi kita seterusnya. Semoga Allah menempatkan kita bersama-sama dengan orang yang beriman.






Menjana Pendapatan

Salam untuk semua blogger.
Hari ni dah hari Jumaat (penghulu segala hari). Jumaat yang terakhir bagi bulan Januari 2011. Adus! Cepat sungguh masa berlalu. Pagi ni masa on the way nak gie keje terfikir-fikir nak mulakan perniagaan. Tengok orang berniaga ni mcm best aje. Encik Suami kebetulan pagi ni nak menggunakan kereta antikku, jadi dia terpaksa menghantar aku ke opis. Aku ape lagi pot pet, pot pet menyembang. Aku ambik kesempatan ni menyuarakan hasrat hati nak berniaga. Sebenarnya aku ngan dunia perniagaan ni memang jauh panggang dari api la... Memang bukan bidang dan minat aku le.. Tapi bila tengok kawan-kawan dah berjaya, teringin pulak nak berniaga. Korang rasa-rasa aku nak berniaga apa? Sekarang ni macam-macam perniagaan ade. Rasanya kalau nak berniaga ni kena ade minat. Pilih yang sesuai dengan kita.. Tengok permintaan pasaran. So setelah dikaji dan diselidik, aku ni seorang peminat kain pasang dan jugak tudung. Orang perempuan memang gemar perniagaan yang hampir dgn dirinya. Tapi bolehkah aku berniaga? Kalau tak cuba tak tahukan? Encik Suami pun dah merestui bakal perniagaan yang aku nak jalankan. Dan yang paling penting Encik Suami sudi mengeluarkan modal permulaan utk projek pertama dan seterusnya dengan kadar keuntungan yang telah dipersetujui. Terima kasih Encik Suami kerana menyokong usaha isterimu yang ingin menjana pendapatan.  Aku tengah dok cari target group aku.. Setakat ni dah nampak beberapa target group yang berpotensi. Aku mohon korang especially rakan blog yang sentiasa membaca nukilan aku ni mendoakan kejayaan aku. Semoga usaha aku ni berjaya seperti yang diimpikan..
Tengah dok menentukan Jaringan Perniagaan!

Penulisan, pandai ke nak mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari?

Jual kain, mungkin sesuai untuk aku.

"Pertanian adalah perniagaan" Sesuai tak aku bergelar Petani Wanita Berjaya!

Perniagaan berasaskan teknolgi maklumat ok jugak kan?

(Rangkaian gambar adalah dipetik daripada Google Images)


27 Januari 2011

Kain! Kain! Kain!

Salam kepada semua blogger!
Mari, mari, sapa mau kain? Opss terlebih sudah...Hari ni aku nak share sikit gambar kain yang aku beli semalam. Niatnya nak meneman kawan aku tu yang merupakan bussinesswoman hebat tu... Biasa la kalau dah pegi ke jalan TAR tu.. tak beli memang tak sempurna le kehidupan. Niat aku pada asalnya jugak nak gie Mydin aje. Baru aje nak memulakan tahun baru dengan semangat untuk berjimat-cermat. Bohong la kalau jalan-jalan nak cuci mata aje.. Pasti ade yang "terbeli". Sekarang ni banyak kain cantik-cantik. Aku kalau dah berjalan dengan bussinesswoman yang sorang tu, memang untung. Dapat beli kain dengan harga pemborong. Apa tunggu lagi, dah dapat harga cantik.. beli aje la. Kat rumah dah banyak kain pasang yg belum dijahit, yang tu sape nak jawab (bibik oh bibik, tolong Sekarang ni macam jenis kain ade. Kain cotton pun dah pelbagai. Masa mula-mula dulu kain cotton yang ade semuanya keras kejung dan susah nak diseterika. Sekarang ni macam jenis kain cotton sampai aku sendiri pun tak kenal. Ade English Cotton dan macam-macam lagi. Selain cotton ade kain creep, kain wangi dan banyak lagi kalau nak disenaraikan. Korang mesti rambang mata kalau gie jalan TAR. Memang kalau orang pompuan dah sifatnya mcm tu agaknya.. Tak beli kain pasang, beli baju  ready made. Tak beli baju, beli tudung yang sekarang ni bermacam-macam trend. Bukan Ariani aje, dah ade ala-ala Ariani. Banyak sangat pilihan, sendiri pilih mengikut kesesuaian sama ada dengan warna kulit, trend terkini dan yang paling penting kena ukur kewangan sendiri la. Jangan dok beli dan beli aje. Tengok-tengok awal bulan dah negatif akaunnya. Aku bercakap ni bukan utk orang lain tapi yang paling dekat ialah diri aku sendiri. Jangan dok guna pepatah "alah membeli, menang memakai" sepatutnya kena ingat dalam apa keadaan sekali pun "ukur baju di badan sendiri". Jadi sama-sama renungkan...


Dari kiri: dibagi kepada mak aku, aku punye, aku punye dan bibik punya
 







26 Januari 2011

Jom Pi Batu Ferringhi

Salam kepada semua pembaca setia Blog BicaraQaseh.
Aku nak berkongsi gambar-gambar dan cerita bagi perjalanan hari kedua semasa balik ke kampung minggu lepas. Aku meneruskan penjelajahan ke Pulau Mutiara. Memang aku org. Penang jugak tapi bukan sebelah island. Kesempatan melawat abang mak aku di sebelah pulau digunakan sebaiknya. Awal-awal lagi dah bersiap2. Anak-anak memang excited sebab nak naik Jambatan Pulau Pinang. Saja nak gie ikut jambatan sbb nanti anak2 tak tahu mcm mana rupa jambatan. Hehehe.. Pagi2 dah sediakan breakfast. Ermm.. yummy! yummy! Sedap ooo sekali sekala makan ketupat di waktu pagi. Bukan saja di hari raya aje dapat makan ketupat, tapi tak raya pun boleh. Mak aku memang akan order ketupat ni drp Tok Lang Cik Nah (promosi percuma utk toklang). Memang dia pakar membuat ketupat daun palas. Cakap aje nak ketupat kosong ke yg berkacang. Memang sedap! Aku cuma masak sambal ikan bilis. Anak-anak aku suka ketupat dicicah gula.
Sedap ketupat ni mama!
Ni mama punya!
Bila semua dah settled, kami pun bertolak ke Batu Ferringhi. Perjalanan ke sana mcm biasa aje, cuma kekadang tu aku conpius jugak dengan jalan. Banyak dah berubah. Maklum la dah hampir 3 tahun tak ke sana. Kadang-kadang tu kembali teringat nostalgia masa zaman aku bersekolah kat sana. Jalan Scotland, Jalan Burmah, Jalan Perak, Pulau Tikus, Gurney Drive.. memang semuanya kenangan la... Sampai aje kat sana, detinasi utama kami ke rumah pak Imam yg merupakan jiran mak aku. Eh lupa pulak nak story, mak aku ni memang asalnya duduk kat Batu Ferringhi (Cina Batu Felinggi org kata). So umah dia selang sebuah rumah dr umah Pak Imam ni.. Bila akut tengok balik memang dah ade semangat 1Malaysia dr zaman mak aku lagi.. sbbnya kedudukan rumah mak aku bersebelahan ngan rumah orang India, pastu sebelah rumah India ni rumah Pak Imam (orang Melayu). Mak aku masa kecik2 pun sekolah Melayu sbb sekolah tu belakang umah tokwan (buleh ke panggilan ni utk orang Cina). Dah bertanya khabar, kami beransur nak lunch pulak. Lagipun hari tu Jumaat, jadi En. Suami kena cari masjid utk solat Jumaat. Kami makan kat Tanjung Bungah. Best juga makan kat tepi pantai, sedap nasi goreng ayam dan bihun sup. Kalau ikutkan hati nak order rojak buah.. nasib baik dihalang oleh mak aku. Si suami dah siap makan dia gie cari masjid kat batu Ferringghi.
Ini rumah "tokwan" Cina aku.. nostalgia rumah ni..
Dalam pukul 3:00 tu kami ke rumah abang mak aku kat apartment dia yg terletak berhadapan Hotel Rasa Sayang. Ni Pakngah aku... Hahaha! lantak le.. aku tak kira Cina ke.. tetap disapa dengan panggilan Pakngah tidak ngan Uncle... Kesian Makngah aku ni.. dah tua2 kena sakit buah pinggang, rutinnya cuci buah pinggang 3 kali seminggu di Hospital Gleneagles Penang. Dah selesai bertanya khabar, destinasi seterusnya.. balik ke rumah le.. Sebelum tu sempat lagi makan laksa kat sana. Nampak mcm best aje, tapi sayang kurang umph.. nasib baik dapat diselamatkan dengan petis (orang Penang panggil otak udang). Nasi lemak pun kureng jugak..Perjalanan kami diteruskan.. Kami balik naik feri kebanggan warga Pulau Mutiara. Anak-anak mama ni le feri.. Ade Pulau Rawa, Pulau Angsa, Pulau Talang-talang..Memang best abis balik kampung kali ni.. Jalan-jalan, makan-makan... dan yang paling best dapat memujuk abah dan mak ikut kami balik ke KL...Yes! Mak dan abah akhirnya ikut jugak cadangan anak tunggal depa ni.. hehehe!
Banyak selekoh tajam bila nak ke Batu Ferringghi

Tengok tu anak2 aku berselera makan bihun sup yg sedap tu!
Mama nak jugak bergambar!
Ni le Pakngah, abang mak aku.. Mak aku yang paling kiri yg pegang tongkat tu!

Nasi lemak sotong yang tak seberapa sedap.

Petis, penyelamat laksa yang kurang sedap jugak tu!
"Anak-anak ayah tu kapal," kata si ayah kepada anak-anak semasa berada di dalam feri.
Aku dan En. Azlan, suami tersayang!

25 Januari 2011

Mencari Durian di Kampung Halaman!

Salam kepada semua blogger...especially pembaca Blog BicaraQaseh.
Dah lama benar rasenya tak mengemas kini blog dengan cerita ceriti terkini. Minggu lepas sibuk dgn percutian ke kampung halamanku di Sungai Bakap. Rasanya dah lama benar tak pulang ke kampung halaman. Rindu memang rindu, tapi dek kekangan masa aku pendamkan jua hasrat untuk balik ke kg. Rindu kat mak dan abah (makcik Ani, dan pakcik Hussin- panggilan kawan2 aku kat mak dan abah aku). Ingat kali terakhir balik thn lepas. Ermm.. tahun lepas lagi tu.. bulan Oktober kot.. Memang dah siap-siap ambik cuti hari Jumaat (21/1/11) tu sbb nak dapatkan 4 hari cuti sekali ngan Thaipusam. Mak aku biasa la.. kalau nak balik tu balik pagi2 tau.. mcm tu le pesanan dia kat aku... Mak aku memang suka menyampaikan pesanan dia 3 atau 4 kali ulang dengar pesanan tu... "Yang (panggilan mak kat aku) balik elok-elok, suruh Lan bawak kereta elok-elok, tak payah laju-laju..mak selalu doa untuk cek (ni kata ganti nama diri aku masa aku cakap ngan mak dan abah aku) pandu cermat jiwa selamat (ni pesanan penaja mak aku) hehehe..
Alhamdulillah perjalan aku pada hari Khamis tu berjalan ngan lancar. Kami sampai ke destinasi yg dituju pada pukul 2:00 petang. Mak aku bukan main happy lagi dgn kepulangan aku anak beranak. Ye la dah lama benar anak tunggal dia ni tak balik kampung. Hish2.. ape la rasa mak aku kan? Mesti tertanya-tanya nape la anak aku ni jarang2 dapat balik ke kampung.. Aku pulak tak tahu nak bg jawapan apa kalau ditanya.. Nak kata keje jadi bos tak jugak, still jadi pegawai cabuk aje, still makan gaji..Hehehe.. Bila le dapat merasa nak jadi bos? Mungkin buleh kot kalau bukak syarikat sendiri. Ok tutup cerita bab nak jadi bos tu. Aku kan kat kg.. Meti nakk cerita bab kampung halaman aku ni.. Hari ni memulakan acara yang julung2 kali dibuat semasa balik ke kg ialah penjelajahan ke dusun durian. Ni bukan mak dan abah aku punya ye.. ni jiran aku punye.. Saujana mata memandang 7 ekar dusun durian.. Anak2, bibik dan suami aku happy dapat menjejak kaki ke dusun durian..Opss.. tersalah pulak.. Anak aku yang sulung tak happy sgt sbb kena "berperang" ngan nyamuk..Ni yang susah bila dilahirkan jadi anak orang bandar. Karang mama ni bukak buku cerita zaman mama kecik2 sampai 5 hari 5 malam belum tentu habis. Sekarang musim durian di Pulau Pinang, tempat lain tak pulak aku tahu. Durian baru gugur sikit2. Suami aku ni "hantu" durian jugak ni..Petang ni kami dapat makan 4 biji aje durian.. Esok pagi maybe ade banyak sikit kot...


Tengok tu, lebat pokok buah durian ni!

Dok mengintai pokok mana yang byk buah...
Kakak, sedap la durian ni!
Ni pondok 5 bintang yang buleh disewa masa musim durian

Sempat lagi nak berpossing..
Bibikku mengambil peluang membawa balik pokok bunga!
Anak aku si kakak bersama bibik (moody sbb jd makanan nyamuk)























19 Januari 2011

Kemalangan dan Pesta!

Salam kepada semua blogger dan pembaca setia blog BicaraQaseh.


Terfikir-fikir nak menulis ape ye hari ni... Pagi tadi, masa on the way gie opis terdengar berita kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan. Kemalangan menyebabkan duit syiling bertaburan di jalan. Bila sampai opis ade kawan beli paper Kosmo!. Lead article tu.. Pesta Kebas Duit Syiling. So aku just nak berkongsi sikit rasa dan perasaan aku ni. Kenapa ade orang mcm ni ye? Kemalangan bukan sesuatu yang menggembirakan bg pihak yang terlibat. Bagi pihak yang x terlibat jangan le pulak jadikan sebagai alasan untuk mengambil kesempatan. Berita ini mengingatkan aku kepada beberapa kejadian yang seakan sama dengan kejadian yang berlaku semalam berhampiran susur keluar Pedas.


Masih ingatkah anda akan peristiwa Pangkalan Sultan Abdul Halim, Georgetown yang runtuh pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Masa ni aku baru berumur 10 tahun. Tak ingat sgt pun tapi masih teringat cerita jiran-jiran. Masa kejadian yang menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera, orang ramai berasak-asak. Masa ni jugak berlaku mcm2 kejadian seperti mencuri dan sebagainya. Orang ramai dah panik, habis barang-barang berharga dicuri. Aku ambi sedikit berita yang aku petik dr wikipedia.Puncanya kesesakan teruk di Pengkalan Sultan Abdul Halim ini sekitar 10,000 orang. Ada dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St. Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar Cina (sekali seumur hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi Pemurah' . Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan turut datang ketika itu. Jambatan Pulau Pinang yang dibuka pada 1985 tidak dapat menampung kenderaan awam. Jeti sesak. Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Itu kisah di Pulau Pinang.


Satu lagi kisah Penduduk Pesta Beras di Kilometer 41, Jalan Kuala Terengganu-Dungun berhampiran Kampung Selawa, Merchang pada 10 Ogos 2009.Kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan 800 kampit beras jenama Jati. Pemandu yang terselamat dlm kejadian itu pening kepala akibat tindakan penduduk kampung berhampiran melarikan berpuluh-puluh kampit beras drp lori yang terbalik itu. Hakikatnya beras-beras itu adalah stok bagi bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi.. Sedih aku membaca cerita mcm ni.. Mcm tu jugak dengan kejadian kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang membawa syiling RM75,000 terbalik setelah dilanggar BMW. Orang ramai berpusu-pusu mengutip syiling yang bertaburan. Memang nampak mcm rezeki yang datang bergolek. Maaf ye.. rezeki itu bukan hak kita.. Yang dinamakan rezeki bila kita berusaha untuk mendapatkannya dengan cara yang betul dan halal. Kalau berusaha mencuri, mengebas, dan mengambil hak orang lain tu.. Sendiri renung-renungkan..
Ambik la yang baik2 aje.. jauhkan daripada sikap dan perbuatan yang buruk. Amin.

17 Januari 2011

Didenda!

Salam kepada pembaca blog BicaraQaseh.
Bagaimana dengan hari anda? Memulakan pagi Isnin dengan gembira? bersemangat? Aku mcm biasa. Hari Isnin selalu jammed kat jalan. Pening memikirkan sebab-musabab yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Selalu dengar laporan trafik kat radio. Kadang-kadang jalan yang dibgtahu tu kita tak tempuh, kadang-kadang laporan tu tak sama ngan keadaan semasa. Mungkin terlewat 2 minit laporan, keadaan jalan dah jadi jammed. Itu andaian aku le... Hari ni seperti hari2 lain, aku sudah semestinya mendengar radio di frekuensi 97.6mhz bagi Lembah Klang, ape lagi sudah semestinya HotFM. Selalu dengar panggilan hangit. Tersenyum sorang-sorang kalau ade yang terkena. Terdengar Si AG dan FBI tanyakan caller tentang denda. So aku dapat idea untuk sama-sama berkongsi cerita denda kepada semua. Mesti semua tak terlepas drpd kena denda. Aku rasa denda ni famous masa aku sekolah rendah (dari 1985 hingga 1990) dan termasuk jugak masa di sekolah menengah (1991-1995). Aku sudah semestinya kerap didenda. Pernah dipulas pusat, diletakan pensil berselang seli di jari tangan dan dikepit, berdiri atas meja, berdiri atas kerusi kiranya semua dah pernah kena. Berdiri atas kerusi tu memang dah biasa dari darjah satu hingga darjah enam. Masa darjah 6 lagi best, denda berdiri atas meja. Kiranya kalau sape dapat jawab soalan step by step dapat duduk kat kerusi. Lepas berdiri atas meja, turun ke kerusi, lps kerusi masih berdiri kat lantai dan last sekali beru dapat duduk. Denda ni idea drpd Cik Osman b. Kechik, guru kelas 6 Anggerik di SKSK, SPS, Pulau Pinang. Kerana denda dan hukuman yang dibuat mengajar aku mengenal huruf dan mendapat 3A 1B dalam UPSR. Terima kasih cikgu. Masa kat sekolah menengah SMKA (P) Al-Mashoor, pernah kena denda tulis 2 karangan. Nampak mcm biasakan? Hakikat sebenar hanya aku dan kawan-kawan aku yang tahu. Masa ni aku form 5. Aku melawan cakap Ust. Azam yang mengajar subjek Bahasa Arab Komunikasi, padan ngan muka aku... Kena siapkan 2 karangan Bahasa Arab sedang kawan-kawan lain kena buat 1 aje. Sekali lagi aku belajar, kena hormat guru dan akhirnya aku lulus subjek Bahasa Arab dengan C4 dalam SPM. Memang aku akui mcm2 denda yang pernah aku kena mematang aku utk belajar jadi manusia. Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar aku dengan sabar. Kerana kalian aku akhirnya menjadi manusia. Al-Fatihah untuk Cikgu Nordin b. Yaman, Cikgu Ismail, Ust. Fatimah Mustafa. Tahniah kepada rakan-rakan yang kini mencurahkan bakti sebagai pendidik.

16 Januari 2011

Ikan, Terung, Kacang Buncis dan Roti Canai

Salam kepada semua pembaca blog BicaraQaseh. Kepada yang belum menjadi pembaca setia, jangan lupa follow saya di facebook atau google ye!

Hari ni aku nak kongsi cerita tentang sepagi aku di pasar tani dan warung roti canai. Pagi-pagi lagi memulakan rutin mcm biasa di hujung minggu. Menghidupkan kereta antik kesayangan aku yang buleh masuk muzium kalau ikut jangka hayatnya yang begitu lama. Meneruskan perjalanan nun ke pasar tani. Pasar tani mana lagi kalau bukan Pasar Tani Sg. Buloh. First sekali beli paper dulu. Lepas tu meneruskan perjalanan nak beli breakfast untuk puteri-puteri aku. Selalu sgt beli kuey teow goreng dan pulut kuning, aku decide beli nasi lemak pulak hari ni. Nasi lemak telur goreng takde sambal. Dah settled beli breakfast, nak beli ikan pulak. Nak masak ape tengah tengah hari ni? Ermm masak lemak pucuk ubi sedap jugak dgn cuaca yg mendung ni.. tambah dengan ikar bakar lagi. Sedap tu.. Sampai aje kat tempat ikan, aku pilih ikan kembung 4 ekor dan ikan selar 3 ekor, kategori sedang-sedang aje saiznya. Ni ikan-ikan favourite aku ler. Agak-agak anda berapa harga 7 ekor ikan tu? Ermm..kalau RM10.00 logik ler jugak, tapi ini harga yang aku kena bayar RM15.50. Hish mahal betul ikan sekarang ni! Jadi bapak2 kalau ade peluang luangkan masa beli ikan ye. Baru tahu harga pasaran ikan tu.
Tukar plan ler, masak kicap aje ikan kembung ni.. Aku seterusnya nak beli cili dan sayur-sayuran. Kali ni harga sayur biasa2 aje. Aku sekali lagi dikejutkan dengan harga sayur yand dibeli sorang mamat bangla. Dia beli sikit kacang buncis dan sebiji terung bulat. Adik penjual sayur tu charge dia RM10.00. Terbeliak mata aku, si mamat bangla tu dah menghulurkan RM3.00. Masa tu aku dok memilih sayur. Kiranya aku yang terkejut sgt ni memilih sayur ala kadar aje, takut kena berpuluh-puluh hinggit pulak. Mamat Bangla tu tanya lagi... Last2 tauke sayur tu yg kirakan sekali lagi..RM2.90.
Rupa-rupanya budak dia kira sebiji terung dengan harga sekilo terung RM8.00 patut la jadi RM10.00. Hehehe..Meneruskan lagi perjalanan aku ke warung roti canai. Bukan kat pasar tani lagi lokasinya. Ni perjalanan nak balik ke rumah pun. Aku order 4 keping roti bom. Roti bom sekeping RM1.00. Aku tak nak beli roti canai kat sini sbb teramat la keciknya. Ade sorang aunty Chinese beli 3 keping roti canai kosong utk cucu dia. Dia rancak bersembang ngan aku dan kakak warung roti canai ni. Aunty tu dah bayar RM2.40 bg. 3 keping roti canai. Memang rata-rata roti canai dah RM0.80. Masa ambik roti canai tu, aunty ni dilanda rasa terkejut. Dia bertanyakan kakak warung tu, eh berapa keping awak bagi saya? 3 le jawab kakak tu sambil menambah lagi takkan saye nak bagi 1 pulak. Aunty tu mcm tak puas hati.. Mcm 1 aje ni.. dia pun bukak bungkusan roti canai tadi sambil mengira.. Banyak kecik la.. saya ingat 1 tadi dan berlalu dari situ. Dalam hati aku berkata memang kecik sgt roti dia. Kakak warung tu mengomel jugak, kata dia mana nak cari roti canai 80 sen, kat sini aje yg masih jual dgn harga tu. Order aku blm siap lagi.. ternampak pulak pulut panggang.
Akak tu mempelawa aku membeli pulut panggang dia. Sementara si tukang buat roti canai memuji pulut panggang kakak tu yg sedap. Menurut kakak tu dia menggunakan pulut dari negara jiran, Thailand. Harga sebiji pulut panggangnya 40 sen. Memang kalau beli pulut kat KL ni memang susah nak dapat pulut yang cantik. Ade yang hapak, ade yang kuning dan patah-patah. Aku pun balik ke rumah selepas semua dah beli. Memang sedap la pulut panggang kakak tu! Menyesal pulak beli 2 aje. Takpe hujung minggu depan beli lagi ler. Inilah secebis kisah mama di pagi hari Ahad. Barang semakin mahal sekarang ni.. Kalau tak habis RM50.00 sepagi ni memang tak sah. Ni leteran mak-mak ye..Terima kasih atas kesudian menjengah blog aku ni.. Terima kasi lagi aku ucapkan kepada yang sudi meninggalkan komen. Terima kasih atas sokongan semua.

14 Januari 2011

Pokok Bunga Vs Piala AFF

Salam untuk semua rakan blogger.

Kemenangan pasukan Malaysia membawa pulang piala AFF telah berlalu. Namun kehebatan skuad Harimau Malaya terus diperkatakan hingga kini. Kenangan Piala AFF masih lagi terasa. Apa tidaknya.. suami aku siap betting lagi ngan aku. Kalau Malaysia menang 3-0 ngan Indonesia dia akan beli kat aku 3 pokok bunga favourite aku. Kiranya kalah menang pasukan Malaysia akan menentukan jumlah pokok bunga yang akan aku dapat.. Hehehe...Lawak pulak rasanya.. Dalam hati aku cakap "takpe..3 pun ok jugak ler.. kalau ade yang berkenan lagi, beli sendiri la nampaknya". Tengok-tengok Malaysia tewas kepada Indonesia dengan mata 1-2. Alamak! Frust jugak ler.. Takpe, aku dapat 1 pokok favourite aku.
Pokok favourite suami aku

Pokok first batch



Suami aku bila dah ke nursery, mengalahkan aku yang pompuan ni.. Mcm2 pokok yang dia nak beli. Aku dapat pokok free drpd. suami. Ade jugak yang aku beli...sbb perjanjian dah mcm tu.. Ikut mata Piala AFF..Sebenarnya masa orang Malaysia sibuk2 dok gie beli tiket nak tengok Malaysia vs Indonesia kat Stadium Bukit Jalil, aku dan suami sibuk beli pokok bunga.. Sampaikan Malaysia ke Indonesia.. kami masih lagi sibuk mencari pokok bunga. Sebenarnya aku dan suami blm ade plan mcm mana nak buat lanskap kat depan rumah. So buat masa ni beli pokok bunga sikit-sikit dulu, tanam aje dlm pasu.. Nak plan baik2 dulu nak buat lanscaping umah.. Takut nanti silap plan, mula le pokok mangga, pokok rambutan, pokok nagka yang duduk depan umah. Kat belakang umah silap2 tanam pokok kangkung aje. Tapi jangan tak tahu memang kat belakang umah aku mcm2 ade, bukan aku yang tanam, bibik aku.. Mak mertua pun dah tanam ubi kat tepi pagar rumah. Kat belakang rumah ade pokok pucuk manis, kangkung, baam, betik, limau purut (ni aku yg beli), ulam raja, lengkuas, halia, kunyit, pokok kunci (ni bibik bawak dr Indon masa dia balik cuti raya thn lepas), ada cekur.. banyak tak pokok kat belakang rumah tu.. eh ade lagi pokok daun bawang, daun sup, keladi pun ade. Pendek kate semua pokok ade. Kat sini aku nak kongsikan sikit gambar2 pokok yang aku beli ngan suami. Pokok2 ni utk halaman depan rumah tau, jangan ingat utk kat belakang rumah yang sudah sedia byk pokok tu!










Pokok favourite aku Pokok favourite suami aku!


Pokok adik-beradik keladi ni ler yg suami aku hadiahkan sempena mata kemenangan Malaysia. Pokok yg mcm hidup segan mati tak mahu tu pokok favaurite. Jangan kutuk tau...! Pokok yang ketiga sampai yang kelima pokok favourite dan taste suami aku..

TESTING !!!

Bukan nak cerita tetapi nak testing penggunaan blog ini sahaja...sebab dalam proses ubahsuai hahahahaha

11 Januari 2011

Manik-manik Bertaburan

Salam kepada semua rakan blogger...

Hari ni aku nak kongsikan sedikit keje-keje tangan aku yang tak seberapa. Aku bukannya pro menjahit manik, aku ni amatur aje. Selalu nengok adik kat opis aku jahit manik.. Ade yang siap ambik upah jahit manik lagi... Kalau aku mesti dimaki hamun customer... Ape tidaknya.. orang lain jahit manik simple aje dalam 2-3 aje. Aku ambik mase hampir sebulan. Baru nak start, mesti aku bukak balik sbb mcm tak puas hati aje. Baru nak mula, anak-anak dah tumpahkan manik.. Mcm mana nak siap.. Aku suka tengok baju Pengarah Urusan kat opis aku ni.. PU aku mestilah pompuan... manik kat baju dia cantik2.. pernah sekali dengann rasa tak malunya aku nak tengok design kat lengan baju dia..Memang cantik.. Harga dia jgn cakap ler... harga kain dah berape, upah jahit baju dan manik lagi..dia kata dlm anggaran semua2 tu RM800..Terbeliak bijik mata aku.. Takpe la.. kalau level-level pegawai mcm aku ni pakai aje yang mane termampu.. Jahit manik tu tak payah susah2. Beli aje manik, jahit sendiri. Untuk pengetahuan anda semua upah jahit baju aku free sbb bibik aku pandai menjahit. So di kesempatan ni nak buat promosi sikit... kalau ade yang berminat nak tempah baju e-mel kat saya. Heheheh.. Baju kurung biasa-RM30, baju kurung moden -RM35. Sekian harap maklum.
Ni design masa baru2 nak berjinak-jinak jahit manik

Ni design yang the latest yang aku siapkan.

10 Januari 2011

Tarikh Bertuah Anda 11/01/11

Salam kepada semua blogger.
Mcm mane ngan hari anda hari ni? Hari aku mcm biase aje. Tak panas, tak sejuk, kiranye suam-suam kuku aje. Jom kita berkongsi angka bertuah anda.. Anda ade angka, nombor atau tarikh bertuah. Ingat lagi masa zaman-zaman sekolah dulu, mesti ingat tarikh-tarikh isimewa. Mcm2 tarikh. Biasenye kaum hawa yang suka ingat tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan, tarikh nikah, tarikh dating......dan banyak lagi tarikh-tarikh. Aku pun mcm tu jugak, cuma bila usia dah meningkat sikit ni...dah tua makcik ni ye.. tahun ni bulan Mei genap 33 tahun...ingatan ni kekadang jammed sikit. Keadaan ni orang kata disumbangkan oleh faktor kelahiran anak. "Kata orang, bila melahirkan anak banyak urat-saraf yang putus...betul ke?" So dah 3x lahirkan anak, byk dah urat2 yang putus ye...
Bukan ape tetiba aje teringat esok dah 11/1/11. Mcm cantik aje nombornye.. Mesti ade jugak yang nak merakamkan detik2 bahagia pada tarikh mcm ni kan.. Teringat pulak aku pada tarikh perkahwinan aku 7 tahun yang lalu. Kejap aje masa berlalu.. dah tujuh tahun rupenya aku berkahwin. Aku dan suami memilih tarikh 03/04/04 (Sabtu). Mulanya nak jugak pilih 04/04/04... Tapi terpaksa cancel atas sebab musabab kepercayaan... Menurut orang Cina sebutan 4 sama bunyi dengan perkataan mati. Jadi diaorng tak suka angka 4. Mesti anda, apa kena mengenanya angka 4 ngan aku. Sebenarnya mak aku mualaf, asalnya berbangsa Cina. Penang mali ooo.. So dia yang tak bagi aku ambik tarikh 04/04/04. Dia takut uncle dan aunty tak datang kenduri aku disebabkan angka 4 yang berulang tu.. Kelakarkan? Inilah kebenarannya..
Kalau anda tak percaya, cuba anda amati ade sesetangah taman perumahan yang tidak mempunyai rumah bernombor 4, yang ade 1, 2, 3A, 3B, 5.. Mcm tu jugak ngan lif, hakikatnya memang ade tingkat 4, tapi nombornya telah ditukarkan.. Saje nak membuka minda anda aje.. Takde maksud lain ye.. Bile2 nanti bila gie jalan2 cuba perhatikan fakta yang saya cakapkan ni.. Benar atau salah? Renung-renungkan.. Apakah angka bertuah anda?

AJL 25 dan Jubli Perak

Salam pagi Isnin untuk semua blogger.

Macam mana dengan hari anda hari ini? Segar? Bersemangat? Berdedikasi? Proaktif? Aku hari ni sedikit mengantuk pada awal-awal pagi. Biasa ler bila waktu tidur dah melepasi waktu yang biasa. Waktu tidur aku pada hari bekerja ialah antara 10:00 hingga 10:30 malam. Memang dah rutin mcm tu.. Tak kira ade citer best ke mesti masuk tidur antara waktu yang disebutkan di atas. Paling lambat pun 11:00 malam, itu pun dah tertidur kat depan tv. Puteri2 aku pun mcm tu jugak ler.. Aku akan paksa diorg tidur. Hehehe.. rejim dan kejam kan mama ni... Kalau ade ayah diaorg mula lari schedule. Mesti anda tertanya2 nape suami aku kejap ade, kejap takde.. Untuk pengetahuan korang semua, I'm super mama.. coz husband keje kat offshore. 2 minggu keje, 2 minggu cuti. Itu tetang aku.
Berbalik citer kita tentang AJL semalam. Memang tabik habis le kat semua yang bertungkus-lumus menjayakannya. Personally memang aku suka sgt ler ngan semua persembahan, muzik, lighting.. Memang ade class! Persembahan pertama drp Yuna memang memukau. Suka tengok dia sweet sgt. Baju cantik, tudung cantik.. menyanyi pun memang sedap ler.. Nape tak menang ye? Adat ler tu pertandingan memang ada kalah dan menang. Hafiz memang aku puji suara dia.. tp yang paling best masa gimik persembahan dia tu.. memang aku panik habis.. Best memang memang best giller... Masa persembahan Faizal Tahir itk lagu hanyut tu aku x sempat tengok dr mula.. dok sibuk memaksa anak-anak tidur. Tahu2 aje dah duduk dalam sangkar tu.. Masa sblm tu dah nampak si Ana Raffali dok dalam sangkar, kemudian nampak pulak si Faizal dok dalam penjara pulak.. Hehehe.. kelakar pulak. Tapi memang aku puji AJL 25 memang hebat! Nak jugak berkongsi kegembiraan menyaksikan AJL.. walaupun hanya di kaca tv..Persembahan penutup tu best kan... Aku suka Dato' Siti Nurhaliza aje. Memang sedap suara dia.. smlm siap menari lagi...Memang hebat ler..Mcm mana dengan anda yang menonton? Hebat tak AJL 25 smlm? Ingatkan Yuna menang vokal terbaik.. Hafiz yang dapat... Ingatkan Persembahan Terbaik lagu Selamat Malam... Hanyut yang menang.. Ingatkan Cinta Sempurna jadi Juara... kemenangan berpihak kepada lagu Tolong Ingatkan Aku... Anyway tahniah untuk semua... tahniah jugak kepada lagu indi Drama King..Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Kusangka inilah JUARA AJL 25- Yuna Zarai.. Ramalanku meleset!

Inilah JUARA AJL 25-Ana Raffali

8 Januari 2011

Kecantikan Tanpa Plastik

Salam buat semua pembaca BicaraQaseh yang tidak jemu-jemu membaca blog aku ni.
Hari ni nak mengajak anda semua baik lelaki ataupun perempuan membaca kisah kecantikan. Hari ni aku sempat berjalan-jalan di One Utama. Niat utama nak membeli bekas makanan Angah kat Jusco. Lame jugak memilih.... dulu masa beli kat kakak cantik aje dan senang nak bukak yang pentingnya. Budak-budak tahu aje la.. bukan pandai nak guna bekas "tupperware" mamanya. Katanya susah nak tutup. Jumaat lepas abis nasi goreng tumpah dlm beg. Jalan punya jalan akhirnya jumpe. Aduh mahl pulak ye.. RM16.90. Berbaloi ke budak 4 thn guna bekas ni? Ok jugak ler.. tapi mama harap jgn hilangkan pulak. Dah ambik bekas makanan, charlies angel aku mula nak membeli itu dan ini. Mahu tak mahu terpaksa dibelikan ler.. Diaorng memang suka menge"paw" mama diaorg. Masa jalan2 ngan ayah takde rase nak beli ape2. Mama selalu hairan. Tapi nak buat mcm mana.. tak dibelikan merengek sepanjang jalan, aku ni banyak destinasi lagi ni.. Ni barangan yang diaorng shopping menggunakan duit mama diaorg. Masa nak gie bayar baru teringat, hari ni hari Sabtu (hari tanpa plastik). Selalu ingat aje nak bawak beg lain.. hari ni lupa pulak. Bibik pun lupa jugak. Terpaksa membayar 20 sen utk satu beg plastik. Ni ler brg2 yg dibeli di Jusco, OU buat hari ini. Nanti kalau dah rosak mesti mintak lagi ni..

Selesai aje membeli barang2 puteri2 aku tu, aku berjalan ke salon kuku. Dah lama benar aku tak membelai kuku aku ni. Kali terakhir pun masa mengandungkan Angah. Hish dah lama tu. Ingat lagi masa tu aku beli baju kat Modernmom, so dapat free buat manicure. Aku buat manicure dan pedicure. Best giller sebab ade orang tolong potongkan kuku tangan dan kaki. Pastu siap sental daki-daki dan kulit kering kat kaki kita. Bila lagi nak cantikkan diri tanpa pembedahan plastik.. Hehehe.. tak sesuai sungguh kan.. Inilah dinamakan kecantikan tapa plastik! Bayaran bagi kecantikan kuku aku pada hari ni ialah RM95.00- RM30 bagi manicure (kuku tangan dan RM65 bagi pedicure bahagian kaki).Balik dr OU, aku gie The Store pulak. Bukan nak shopping lagi, tapi nak gie potong rambut. Aku memang suka potong rambut kat kedai ni. Sampai amoi (bos kedai gunting) dah tahu mcm mana nak gunting rambut aku. Bagi gunting rambut dan cuci kosnya ialah RM30.00. Dah semakin mahal skrg ni. Nak buat mcm mana memang aku suka gunting rambut kat sini. Kiranya hari ni memang hari aku menjaga kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki ler... Ni

Hasil ke salon kuku

aktiviti yang aku buat setahun, eh bukan setahun banyak2 tahun sekali. Abis potong rambut sempat membeli scrub kaki dan mask kat Guardian. Habis duit lagi.. Jom sertai aku kecantikan tanpa plastik. Hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy