26 April 2011

Mengangkasakan Harapan di Pesta Buku KL 2011

Salam kepada semua blogger.
Dah follow Blog BicaraQaseh? Belum? Kenapa tunggu lagi? Jom Follow! Sebenarnya hari ni aku nak berkongsi tentang cerita ke pesta buku semalam. Dah banyak tahun agaknya aku tak mengunjungi Pesta Buku. Tujuan sebenar nak cari buku cerita utk anak aku si Kakak. Smart Reader mewajibkan student 6 tahun utk bercerita tak kira dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pada setiap Selasa dan Jumaat. Dari minggu lepas lagi Kakak dah sibuk suruh mamanya mencari buku cerita. Semalam aku menggunakan kesempatan yang ada meninjau-ninjau booth yang menjual buku cerita kanak-kanak. Bila berada di sini teringat pulak zaman-zaman belajar dulu..
Jom Pi Pesta Buku KL 2011
Sebenarnya aku ni ingat-ingat lupa tentang projek akhir masa di UiTM. Wahai budak-budak Mass Comm khususnya Publishing, masihkah korang ingat kita pernah menganjurkan pesta buku di semester akhir. Konon-konon projek mega la tu! FBI lagi (Festival Buku dan Ilmu). Selain kenangan menganjurkan pesta buku, tak terkecuali untuk aku mengingati kenangan kat pesta buku jugak. Kali ni aku sendiri yang berada di pesta buku tu (Popular Book Fest) selama seminggu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Bukan tahun lepas, kalau tak menjadi kesalahan mungkin tahun 2005. Masa tahun ni aku keje kat EPH anak syarikat Popular Book Store. Masa ni aku menjadi editor di EPH, so kena la promote buku yang diterbitkan tu. Ingat lagi, masa ni kami dikerah menyiapkan buku untuk pra-sekolah yang di datangkan dalam banyak versi (ABC- huruf kecil dan huruf besar, Capital Letters and Small Letters, dan banyak lagi). Aku ingat lagi masa ni aku menyiapkan sebuah buku suku kata Bahasa Melayu untuk pra-sekolah. Memang cabaran betul la..

Teringat Kenangan Lama..
Berbalik kepada cerita di Pesta Buku Kuala Lumpur semalam, aku menjelajah ke beberapa gerai untuk mencari buku cerita kanak-kanak, banyak buku jugak la yang aku beli (kisah dongeng, marilah bercerita dan macam-macam jugak lagi le). Ada jugak gerai yang nak melariskan buku-buku dengan pelbagai cara. Ada satu gerai tu menjual buku dengan harga RM10 bagi 5 buah buku (boleh campur-campur). Aku cuma nak beli 2 buah aje.. penjual tu kata 2 buah tak jual, aku yang dilanda rasa pelik tu tak bercakap banyak sebaliknya mencari 3 buah lagi untuk menggenapkannya menjadi 5 buah. Ade satu gerai tu sibuk menarik pengunjung dengan membuat demo bagi pakej pembelajaran menggunakan cd. Memang bagus untuk anak-anak, tapi untuk hari ni (semalam) aku memang fokus nak cari buku cerita..bajet aku cuma untuk buku bukan untuk pakej yang berharga RM799 dan selepas diskaun menjadi RM499. Bukan nak berkira tapi nak membeli ikut kemampuan.

Tahniah kepada Mastura Yusoff @ Ayu Emelda
Dalam banyak-banyak membeli tu, bahan bacaan untuk mama cuma satu Majalah Nur (Edisi Khas 100 tu) terbitan Karangkraf. Eh lupa pulak nak bagitau yang aku ternampak Imad (yang expert seni khat) di gerai.. tak ingat pulak gerai mana. Sorang lagi Monoloque yang top dengan lagu Kekanda Adinda duet ngan Atilia tu..di gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Baru aku kenal penyanyi lagu Kekanda-Adinda.. Hehehe.. Bila aku ke ruangan Karangkraf, memang tabik habis. Memang ramai, tambah-tambah gadis remaja yang tertumpu di rak novel-novel tak ketinggalan mak-mak dan kakak-kakak jugak. Aku cuma membeli majalah Nur dan Buku Mari Bercerita Edisi 1 & 2 untuk anak-anak. Di kesempatan tu aku sempat meninjau-ninjau novel daripada Ayu Emelda. Bukan apa cuma rasa berbangga kawan-kawan sesama Mass Comm berjaya menjadi penulis novel terkenal. Kalau tak salah aku, Ayu Emelda ataupun nama sebenar Mastura Yusoff ni ambik Journalism... Sekalung tahniah kerana menjadi Novelis Terkenal! Bila pulak masa aku nak jadi penulis terkenal? Hehehe ade hati tu! Kalau tak pun cuma kolumnis terkenal ke...Hahahaha.. Gantungkan Harapan Setinggi Langit, Mengangkasakan Harapan!.

Monoloque @ Gerai ITNM
Kekanda-Adinda

22 April 2011

Just Go With It

Salam sayang untuk semua blogger.
Hari ni nak kongsi sedikit aktiviti aku pada hai Rabu baru-baru ni. Selalu aku kongsikan aktiviti hujung minggu. Tapi kali ni tiba-tiba aje nak cerita pasal hari Rabu yang menggembirakan hati aku. Alamak baru teringat, aku belum berkongsi aktiviti hujung minggu lepas.. Nanti ye, nak cerita berkenaan hari Rabu ni dulu. Hari Rabu baru-baru ni aku ambik cuti coz nak register anak masuk darjah 1 tahun depan. Kejap aje proses pendaftaran tu.. selesai sekolah rendah, gie sekolah agama pulak. Pastu tunggu surat untuk menduduki ujian untuk menentukan kelas. Eh, lupa pulak nak cerita, aku tak buat keje-keje ni sorang-sorang, sudah pastinya ngan Encik Suami. Sebenarnya Encik Suami baru aje balik dari Batu Rakit, Kuala Terengganu pada hari Selasa selepas menjalani course selama lima hari. Aku bukan tak reti nak buat pendaftaran anak tu, tapi sesekali nak jugak bermanja, alang-alang Encik Suami dah ade kat rumah, eloklah aku ajak dia kan..

Lepas habis sesi pendaftaran, aku dan Encik Suami makan tengah hari sekitar Sungai Buloh. Tentu korang tertanya-tanya kenapa dalam ini cerita cuma ada aku dan Encik Suami. Anak-anak? Hehehe.. kalau korang nak tahu, anak-anak gie sekolah (2 orang aje), si adik kami tinggalkan kat rumah di kala dia leka bersama bibik yang mengutip timun sebab ade customer datang ke rumah. Bukan senang nak ada masa berdua macam ni.. So kena gunakan masa ni sebaik-baik mungkin. Selesai makan, Encik Suami ajak menonton movie. Dah lama tak tengok wayang, dalam perkiraan aku mungkin dah 3 tahun kot. Mulanya aku tak nak sebab mata aku macam berat aje.. (nak tidur sebenarnya!). Last-last terima jugak la sebab bila lagi nak dating.. Destinasi kami ke Ceneleisure, Mutiara Damansara (Cathay Cineplexs).

Mesti Tengok Movie Ini!
Macam-macam cerita ada, sedang ditanyangkan, coming soon pun banyak jugak. Encik Suami memilih citer Just Go With It. Ok jugak cerita ni.. Komedi Romantik. Kalau ikut aku mahu aje aku tengok Scream 4. Memandangkan Encik Suami tak nak serabutkan kepala ngan cerita-cerita berat, aku pun setuju aje. Best citer ni. Memang kelakar bila penyamaran menjadi suami isteri antara Adam Sandler dan Jeniffer Aniston berakhir dengan perkahwinan. Memang best! Balik dari menonton wayang ni dah malam pun. Teringat kat anak-anak, tak boleh jadi ni kena bawa diorang gie makan. Kesian dah sehari duduk kat rumah. So kami gie makan di Tree Steak House, Paya Jaras, Sungai Buloh. Sedap jugak western food kat sini. Korang kena cuba sedap, tempat yang selesa. Cuma parking aje yang susah. Korang boleh parking kereta kat tepi jalan besar tu.. InsyaAllah selamat..Habis makan, kami pun balik ke rumah.. habislah citer aktiviti sehari aku pada hari Rabu!
Lamb Chop Encik Suami yang punye!
Sedapnya Angah, set Hot Dog!
Kakak ngan Hot Dog set! Yummy..
Adik, takde ape-ape set cuma tumpang sana-sini..
Chicken chop mama yang punye..

21 April 2011

Sokong Cegah Murid Gemuk

Salam kepada semua blogger teristimewa yang sudi membuat siri jelajah blog dan kepada blogger yang sudi berkongsi pendapat dan meninggalkan ulasan di Blog BicaraQaseh.

Hari ni sekadar nak berkongsi cerita tentang cerita di dada akhbar semalam (Hari Isnin) iaitu Cegah Murid Gemuk. Sebenarnya aku amat menyokong kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung kajian yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan tentang 15% rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit. Lebih memeranjatkan lagi daripada peratusan tersebut, 60% adalah melibatkan remaja 18 tahun dan ke bawah yang menghidap obesiti dan diabetis. Ngeri pulak bila melihatkan statistik ni! Memang aku akui gaya pemakanan dan gaya hidup masa kini tak sama seperti zaman mak dan ayah kita, zaman nenk moyang kita. Semua nak cepat, nak segera.. jadi anak-anak kita pada masa kini lebih mengenali mi segera, makanan segera dan macam-mamcam lagi dek kerana ibu bapa yang mengajarnya (termasuk yang menulis ni ye..).

Rentetan daripada statistik ini, kerajaan telah menguatkuasakan serta-merta larangan terhadap semua kantin sekolah agar tidak menjual minuman berkarbonat dan makanan yang mengandungi gula berlebihan. Larangan ini turut diberikan kepada penjaja yang menjual di luar kawasan sekolah. AKU SOKONG 100%. Sebab apa aku sokong, sebab tahun depan anak sulung aku akan ke darjah satu.. Hahah.. senang sikit hati mama ni bila kantin sekolah menyediakan makanan berkhasiat, berzat dan mengandungi gizi dan sesuai untuk tumbesaran anak-anak. Ayat mama ni dah mengalahkan doktor, doktor haiwan pun mesti terkejut ngan statement mama ni!

Ikut pengalaman aku, anak-anak aku memang semuanya boleh dikategorikan obesiti. Tapi masa umur dari lahir hingga 3 tahun, pastu dah kembali susut bila ke sekolah. Cuma Adik (anak bongsu) aku ni aje yang tak obesiti masa kecik, sekarang ni pulak dah semakin membesar. Kakak dan Angah dah kurus. Masa Kakak kecik2 dulu pun obes jugak. Tapi Angah lagi montel sampai pernah memakai lampin pakai buang bersaiz XXL. Tambahan pulak masa tahun Angah memakai lampin pakai buang bersaiz besar tu, ade beberapa jenama aje yang ada saiz besar. Dah la saiz besar, harga pulak boleh tahan le. Lama juga nak susut berat badan tu.. sampai jururawat klinik kesihatan tu suruh aku kurangkan makanan bergoreng utk Angah.

Alhamdulillah sekarang ni semua dah montel-montel lagi, tinggal adik aje yang menyusu. Berbalik kepada cerita di atas, aku menyokong la sangat agar kantin sekolah dan penjaja luar sekolah tidak menjual makanan yang tidak berkhasiat. Memang le kalau kita tak nak anak kita membeli makanan di kantin, kita kena pastikan anak-anak kita bawa bekal ke sekolah. Tapi kalau macam aku ni, rasanya boleh dikira berapa kali sangat aku buat breakfast. Kalau hari cuti lain cerita, memang buat jugak le... Harapkan bibik, korang kan dah tahu bibik aku dalam http://bicaraqasehku.blogspot.com/2011/04/naik-gaji-lagi.html Bibik aku kirim salam le nak masak, yang dia tahu goreng nugget, goreng kentang, goreng sosej dan yang paling expert goreng TEMPE. Kiranya bab-bab menggoreng serah aje kat bibik aku. memang terror.

Katakan tidak untuk ini!


Tidak untuk ini!
Nanti kalau ada kesempatan di entri yang lain (aku nak cari dulu..) aku aku masukkan gambar puteri-puteriku yang sempat montel satu masa dahulu. Jangan lupa untuk melihatnya ye.. Kalau aku terlupa Tolong Ingatkan Aku!


15 April 2011

Lipstik Purple Punya Kisah...

Salam kepada semua blogger.
Hari ni tetiba rasa nak berkongsi entri tentang kenangan ditahan polis. Bukan sekali tapi dua kali. Memang kalau aku kenang-kenang balik, memang lawak giller. Kisahnya dah lama rasa-rasanya pada tahun 2003. Masa ni belum kahwin lagi. Pada tahun tu, aku seorang Editor di Popular (tapi company aku merupakan anak syarikat Popular iaitu EPH Publishing). Opis aku kat Jalan Desa Tun Razak, kiranya area Cheras, berdekat ngan stesen ERL dan komuter Bandar Tasik Selatan. Aku menyewa rumah di Apartment Desa Tun Razak, bersebelahan ngan opis lagi. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan la.. Aku tinggal ngan adik Id,  berasal dari Endau-Rompin kalau tak silap. Masa tu sewa rumah dua bilik dengan harga RM480, so kami berdua membayar RM240 sebulan.
Tentang suka duka tinggal di rumah sewa aku tinggalkan dulu. Kali ni aku nak cerita kisah duka ditahan polis dulu. Kiranya sepanjang aku tinggal kat rumah sewa tu dua kali aku ditahan polis. Begini kisahnya, kejadian pertama tu waktu aku nak balik kampung. Memandangkan Avon pada masa tu memperkenalkan lipstik baru, aku pun tanpa berfikir panjang membeli warna yang jarang dipakai orang. Konon nak nampak lain daripada orang le, tapi tak fikir dek kerana warna lipstik tu tak fasal-fasal ditahan oleh abang polis. Aku menggunakan lipstik kalau tak silap ke arah purple color. Ha, konon nampak cantik le, tapi masa tahun tu famous dengan kebanjiran warga asing especially dari negara jiran, Indonesia. Memang kalau masa tu memang boleh kenal yang mana satu orang warga asing yang mana satu warga tempatan. Cuma sekarang susah sikit nak membezakannya dengan kebanjiran style tudung yang ala-ala dari negara Indonesia. Bila aku menggayakan lipstik ala-ala purple tu, ermm padan dengan muka aku..nampak sangat gaya lain dari orang.

Dengan rasa bangganya aku berjalan ke stesen bas. Masa aku berjalan ni ade dua lelaki orang warga Indonesia kalau tak salah aku berjalan kat belakang. Tanpa disangka-sangka ade dua orang polis sedang membuat rondaan menggunakan motosikal dari arah bertentangan. Dua lelaki yang berada di belakang aku tadi tiba-tiba bertempairan lari bila ternampak polis tu. Aku dengan selamba meneruskan perjalanan. Tiba-tiba polis tu menahan aku. Ini tidak adil.. Kenapa pulak ni? Sedikit dialog aku dan pak polisi tu..
Polis 1: Eh, kenapa kawan awak yang 2 orang tu lari?
Aku   : (Dalam keadaan terpinga-pinga) Kawan? Kawan yang mana ni Encik?
Polis 1: Jangan buat tak tahu, tadi yang lari tu..
Aku   : (Kali ni dah faham, perasaan bengang mula merebak dalam diri) Encik, tadi tu bukan kawan saya le!
Polis 2: Maaf ye dik, tadi tu bukan kawan adik ke.. Tapi kenapa diaorang lari?
Aku   : (Bertambah bengang) Encik, kalau nak tahan orang tengok dulu la, ni main tahan aja. Saya orang Malaysia la, orang Penang tau, ingat pendatang ke? (Keluaq dah bahasa Utara dia..)
Polis 2:Ooo..maaf ye ingatkan tadi orang Indonesia.
Kalau anda di tempat aku, apakah yang anda akan lakukan? Bengang giller aku ni sebab jalan tu sesak dengan orang, semua pandang-pandang aku. Adoi, tolonglah.. Aku orang Malaysia, nape nampak mcm Indonesia ke? Cuma lipstik aje yang pelik daripada orang, konon nak nampak lain tapi gini pulak jadinya..

Ni lagi satu insiden yang lebih kurang seperti di atas jugak, tapi tempat yang berlainan dan situasi pun berlainan. Kejadian ni kat Carefour, Sri Petaling. Biasala la aku masa bujang ni tak sangat ambik berat fasal kecantikan. Asal berbaju sudah le. Lagi pun bukan nak pergi jauh..Dari Desa Tun Razak ke Sri Petaling kan dekat aje. Aku cuma mengenakan seluar jeans, t-shirt, tudung dan sandal (cap Tat Sing- tali biru tu). Ok dah kalau mcm ni, bukan nak ke mana pun nak gie cucuk gaji aje... Padan dengan muka aku sekali lagi! Masa nak balik tu aku nak tahan teksi. Bila aku tengok ade warga asing depan aku tu tahan teksi pertama, aku pun terus aje nak dapatkan teksi kedua. Warga asing dua orang tu dok sibuk-sibuk memasukkan kotak tv yang baru dibeli ke dalam teksi. Itu bukan urusan aku. Tiba-tiba ade polis menahan aku. Ini dialognya.
Polis: Nak ke mana pulak ni?
Aku: Nak balik rumah le..
Polis: Permit! Permit!
Aku: Permit ape ni Encik? Saya orang Malaysia le..
Polis: Takde, takde, kalau macam tu IC, IC..
Aku: Ni ic (marah dan membara dah ni!)
Polis: Jalan! Jalan!

Adoi, nape la kena tahan sampai 2 kali ni? Mcm warga asingkah aku? Ataupun macam makhluk asing?

12 April 2011

Sebiji Onigiri vs Seketul Ikan Patin

Salam sayang kepada semua blogger tak kira di mana jua anda berada. Sudi-sudilah kalian menjengok dan membaca enti di blog kesayangan aku ni ye..

Hari ni aku terpanggil untuk menulis tentang makanan yang diedarkan kepada mangsa tsunami di Jepun. Makanan yang aku maksudkan ialah ONIGIRI. Macam sedap pulak aku tengok bila kerjasama yang dilakukan oleh sukarelawan di Jepun dalam menyediakan makanan ni. Sebelum tu, semalam berita di kaca televisyen memaparkan negara Matahari Terbit sekali lagi dilanda gegaran setelah sebulan dilanda tsunami. Amaran tsunami terpaksa dikeluarkan selepas sejam berlakunya gegaran. Namun alhamdulillah tiada kerosakan harta-benda dan nyawa terkorban dalam gegaran kali ini.

Hari ni aku terasa nak berkongsi sedikit resepi yang aku kutip dalam beberap siri jelajah blog. Baru aku tahu, onigiri tu sebenarnya nasi kepal ataupun rice ball. Banyak blog yang aku jelajah untuk mencari resepi dan cara-cara menyediakan onigiri ni. Nanti di bawah entri ni aku sertakan alamat blog yang menrangkan dengan lebih lanjut mengenai bahan-bahan dan cara-cara menyediakan onigiri.

Aku memang tabik spring kepada semua sukarelawan yang bertungkus-lumus menyediakan onigiri untuk mangsa-mangsa tsunami. Kalau di negara kita Malaysia, ibarat memberi sesuap nasi bagi meringankan beban orang yang kurang upaya. Dalam Majalah3 minggu lepas ada menunjukkan liputan mangsa-mangsa tsunami, keadaan rumah dan bantuan oleh Kelab Putera 1Malaysia. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang begitu prihatin. Dalam rancangan ni sempat jugak ditunjukkan wartawan Majalah 3 yang sempat membuat liputan penyediaan onigiri.

Dah abis cerita tentang onigiri, hari ni terdengar pulak cerita tentang ikan patin di corong radio pagi tadi. Ada sebuah akhbar melaporkan tentang sekumpulan 50 orang makan di sebuah gerai (tak pasti lokasinya, tapi mungkin sebelah Pahang dek kerana terkenal ngan ikan patinnya) yang menyediakan juadah ikan patin, ulam-ulaman dikenakan bayaran RM13,000. Ha! Kalau aku yang makan, mahu aja aku muntahkan balik aja ikan tu.. Nape yang mahal sangat?? Kiranya seorang makan dengan harga RM260, harga ni dah menyamai bayaran bil telefon aku selama dua bulan. Kalau la anda di tempat orang yang dikenakan RM13,000 tu macam mana nak tanganinya? Pelik-pelik, sebiji onigiri vs seketul ikan patin.

Kalau anda nak cuba resepi onigiri dan cara menyediakan onigiri ada di sini http://www.buatonigiri.zoomshare.com atau di http://blogged.my/gotopingbar

11 April 2011

Sedikit Rasa Kekesalan...

Salam kepada semua blogger.
Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi menyokong usaha aku untuk berkongsi cerita di blog kesayangan ni? Terima kasih kepada semua yang sudi follow blog BicaraQaseh. Hari ni (Minggu ni) aku nak berkongsi cerita dan pengalaman mengenai KECUAIAN.

Bukan nak menunding jari kepada sesiapapun, bukan nak kata diri aku ni perfect dan tak pernah cuai. Tapi di sini aku sekadar menulis utk kebaikan semua dan jadi pengajaran buat diri aku sendiri. Semalam bila aku sampai kat rumah, ade kereta parking nun depan pagar aku yang antik. Nape la tak perking aje kat dlm kawasan rumah aku, bukan kena bayar pun. Sebagai pemandu berhemah (berhemah konon, Encik Suami selalu mengingatkan aku tentang statistik kemalangan yang kerap kali melibatkan aku), beberapa kali aku mengundur (reverse) kereta ke depan dan ke belakang agar dapat mengelakkan kerete orang tu dilanggar. Marah jugak la, tapi aku tak tunjuk. Bila nak masuk kat porch tu anak-anak dah meluru.. Apa lagi aku siap buat isyarat tangan supaya anak-anak tak mengikut kereta aku yang masih bergerak. Takut terlanggar sebenarnya. Budak-budak bukannya tahu.. yang tahu mama diorang balik, mesti belikan ape-ape.

Gambar Hiasan
Rupa-rupanya orang yang parking kereta kat luar tu customer (mcm kontraktor pulak!) nak beli bumbung terpakai yang tersadai di depan rumah aku tu. Alhamdulillah.. Settled bab customer tu, aku pun masuk rumah. Bibik pulak bagitahu aku tentang berita yang tak baik.. Beritanya ialah TUDUNG ARIANI BIRU yang dihadiahkan oleh kawan aku dari Sabah terkena warna tudung yang baru aku beli di Jalan TAR minggu lepas. Berderau jugak darah ni, mana tidaknya aku ni ade satu tudung aje yang jenamanya Ariani, yang lain semuanya cap Jalan TAR, pasar malam Paya Jaras dan The Store. Nape la..hang (keluar dah bahasa Penang aku) rendam sekali dah tahu tudung tu baru aje aku beli. Selamat le tudung Ariani aku tu. Habis kat awning tu ade tompok2 merah. Boleh dia jawab takpe nanti kita gantikan dengan kain lain. Senang aje jawabnya. Tu tudung kawan aku yang bagi tau! Dah le pagi tadi aku tengok seterika tak tutup. Slamba lagi jawab baru aje bu, baru malam tadi tak tutup. Waktu kau jawab tu pukul berapa? Pukul 6:00 pagi! Adoi! kalau terbakar rumah aku dengan kau sekali terbakar tahu tak? Macam ni nak mintak naik gaji?

Hari selepas kejadian ni (Jumaat lepas) sekali lagi darah aku naik (mungkin sampai ke tahap maksima). Ape tidaknya, pekerja yang mengutip timun tu menyusahkan hidup aku. Dah beberapa tak datang, aku yang terpaksa mengutip sehingga ke senja, pergi jual hingga ke pukul 10:00 malam. Ni dah datang tapi tetap menyusahkan hidup aku. Kenapa la korang letak timun atas simen. Berapa kali aku dah bagitau, timun cepat rosak kalau letak kat simen. Bila aku cakap, korang (Maskur, kawan Maskur dan bibik aku) bercakap dalam bahasa Jawa, mesti mengata kat aku le tu.. Jadi malam ni timun2 aku tu memang tak boleh jual langsung kecuali 10kg aje, yang lain aku bagi free aje kat orang (lebih daripada 30kg).

Gambar Hiasan
Kejadian macam ni boleh aku simpulkan. Kebaikan tidak semestinya dibalas kebaikan. Aku ingat dengan berbuat baik kat orang, orang akan membalas kebaikan kepada aku. Salah sama sekali. Aku cuma berdoa agar korang (termasuk bibik aku sekali) kembali merenungi nasib korang yang dilayan dengan baik semasa berada di Malaysia. Korang dapat bekerja dengan majikan seperti aku (tak kisah  kalau korang selalu bangun tidur lebih lambat dari aku), korang dapat duit dengan banyak dan dapat membuat kerja sampingan (menjahit dan sebagainya), korang dapat makan dan minum percuma. Kepada pekerja Encik Suami pulak, korang tu orang alim, semua orang kampung kenal tentang keilmuan korang, tapi jangan buat kerja semata-mata nak dapatkan uang (duit) saja. Korang tahukan bahawa rezeki tu dari Allah. Sendiri fikir-fikirkan bahawa korang sangat bertuah menumpang kasih di bumi Malaysia. Bukan anti kepada warga serumpun, cuma sedikit rasa kekesalan..

6 April 2011

Kisah yang Mesti Dibaca!

Salam sayang kepada semua rakan blogger.
Setiap hari menanam azam untuk menulis entri dengan kadar yang cepat. Semangat tinggi nak tulis dan nak pos sekurang-kurangnya satu entri. Tapi tak berdaya dah pun.. Penat sangat, kat opis keje bertimbun-timbun, balik rumah lagi banyak kerja. Hari ni tak nak cerita keje-keje kat opis. Nak berkongsi cerita tentang hari semalam, cerita yang menarik untuk dibaca.

Aku balik rumah macam biasa. Hari ni sempat singgah di pasar malam. Sebabnya puteri-puteri aku tu tidur, so tak pergi mengaji le jawabnya. Jadi mama ni sempat le pegi pasar malam. Beli nasi dagang dan yong taufu (betul ke ejaan mcm ni?). Anak-anak aku suka makan yong taufu ni.. (bukan semua yang dimakan, cuma makan sosej, crab ball dan fish ball aje). Jadi orang yang menjual ni dah kenal benar dengan aku. Lepas tu aku pun bali ke rumah. Sampai aje rumah, cepat-cepat tukar uniform (hahaha nak ke kebun timun la, takkan nak pakai baju opis kot...) Hari ni saja bibik aku dah jual 12kg. Ade orang datang ke rumah, so bibik aku le yang ke  petik timun tu. Aku pun meneruskan aktiviti memetik timun..Dapat dalam 23kg lebih.. 16kg aje yang cantik-cantik, yang lain kecik-kecik aja. 10kg aku hantar ke restoran kat area Rahman Putra, dan 6kg lagi aku hantar ke kedai sebelah rumah aku.

Aku membawa 3 puteri-puteri kesayangan menjual timun di area Rahman Putra tu. Masa balik, traffic light tu merah. Aku pun dengan selamba memintas ke jalan lain yang membolehkan aku sampai ke rumah dengan cepat. Bila melihat aku membelokkan kereta ke jalan lain, Angah sibuk menanya "Eh, mama nak gie mana ni?" Belum sempat aku jawab Kakak menjawab bagi pihak aku "Mama nak balik rumah le, mama nak cepat sampai.. tu yang mama ikut jalan ni".

Angah tak puas hati lagi.."Iye la, tapi kenapa mama lalu jalan ni?" Aku pun menjawab "Kan tadi lampu merah, tu yang mama lalu jalan ni". Angah dan Kakak dah tak tanya lagi. Tapi sibuk bernasyid dan cukup menginsafkan mama yang sedang memandu. Adik tak ambil kisah sibuk menyanyi lagu yang entah apa-apa. Mungkin anak-anak aku tak perasan lagu diorang tu mcm menyindir mama diorang yang dah melanggar lampu isyarat tadi. "Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu, tapi tak pula sanggup ke nerakamu..." Ni la bait-bait kata yang dinyanyikan oleh anak-anak aku semasa mamanya tidak mematuhi lampu isyarat yang merah tu. Moral of the story jangan langgar lampu isyarat, jangan tunjuk contoh yang tak baik kat anak-anak.

3 Little Princess

Charlies Angel
Habislah cerita satu bab yang menginsafkan jiwa dan raga tu. Ni kisah pada malam harinya pulak. Kakak dah menyiapkan homework untuk hari ni. Ada 4 semuanya, 1 Maths, 2 English dan 1 BM. Ade 2 buku tu aku yang terpaksa guide dia buat homework tu. Mana tidaknya, kena bina ayat. BM dan BI tu masing-masing kena bina ayat. Mama masa darjah 1 ke darjah 2 baru tahu nak bina ayat tu pun setelah cikgu yang ajar berkali-kali. Ni budah baru 6 thn dah kena buat ayat. BM tu perkataan yang perlu dibuat ayat - suap, daun, paip, tiup, main. BI pulak words yang diberi - mill, pill, hill, hop, top).

Abis aje keje sekolah, Kakak cakap kat aku "Mama boleh tak kakak nak tukar nama sebab nama kakak panjang sangat.." Sudah la kali ni. "Nape pulak kakak? Kakak nak nama apa?" Aku bertanya. "Kakak nak letak nama Farhana nama mcm kawan Angah". Entah sebab apa suka sangat ngan nama Farhana. Angah pulak marah-marah sebab kakak nak guna nama kawan dia. Macam-macam dengan budak-budak sekarang ni.. Aku pun memberi jawapan nak cover lin satu dan supaya kakak tak bertanya lagi. "Nama kakak kan sedap dah mama dan ayah bagi.. Annisa Nasuha, panggil Anis. Sekarang tak boleh tukar nama dah sebab kakak dah besar. Kalau ade dalam perut mama, boleh la tukar nama tu". Jawapan aku kali ni mungkin boleh diterima pakai. Dia pun menjawab "Ooo, kalau nanti mama ade baby lagi mama boleh tukar2 nama baby ye sebab masih dalam perut mama lagi kan?" Mana-manalah wahai anak-anak mama..
Top Princess

4 April 2011

Naik Gaji Lagi?

Salam kepada semua blogger-blogger tidak kira di mana jua anda berada. Di Malaysia, Indonesia, China, Australia, Rusia, Thailand serta pelosok dunia.

Hari ni aku sekadar nak berkongsi cerita ngan anda terutama yang mempunyai pembantu rumah atau lebih tepat lagi 'BIBIK'. Bukan nak memburukkan sesiapa tapi cuma ada sedikit rasa kesal dan kecewa ngan sikap pembantu rumah. Senang cerita la, pembantu rumah aku sendiri, bibik akulah ceritanya. Bibik aku ni dah bekerja ngan aku sejak 2006 lagi, dah masuk tahun kelima ngan aku. Tahun pertama dan kedua gaji yang aku bagi kat dia RM400. Masa ni aku ada anak sorang baru. Tahun ketiga naik RM50, tahun keempat naik lagi RM50, dah jadi RM500. Tahun ketiga aku dapat anak, tahun keempat aku beranak lagi sorang. Masa tu aku dok kat apartment 3 bilik aje. Pastu bila dah nak pindah ke rumah baru, kiranya tahun lepas le, dia mintak naikkan RM100 lagi. Hah sekarang gaji dia dah RM600. Sekarang ni  (bln 7) nanti, dia nak sambung lagi setahun, dengan selamba saja mintak nak naikkan lagi RM100. Amboi2 senangnya dia. Sebelum mintak naikkan gaji kena fikir betul2. Di sini aku senaraikan sebab-sebab aku tak nak naikkan gaji dia (aku dah cakap kalau nak naik pun maybe RM50).

Sebab Musabab Nak Kekalkan Gaji Bibik pada Kadar RM600:
  1. Aku dah belikan mesin jahit, dia boleh menerima tempahan daripada kawan-kawan aku. Kat sini 10 sen pun aku tak ambik (Dah boleh cari pendapatan tambahan)
  2. Dia bangun lebih lambat drpd aku. Boleh kira berapa hari sangat dia bangun awal dari aku. (Boleh ke dia nak cari majikan mcm ni lagi?)
  3. Kos hidupkan permit dia tak pernah aku mintak. Aku tak pernah potong gaji dia pun. (Orang lain dah lama potong pun)
  4. Tiket flight dia selama ni pun aku bagi free aje. (Sekali lagi aku tak pernah potong gaji dia lagi)
  5. Makan minum dia aku tanggung.
  6. Dia tak pernah masak untuk kami sekeluarga kecuali bila mak dan abah aku datang, tu pun baru tahun ni mak dan abah aku datang rumah kami!)
  7. Mop lantai pun sekali seminggu.
  8. Mesin basuh dan iron aku dah beberapa kali rosak. (Belum aku kira masa dok di apartment tu berapa kali tombol pintu rosak, berapa kali ntah sinki aku tersembat gara-gara dia!)
  9. Pernah cuai dlm menjalankan tugas, lalai dan menyebabkan anak kedua aku terkena air panas (nasib baik takde meninggalkan parut, kalau tak dah lama aku tak sambung permit dia!)
  10. Mengemas dengan ala kadar sahaja (Rumah aku mcm takde bibik aje sebabnya bibik aku kemas ala kadar, jadi kalau anda datang rumah aku jgn terkejut melihat pen, buku kat atas rak kasut, botol racun serangga di deretan rak pinggan, getah rambut anak2 aku penuh kat atas fridge - belum lagi kes pewangi kereta dok dlm fridge sbb nampak gamabr lemon disangkakan makanan!)
Ini beberapa alasan kukuh yang aku paling suka ngan bibik aku ni:
  1. Dia pandai menjahit, so upah baju aku dah save sikit melainkan jahit tepi aje kat luar.
  2. Suka-duka aku takde orang lain nak dengar melainkan dia sebab dia orang terdekat yang tinggal ngan aku.
  3. Kalau sakit, dia memang pandai mengurut.
  4. Anak-anak aku suka kat dia walaupun selalu mereka selalu kena marah sebab menyepahkan barang-barang dan selalu menumpahkan air.


Bibik aku bersama puteri-puteri kesayanganku masa di Palace of Golden Horses

Bibik ngan mak aku @ Bukit Bendera, Penang

Bibik, aku dan anak-anak @ I-City, Shah Alam
Jadi kalau anda berada di tempat aku, bagaimana nak selesaikan masalah ni. Aku dah berterus terang kalau nak naikkan gaji dia cuma RM50 aje tau. Kalau diikutkan senarai tu, memang banyak yang tak baik daripada yang baik. Tapi kalau secara jujurnya aku tak kisah mcm mana dia pun. Janji tak bawak anak aku lari sudah. Apa-apa pun bibik, aku harap kalau nak mintak naik gaji, kena waras sikit dong! Logik akal la sikit. "Orang memberi, kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa". Ermm.. tahu ke tidak pantun ni kalau aku kata kat dia ni????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy