26 Oktober 2010

Mencari Redha Ilahi

Teringat tazkirah semalam yang disampaikan oleh teman di opis aku. Teringat jugak tazkirah yang disampaikan oleh beliau sebelum ini. Memang susah nak jadi isteri solehah dan mithali. Terdetik insaf jugak kat hati aku ni.. Untuk mendapat keredhaan Ilahi kenalah dapat kerehaan suami. Kalau suami kita tak redha ibadat kita tak diterima.

Sekadar nak berkongsi tentang tazkirah tu.. Apa yang aku ingat, isteri mesti minta izin suami kalau nak ke mana-mana. Tapi kalau dah menjadi rutin seperti bekerja tu tak perlu le nak minta izin tiap-tiap hari. Memadailah dengan sekali. Isteri mestilah memberi kebahagian kepada suami. Manis muka dengan suami dapat pahala. Kalau diikutkan memang banyak cara nak dapat pahala.. Nak atau tak nak sahaja. Bila difikirkan kadang-kadang tu rutin harian kita sebagai isteri membuatkan kita rasa terbeban. Seba serbi nak dibuat. Keadaan ni membuatkan tindak tanduk kita dikuasai oleh emosi dan dilakukan dengan tension.

Cerita-ceriti ni memang pengalaman aku sendiri. Suami aku bekerja 2 minggu di pelantar minyak. 2 minggu lagi dia cuti maksudnya ade di rumah. Kalau ikutkan rutin memasak aku 2 minggu aje. Tapi kalau malas mengusai diri tu, mula le aku memasak dengan keadaan terpaksa, tak ada keikhlasan. Waktu memasak tanpa keikhlasan tu akan menyebabkan tangan aku terkena kuali le, rempah tertumpah le.. Memang betul kalau bekerja tu kena ikhlas tambah2 kalau masak untuk suami atau anak2.

Selain itu jugak dalam tazkirah tu ada disentuh, suami dan isteri mesti bergurau senda. Nak bergurau macam mana kalau si isteri tu garang mcm harimau. Aku cakap bagi diri sendiri ni.. Kadang-kadang nada suami bergurau itu aku ingat perkara serius. Dari bergurau dah mcm nak bergaduh pulak. Banyak lagi kalau nak dikongsi. Aku pun cuba belajar dan mempraktikkan apa yang dapat membantu aku menjadi isteri yang baik di mata suami. Nak masuk syurga.. Semoga aku mampu menjadi isteri solehah, mama yang baik kepada anak2 dan anak yang mentaati kedua ibu bapa dan menantu yang baik. AMIN.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy