31 Mei 2011

Hari Lahir ke-33

Salam kepada semua rakan-rakan blogger especially kepada sesape yang sudi singgah di Blog BicaraQaseh.
Nak update citer semalam. Semalam (30 Mei 2011) genaplah umur aku 33 tahun (dah tua ye..). Anak pun dah 3. Memang sesuai sgtlah..Bukannya apa, semalam ramai jugak yang wishes kat Facebook. Bagus jugak FB ni sebab meenyenangkan dalam banyak aspek, sebagai reminder, sebagai medium perhubungan, medan perniagaan dan macam-macam lagi. Kita ambik yang positif aje, yang negatif, yang kuning, biru, hijau atau lain-lain kita boikot tau!. Aku dari dulu lagi sejak tahu apa itu hari lahir memang sedih la bila time birthday.. (sentimental la pulak..) Bukan apa, bila sampai aje tarikh 30 Mei, mesti orang akan ingat.. tapi bukan ingat tarikh lahir aku ye.. tapi ingat cuti sekolah. Cuti sekolah kerap kali jatuh pada hari lahir aku.. So, orang akan lupa le.. Birthday semalam pun mcm biasa aje..

Terima kasih kepada semua yang mengingati aku..
Encik Suami takde, gie keje (wish birthday kat telefon, bukan orang pertama yang wish). Encik Suami, mana present? Lupa ke? Ke buat-buat lupa? Masa bercinta dulu, mama dapat kek, dapat roses lagi.. Kalau skrg dapat roses pun mama tak kisah janji jgn tunjuk roses dalam majalah udah le.. Anak aku yang sulung lagi kelakar.. Dari hari Ahad nak belikan hadiah kat aku.. Sebelum-sebelum ni pun dia pernah sebut nak beli hadiah kat mama ni sebab mama diaorang selalu menyebut "nanti birthday mama, jgn lupa beli hadiah"..Hehehe. Ni dialog aku sebelum-sebelum ni (dua minggu lepas) ngan si anak aku yang sulung..

Mama: Nanti birthday mama.. Sape nak beli hadiah kat mama?
Anak-anak: Saye! (tiga-tiga mesti angkat tangan punye sbb tak nak kalah..
Mama: Kakak nak beli ape?
Kakak: Nanti kakak besar, kakak belikan mama 4 kereta.. Angah pun sama beli 4 kereta kat mama (Kakak mewakili Angah)
Mama: Best nya.. mesti seronok dapat bawa kete lain-lain tiap2 hari sebab ada 8 kete..

Di bawah ni pulak dialog pada hari Ahad yang lepas..
Kakak: Mama, nanti kakak belikan hadiah kat mama..
Mama: Kakak nak beli ape kat mama?
Kakak: Beli hadiah la sebab Happy Birthday mama..
Mama: Ooo.. nanti tunggu ayah balik ye?
Kakak: Tak le, esok kakak beli le..
Mama: Kakak ade duit ke nak beli hadiah kat mama..
Kakak: Ade seringgit aje, takpe la kakak pinjam kat bibik le..

Anak-anak memang macam-macam karenahnya. Semalam kakak tak belikan mama dia ape-ape pun..Sebaliknya mamanya membawa semua anak-anak ke PMC. Kakak demam le.. 39 darjah celcius. Kesiannya anak mama..

Kandungan Luar Rahim..

Salam sayang untuk semua blogger.
Aduh! Sakitnya perut.. Kalau korang tengok tajuk entri tu, mesti korang ingat anak-anak aku yang dilanda kekembungan. Bukan anak-anak tapi mama diaorang... Macam nak tercabut jugak nyawa ni menahan sakit pagi tadi..(3.52 pagi) Kejadian ni minggu lepas..tak sempat nak publish... Tiba-tiba aja perut rasa ditarik-tarik, nak buang angin tak boleh. Menahan kesakitan sorang-sorang, tengok anak-anak lena diulit mimpi mungkin. Aku mengambil balm panas menyapu di perut sendiri. Akhirnya terlena sampai k pukul 6.00 pagi. Bangun mandi dan pegi keje macam biasa. Kalau ikutkan perut yang sakit ni.. memang tak nak gie opis..ditambah dengan cuca hujan lagi.. Tarik selimut memang best ni..Orang kata kalau kita sentiasa berfikiran positif, mesti sepanjang hari kita aka menjadi ceria dan positif jugak. Kembung perut sikit aje, kalau boleh berjalan, boleh makan kiranya ok lagi le tu..(Cuba positifkan diri, motivasi diri sendiri).

Bila sakit perut macam ni teringat peristiwa 22/3/2008. Masa ni aku pregnant anak ketiga, usia kandungan baru 2 bulan. Angah kecik lagi masa ni.. rasanya 1 thn ++ aje.. Masa disahkan pregnant tu, aku memang panik habis, apa tidaknya baru aje lepas caesarian kat Angah dah pregnant pulak. Kalau caesar at least 3 thn baru boleh pregnant balik. Bila aku rasa pening kepala berpusing-pusing, memang pregnant le tu. Tapi masa pening tu konon-konon tak nak menerima kenyataan diri dah berbadan dua. Aku gie klinik, mula-mula samar-samar aja keputusannya, tapi akhirnya doktor mengesahkan aku hamil. Masa tu jalan macam tak berpijak di bumi yang nyata. Memandangkan aku dah berbadan dua terus aja aku ke PMC (Putra Medical Centre).. Tak nak ke hospital kerajaan (takut dimarah oleh doktor sebab "termengandung"-buleh ke istilah ni?) Doktor kat PMC rileks aje, jadi aku pun tak la panik sangat menjalani rawatan sepanjang proses kehamilan kali ketiga.

Namun pada tarikh yang aku katakan tadi, aku mengalami sakit perut yang tak dapat aku gambarkan. Kalau bleeding mungkin tanda-tanda keguguran. Perut kembung takleh nak keluar angin. Dah minum ENO, tak jalan jugak, minum air bergas pun macam tu jugak..Nasib baik masa tu Encik Suami ada. Malam tu keadaan aku bertambah teruk, dan Encik Suami terpaksa memapah aku ke klinik. Doktor pun membuat CTC scan, tapi tak pasti sangat punca yang menyebabkan aku sakit. Keesokan harinya aku sekali lagi discan oleh Pakar Scan. Keputusannya aku didapati mengandung luar rahim dan juga berkemungkinan satu janin lagi berada di dalam rahim. Doktor pada masa tu berkata kejadian ni jarang-jarang berlaku 1:10,000. Memandangkan tiroid aku tinggi, doktor di PMC tak nak mengambil risiko. Aku dihantar ke hospital kerajaan. Di sana, aku dimarah habis oleh doktor. Macam-macam dikatanya aku ni.. salah satunya, ada pelajaran, bekerja tapi tak pandai nak plan utk pregnant. "Oii.. doktor, aku pun tak sangka nak jadi macam ni.."(Merungut dalam hati aje ni!).

Akhirnya aku dibedah dan satu tiub fallopian aku dah pecah dek kerana kandungan luar rahim. Dan akhirnya juga tiub fallopian sebelah kiri aku terpaksa dibuang. Kes ni dikira mcm keguguran le.. Aku dapat mc 45 hari.. Sblm discharge, aku suruh doktor scan dulu memandangkan doktor di PMC kata berkemungkinan aku pregnant kembar, satu di dalam rahim satu di luar rahim.. Tapi doktor tu degil.. Macam ni dialog dia ngan aku.
Aku: Doktor, tak nak scan dulu ke, saya nak pastikan baby saya yang dlm rahim tu..
Doktor1: Puan, takde ape nak scan lagi.. tiub fallopian puan dah pecah kami dah buang pun..
Doktor2: Ye puan, puan dah takde baby lagi..puan dikira seperti keguguran la..

Akhirnya aku discharge tanpa discan dulu..Aku balik kampung dengan gaya orang lepas keguguran la.. yang menjadi kemusyikilan, naluri aku tu lain. Selera tu tak macam org berpantang.. Nak makan limau masam, dan yang paling pelik aku siap masak tom yam lagi.. Mak aku dah marah-marah.. Katanya orang berpantang boleh makan mcm tu ke? Hehehe.. dah selamat 45 hari aku balik ke KL.. Aku ke PMC sekali lagi.. dan setelah discan, apa yang terjadi???
Doktor: Alhamdulillah, baby puan sihat..dah 3 bln lebih ni..
Aku: terlopong.. baby?
Doktor: ye baby puan dalam rahim ni..

Cuai betul doktor di hospital tu. Memang sah aku pregnant twin.. Kejadian ni 1:10,000.. Maha Suci Allah yang Menciptakan Manusia..hamba Allah yang sebaik-baik ciptaan-Nya.. Alhamdulillah.. aku melahirkan seorang bayi perempuan yang sempurna pada 9 November 2008.. Adriana Nadrah (3.7kg - caesarian).

25 Mei 2011

Demam Lagi...

Salam kepada semua blogger.
Bagaimana dengan hari anda? Aku harapkan semuanya berjalan lancar. Semalam aku menghantar Encik Suami ke KL Sentral, kejap aje 2 minggu. Encik Suami dah balik bekerja.. Anak-anak aku mcm berat aje nak melepaskan ayah kesayang mereka pergi keje. Aku pun sama jugak, tapi nak buat macam mana begitu kejenya.. dua minggu di darat, dua minggu di laut.. (Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk abang). Anak-anak lepas balik aje dari menghantar ayahnya, macam dah menjadi satu rutin pulak, mesti nak singgah ke stesen minyak.. mcm shopping aje kat stesen minyak tu! Macam-macam nak dibeli terutama sekali air yogurt Bliss tu (memang dah menjadi kewajipan pun..) Lepas tu ambik chocolairs, Rocky..dan bla..bla.. bla.. Nak buat macam mana.. nama pun anak-anak. Tapi aku betul-betul konpius anak-anak aku yang 3 orang ni, jarang sekali nak mintak yang bukan-bukan dengan ayahnya. Balik-balik duit mama jugak yang dimintak. Memang aku dah buat kajian ni dah lama.. memang jarang sekali nak mintak ayah belikan permainan ke, buku ke atau ape-ape ajelah.. Kalau dengan mama yang garang macam singa ni jugak la yang nak beli macam-macam.. Kenapa ya???

Berbalik kepada cerita demam ni.. pagi tadi aku pegang dahi Adik (anak aku yang bongsu), panas! Demam agaknya.. Baru minggu lepas Angah demam sampai 2 hari tak gie sekolah. Adik pun aku rasa dua minggu lepas dah demam.. Anak-anak aku selalu akan demam di kala ayahnya balik bekerja. Ermm.. mungkin rindu kot kat ayah dia.. Atau mungkin nak bagi mama dia belajar lebih banyak erti kesabaran menjadi ibu dan ayah selama dua minggu. Memang terasa beratnya bila anak-anak demam, batuk, selsema.. Biasanya kalau sorang dah kena, mesti kesti ketiga-tiga orang sekali demam.. Selalunya budak-budak kalau dah demam, mesti muntah. Bab ni memang menguji betul kesabaran.. Mana tidaknya, terpaksa bangun, tukar baju anak, buka cadar lagi.. Memang sering terjaga..

Masih aku teringat lagi masa anak aku si Kakak (anak yang sulung) kecik-kecik. Dia memang kerap demam. Sampaikan aku menangis kat mak aku di kampung. Memang susah hati sangat sebab anak aku kerap demam. Masa tu aku belum ada bibik lagi.. Aku hantar kakak ke nursery, pastu hantar ke rumah pengasuh kat depan rumah aku aje. Masa di rumah pengasuh ni Kakak memang kerap demam, yang aku tak tahannya si pengasuh tu boleh cakap kat aku anak aku busuk sebab selsema.. Hati ibu mana tak sedih bila ada orang cakap macam tu kat anak sendiri. Kalau ikutkan hati aku mahu aja aku ungkit segala kesusahan yang dia buat kat aku. Selalu bercuti tak kira masa, ambik susu anak aku bagi kat anak dia.. ubat tu jangan cakap la..aku bukan nak kata aku ni bagus sangat tapi aku akan pastikan anak aku dapat rawatan dari klinik setiap kali dia demam ke sakit ke.. Tak kira kalau setiap kali ambik ubat tu harganya kedang-kadang mencecah lebih RM100. Bila aku gie keje, si pengasuh tu akan mesej kat aku "Mama Anis, saya ambik ubat anak awak sikit untuk anak saya".. Buleh pulak macam tu..Kalau bab bayaran mengasuh, selalu ambik advance.. Belum lagi tengah bulan dah mintak gaji.. Adoi..

Atas alasan itu, aku akhirnya mengambil pembantu rumah. Biarpun tua, alhamdulillah dia menjaga anak-anak aku dengan baik. Biar pun kadang-kadang tu aku rasa tak puas hati dengan keje-ke yang dilakukan agak menyakitkan mata, aku pasrah dan redha aja. Janji anak-anak aku sihat dan bulat-bulat lagi. Janji takde orang kata kat anak aku yang bukan-bukan. Alhamdulillah, anak aku baik Kakak, Angah dan Adik jarang-jarang kena demam atau batuk yang teruk. Tapi dalam setahun tu buleh dikira la kalau nak demam serentak tu jarang.. kalau cuaca yang panas atau tak menentu mesti budak-budak kena demam. Kalau di kampung, mesti ada saja petua yang digunakan untuk mengurangkan panas atau demam. Antaranya daun raya yang di ramas-ramas dan diletakkan di kepala, daun setawar pun sama jugak. Kalau mak aku mesti dah rebus barli yang dicampur dengan halwa kundur. Semoga anak aku cepat sembuh, minggu depan nak balik kampung.. Permatang Ara, Sungai Bakap!.Seronoknya..

19 Mei 2011

Hujung Minggu yang Sibuk

Sayang sayang kepada semua blogger.
Hajat di hati setinggi gunung, nak kemas kini entri setiap hari.. Tapi apakan daya.. banyak halangan daripada kecekalan.. Minggu lepas, minggu yang sibuk dan minggu yang buat-buat sibuk. Hahaha.. Sebenarnya minggu lepas, ada agenda kenduri kahwin. Adik ipar aku dah selamat melangsungkan perkahwinan. Tahniah dan ucapan Selamat Pengantin Baru untuk Nurul Syima dan Badrul Hisyam. Biasa le kalau dah kenduri kendara, mesti letihnya tak habis sehari dua, aku mengambil kesempatan bercuti pada hari Jumaat dan Isnin (dapat cuti 5 hari sekali termasuk Hari Wesak). Kenduri-kendaranya pada hari Sabtu.. masing-masing ada tugas.. Semua bertungkus-lumus memastikan agenda penting ini berjalan dengan sempurna. Baik adik-beradik, ipar-duai mahupun anak buah semua sibuk melayan tetamu Raja Sehari..

Renjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar, hai beras pulut ditabur...
Cerita kenduri kahwin abis pada hari Sabtu. Menyusul pulak agenda Family Day Smart ReaderKids pada hari berikutnya iaitu pada hari Ahad. Penat kenduri belum habis, sambung pulak dengan agenda hari keluarga ni.. Agenda ini berlangsung di Sapura Smart School, berhampiran dengan Lapangan Terbang Subang. Pagi-pagi dah ke sana, aku dan Encik Suami membawa semua anak. Kakak memang excited habis sebabnya Encik Suami dah belikan sport shoes baru untuk dia. Bila sampai ke sana, aku tengok kebanyakan budak memakai kasut Smart Reader aja. Sebenarnya bukan nak beli sangat pun kasut baru kat Kakak, tapi memang terpaksa beli memandangkan kasut sekolahnya sudah rosak (sengaja rosakkan semasa menggunakan treadmill). Family Day ni diisi dengan acara sukaneka antara students dan parents. Kakak memang happy sebab dapat turut serta dalam pelbagai acara. Tahun lepas tak berkesempatan sebab wabak H1N1 yang melanda negara. Acara pertama perbarisan student 3 & 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Lepas tu perfomances show mengikut kategori umur jugak. Kakak memang suka bab-bab menari ni.. tambah-tambah bila dia diletakkan di barisan paling hadapan.  

Bila masuk acara sukaneka antara students dan parents, anak-anak aku yang lain mula buat perangai... Dah letih dan mengantuk le jawabnya.. Maklum la letih semalam belum habis, hari ni mama dia orang kejutkan awal pulak.. Niat di hati tu memang aku tak nak bawak pun Angah dan Adik, tapi bila ayahnya beria-ia nak bawak, jawabnya kena bangun awal le. Aku tak ingat berap kali Angah dan Adik kena cubit. Encik Suami tenang aje walaupun anaknya dah bagi videocam jatuh. Aku seperti biasa, darah dah menyirap ke seluruh jiwa dan raga.. cepat aje tangan ni nak mencubit anak-anak yang membuat perangai bermacam-macam ragam tu.. Kalah menang dalam pertandingan tak dikira, semua students dapat bawak balik piala. Budak-budak memang happy la, kalau kalah pun dapat piala. Balik tu, sempat singgah di McD, Mutiara Damansara. Pastu jalan-jalan cuci mata di Courts yang terletak bersebelahan dengan McD.. Encik Suami mula memasang angan-angan nak membeli sofa baru.. Apakah angan-angannya menjadi kenyataan? Ikuti sambungan kisah sofa pada entri akan datang (ada lagi ke story tentang sofa untuk diceritakan? Ermm.. ada jangan lupa ikuti sambungannya tau!)


Inilah flower girl.. gadis yang bertungkus-lumus memberi goodies..

Ini mak lang dan mama yang enterframe..

Kakak paling kanan.. happy, happy, happy..


Kakak & Nana

Mood baik senyum sampai ke telinga

Kakak @ McD Mutiara Damansara

11 Mei 2011

Beralih Arah Ke Pokok Stevia

Salam sayang semanis madu untuk semua blogger.
Hari ni (Semalam) aku terpanggil untuk menulis tentang GULA. Bukan apa, pagi tadi semasa aku on the way ke opis terdengar dalam Buletin HotFM tentang kenaikan harga gula sebanyak 20 sen berkuatkuasa hari ni menjadikan gula berharga RM1.65 di Semenanjung Malaysia dan RM1.75 di Sabah serta Sarawak. Bukan nak marah dengan kenaikan harga gula tetapi nak mengajak semua rakan blogger, sahabat handai, rakan taulan untuk beralih dari pengambilan gula kepada daun pemanis iaitu Daun Stevia. Hari tu ade Majalah 3 tunjuk penanaman pokok stevia ni... Tapi tak pasti kat mana.. Kalau anda ade info tentang pokok stevia dan benihnya tolong maklumkan kat aku. Memang nak tanam pokok ni..

Tentang Gula
  • Gula merupakan punca utama tenanga untuk tubuh sama seperti karbohidrat
  • Gula tidak hanya diperoleh daripada partikel kecil berkilat tetapi dalam buah-buahan yang dikenali sebagai fruktosa dan dalam susu yang dipanggil laktosa
  • Juga disebut dengan nama lain yang terdapat dalam kandungan pemakanan misalnya glukosa, sukross (bahan pemanis) dan dektrosa (rasa manis dalam madu), maltosa, sirap glukosa, sirap maple, molases, sirap hitam, sirap kencana, sorbitol
Penyakit Disebabkan Gula Berlebihan
  • Diabetis
  • Darah tinggi
  • Buta
  • Kegagalan buah pinggang
  • Stroke
  • Sakit jantung
Tentang Pokok Stevia

Kalau anda nak mengetahui tentang apa itu pokok stevia dengan lebih lanjut anda boleh lihat di sini http://agrobiosolution.blospot.com . Marilah kita sama-sama menyokong kempen hidup sihat. dan yang lebih penting sekali ialah "Mencegah Lebih Baik Daripada Berubat" (Prevention Is Better Than Cure!)



Pokok Stevia

9 Mei 2011

Hadiah Hari Ibu

Salam kepada semua blogger.
Macam mana dengan sambutan Hari Ibu anda? Mesti ada yang menarik... Ada kejutan? Aku macam biasa saja. Tiada perkara yang menarik. Sambut Hari Ibu dengan anak-anak dan bibik aje. Suamiku macam biasa keje. Tapi ada perkara menarik untuk dikongsi tentang hari ibu. Semalam, aku memang takde plan yang menarik melainkan menjahit manik di rumah sambil mengajar Kakak membuat revision untuk exam pada hari ini. Memandangkan manik yang aku beli hari Jumaat lalu tak sama color ngan manik yang habis tu memaksa aku keluar ke kedai manik tu semula.

Aku pegi sorang sebab kalau dibawa budak yang tiga orang tu memang gamat kedai tu. Apa tidaknya, mama diaorang mesti bising.. Apa tidaknya.. ada saja barang-barang kat kedai tu nak disentuh, dibelek, dipegang.. Kalau pecah sape yang nak ganti... Belum lagi jumpa mesin jahit, mesti nak pegang.. Untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diduga dan diingini berlaku, keputusannya meninggalkan budak bertiga tu ngan bibik. Lebih kurang sejam jugak aku kat kedai tu, bukannya sebab aku mengambil masa yang panjang memilih manik, tetapi menunggu pekerja kedai tu menjahit tepi kain yang dikirim oleh bibik. Masa kat kedai tu dalam tempoh sejam tu, macam-macam orang aku tengok. Ada India, ada Cina dan ada Melayu. Kebanyakannya perempuan la.. semua sibuk memilih dan membeli hadiah.. Hari Ibu katakan. Mesti nak bagi hadiah kat ibu la tu!

Waktu tu terdetik kat hati aku, cepat le anak-anak besar nanti manalah tahu mama ni boleh dapat hadiah sempena Hari Ibu (cuma berharap..). Dalam masa aku menunggu tu, ada sorang pelanggan datang nak ambik bunga yang siap digubah. Memang cantik habis bunga-bunga tu (Orkid purple, bunga tiruan) digubah dengan ketinggian lebih daripada 1 meter tingginya (ketinggian termasuk pasu). Kata adik tu untuk emaknya sempena party petang nanti. Harga bunga tu RM200. Adik tu memilih sepasu bunga ros utih yang siap digubah dan ada dua ekor burung lagi.. Sangat cantik dengan harga RM100. Sempat aku berbual ngan adik tu, dia ada 14 orang adik beradik dan maknya ada 70 orang cucu! Terbeliak jugak mata aku ni.. Aku ni anak tunggal aje, kalau dengar orang ade adik-beradik lebih daripada 4 orang tu kira dah ramai apatah lagi 14 orang. Adik tu nak buat party untuk mak dia.. So sweet.. Aku bagi ape kat mak Penang..cuma menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu dalam talian telefon semalam.

Walau tidak memberi hadiah apa-apa, jasa mak dan abah akak aku kenang sampai bila-bila. Tidak terbalas jasa mak dan abah membesarkan aku, mendidik aku dan menjadikan aku belajar mengenal dunia ini. Terima kasih mak, Puan Cheam Yoke Eng@ Rohani Abdullah dan mak mentua aku Puan Kamariah Dollah Kanan. Selamat Hari Ibu!


Before I was a Mom, cid:MMVHOVISTJBZ.IMAGE_1.gif
I had never gotten up in the middle of the night
every 10 minutes to make sure all was okay .
I had never known the warmth, 
the joy,
the love,
the heartache,
the wonderment
or the satisfaction of being a Mom .
I didn't know I was capable of feeling so much,
before I was a Mom

8 Mei 2011

Cekal dan Tabah Menjadi Seorang Ibu...

Salam sayang untuk semua blogger. Terima kasih kerana sudi mengikuti kisah di blog kesayangan aku ni. Dah lama tak berkongsi entri baru. Konon-konon nak touch up blog supaya cantik.. last-last guna template lama semula..Akhirnya terpaksa akur bahawa aku bukan seorang pro dalam keje-keje mencantikkan blog. Sekadar yang termampu aje. Terima kasih kepada http://belog-cap-ayang.blogspot.com/, http://tutorialuntukblog.blogspot.com/ dan http://ciktom.com/ yang memberi banyak tips untuk kemudahan blogger terutamanya kepada aku yang baru bertatih dalam dunia blog. Tutorial, tip dan langkah-langkah tu kebanyakannya memang menjadi tetapi ada jugak yang tak menjadi.. (kalau tak menjadi tu, bukan salah tutorial tapi kesalahan diri sendiri.. copy and paste di merata-rata tempat.. Ahaks)

Aku harap walaupun blog aku tak secanggih blog orang lain mendapat tempat di hati pembaca semua. Aku budak baru belajar, kalau ade yang tak kena atau salah di mata pembaca blog ribuan keampunan aku pohon. Rajin-rajin tinggalkan komentar untuk blog ini ye... Entri kali ni aku tulis sempena hari ibu pada hujung minggu nanti (Hari ni le..!) . Aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU bagi semua yang bergelar ibu, bakal menjadi ibu dan tak lupa jugak kepada semua kaum hawa yang telah berumahtangga walaupun tidak menjadi ibu lagi (masa untuk bergelar ibu akan tiba...antara cepat atau lambat sahaja. Kuasa daripada Yang Maha Esa). Bila nak bercerita bab-bab ibu ni mula hati dilanda sedih, keinsafan mula meresap dalam setiap urat-urat darah ni..

Walau apa panggilan kepada insan yang bergelar ibu baik mak, mama, ibu, umi, bonda, emak semuanya sama sahaja. betul la Kasih Ibu Sampai Ke Syurga. Masa aku kecik dulu aku tak tahu perasaan insan yang bergelar ibu. Ada saja perlakuan yang mengguris perasaan mak (panggilan aku kepada ibu). Patut la mak pernah kata, "Kalau aku tahu la besaq-besaq nak nakal, masa kecik dulu dah lama aku cekik bagi mati". Seingat aku dah berapa banyak hanger yang patah dan dah berapa rotan yang hilang gara-gara dirotan oleh mak. Mak aku memang garang habis... (Mungkin aku pun mengikut jejak langkah mak jugak..)

Seingat aku lagi, perasaan yang tak dapat aku nak gambarkan saat nak bergelar ibu pada kali pertama... Memang masa tu insaf seinsafnya... Aku ni memang jenis yang susah bersalin. Masuk dalam labour room dari pukul 10:00 pagi sampai ke pukul 1:00 pagi baru buleh keluar babynya.. Tu pun setelah disuntik epidural dan divakum. Aduh! Memang pengalaman melahirkan anak pertama tak akan aku lupakan. Masa ni baru aku teringat patut la mak marah-marah kalau aku nakal, rupanya pengalaman dia melahirkan aku jauh lebih susah.. Dulu-dulu mana ada teknologi perubatan mcm sekarang. Mak aku melahirkan aku melalui pembedahan.. Pada tahun 1970-an dulu orang yang kena caesar bukan mcm sekarang.. Dulu dibedah menegak ke atas, sekarang cara melintang pulak. Masih jelas parut seperti jalan keretapi kat perut mak aku.. Dan masih jelas jugak parut di perut aku semasa melahirkan anak kedua dan ketiga melalui caesarean..Masih terbayang saat-saat melahirkan anak baik secara normal atau caesarean..

Bergelar ibu memang penuh ranjau dan durinya. Di saat mengandungkan bayi selama 40 minggu bukan satu jangka waktu yang menyenangkan. Perlu kuat fizikalnya, perlu kuat emosinya. Meredah selera yang tidak menentu... kadang-kadang makan sedikit yang keluarnya lebih daripada yang dimakan. Belum kira masa-masa teringinkan buah mangga biarpun bukan musimnya. Teringin nak makan ikan bakar macam zaman-zaman bercinta dulu.. Ni kisah waktu mengandung.. Belum pulak kisah bila dah melahirkan anak, dek kerana tiada pengalaman menjaga anak, mula rasa susah bila terpaksa bangun tidak tak kira masa, nak susukan anak dan nak tukarkan lampin pakai buangnya.. Belum kira lagi bila anak diserang demam, batuk dan selsema.. sentiasa berjaga tak kira waktu, takut sangat bila suhu badan anak dah tinggi, mengelap muntah dan memberi ubat.. Bila anak dah semakin membesar.. hati ibu sedikit rasa senang.. tak perlu ibu bersusah payah lagi sebab anak-anak mula belajar berdikari.. Namun pada waktu ini..sekali lagi ibu dilanda rasa gundah.. melihat anak semakin membesar, melihat pelbagai aksi dan ragam sehingga kadang-kadang tu si ibu darahnya dah naik ke paras maksimum.. Rupa-rupanya tak semudah disangka untuk bergelar ibu.. Ini sekadar celoteh ibu kepada 3 puteri yang comel. Sempena Hari Ibu "Mama doakan yang terbaik untuk puteri-puteri mama, semoga menjadi anak yang solehah, anak yang pintar, anak yang baik di dunia dan akhirat, Amin".

Mak aku (paling kiri..)
Mak mertua aku (tengah..)

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di mana jua anda berada.

3 Mei 2011

Tiada yang Istimewa

Salam kepada semua blogger.
Sekadar nak bagitahu, aku sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan untuk blog kesayanganku ini. Kerja-kerja penyelenggaraan ini mungkin mengambil masa beberapa hari lagi. Jadi untuk minggu lepas dan berkemungkinan pada minggu ini juga tiada entri yang istimewa yang anda boleh baca di blog kesayanganku ini. Aku harap kerja-kerja penyelenggaraan ini tidak berlarutan disebabkan aku seorang amatur dalam kerja-kerja pembikinan blog ini. Kalau ada sesapa yang nak menjadi penasihat dalam menjadikan blog aku serupa orang lain amatlah dialu-alukan. Aku berharap benar agar aku berjaya menjadikan blog ini lebih mesra pelanggan..(angan-angan dan cita-cita mesti tinggi!).. Semoga berjumpa lagi ye.. Nantikan entri the boom aku dan entri yang terkini nanti..

Kerja-kerja penyelenggaraan yang dijangka siap tidak lama lagi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy