4 Januari 2011

Alkisah di Pahang

Salam kepada Semua Pembaca Blog BicaraQaseh,

Seperti yang dijanjikan, aku kini menyorot kembali perjalanan cuti
aku pada 1/1/11 baru-baru ni. Perjalanan dimulakan dari Sg. Buloh ke stesen minyak menghala ke Karak. Suami aku dah janji ngan kawan2 dia nak jumpa kat sini dalam pukul 8:30 a.m. Tapi biasa la masa on the way ke sana, dia call lagi. Pukul 8:30 dah jadi pukul 10:00 pulak. Buleh tak aku nak kategorikan ini sebagai "Janji Melayu, Jam Melayu" selalu gitu jadinya. Tapi yang penting happy selalu. Kami breakfast dulu kat Rimbun, Sg. Buloh. Lepas tu meneruskan perjalanan ke destinasi yang dijanjikan. Dah cukup forum, opps.. tersalah pulak dah cukup geng konvoi (4 buah kereta) perjalanan sebenar kami pun bermula. Ni kiranya nak menuju ke Jengka dalam agenda pertama untuk meraikan kawan suami yang berkahwin. Suami aku jadi "lead" dalam konvoi ni. Lebih kurang sejam perjalanan kami sampai ke Jengka. Tapi belum lagi ke destinasi yang dituju. Kereta kami yang menjadi lead ni takde kad jemputan sbb tertinggal kat umah. So suami aku pun sibuk dok menelefon geng2 yang di belakang. Member dia konon2 bg. guide dlm fon - ko terus aje, pastu belok sini kemudian terus sampai jumpa balai bomba, pastu terus lagi dan bla.. bla.. bla.. Suami aku pun confident aje drive ikut direction yang dibgtahu. Tahu2 member dia call kata dah salah jalan. Padan ngan muka sape suruh suami aku jadi lead lagi. Tapi tak le sesat barat sgt.. berhenti kereta dan discuss sikit, kemudian meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke destinasi dengan selamat. Alhamdulillah. Gambar-gambar semasa majlis kenduri dan bermandi-manda di Gambang akan dikemas kini pada catatan akan datang.. Tungggguuuu!

Peace for safe journey






Masih konpius sebab baru
bangun tidur...


Ismi Noraini

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy