17 Januari 2011

Didenda!

Salam kepada pembaca blog BicaraQaseh.
Bagaimana dengan hari anda? Memulakan pagi Isnin dengan gembira? bersemangat? Aku mcm biasa. Hari Isnin selalu jammed kat jalan. Pening memikirkan sebab-musabab yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Selalu dengar laporan trafik kat radio. Kadang-kadang jalan yang dibgtahu tu kita tak tempuh, kadang-kadang laporan tu tak sama ngan keadaan semasa. Mungkin terlewat 2 minit laporan, keadaan jalan dah jadi jammed. Itu andaian aku le... Hari ni seperti hari2 lain, aku sudah semestinya mendengar radio di frekuensi 97.6mhz bagi Lembah Klang, ape lagi sudah semestinya HotFM. Selalu dengar panggilan hangit. Tersenyum sorang-sorang kalau ade yang terkena. Terdengar Si AG dan FBI tanyakan caller tentang denda. So aku dapat idea untuk sama-sama berkongsi cerita denda kepada semua. Mesti semua tak terlepas drpd kena denda. Aku rasa denda ni famous masa aku sekolah rendah (dari 1985 hingga 1990) dan termasuk jugak masa di sekolah menengah (1991-1995). Aku sudah semestinya kerap didenda. Pernah dipulas pusat, diletakan pensil berselang seli di jari tangan dan dikepit, berdiri atas meja, berdiri atas kerusi kiranya semua dah pernah kena. Berdiri atas kerusi tu memang dah biasa dari darjah satu hingga darjah enam. Masa darjah 6 lagi best, denda berdiri atas meja. Kiranya kalau sape dapat jawab soalan step by step dapat duduk kat kerusi. Lepas berdiri atas meja, turun ke kerusi, lps kerusi masih berdiri kat lantai dan last sekali beru dapat duduk. Denda ni idea drpd Cik Osman b. Kechik, guru kelas 6 Anggerik di SKSK, SPS, Pulau Pinang. Kerana denda dan hukuman yang dibuat mengajar aku mengenal huruf dan mendapat 3A 1B dalam UPSR. Terima kasih cikgu. Masa kat sekolah menengah SMKA (P) Al-Mashoor, pernah kena denda tulis 2 karangan. Nampak mcm biasakan? Hakikat sebenar hanya aku dan kawan-kawan aku yang tahu. Masa ni aku form 5. Aku melawan cakap Ust. Azam yang mengajar subjek Bahasa Arab Komunikasi, padan ngan muka aku... Kena siapkan 2 karangan Bahasa Arab sedang kawan-kawan lain kena buat 1 aje. Sekali lagi aku belajar, kena hormat guru dan akhirnya aku lulus subjek Bahasa Arab dengan C4 dalam SPM. Memang aku akui mcm2 denda yang pernah aku kena mematang aku utk belajar jadi manusia. Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar aku dengan sabar. Kerana kalian aku akhirnya menjadi manusia. Al-Fatihah untuk Cikgu Nordin b. Yaman, Cikgu Ismail, Ust. Fatimah Mustafa. Tahniah kepada rakan-rakan yang kini mencurahkan bakti sebagai pendidik.

2 Komentar Terbaik

18 Januari, 2011

Akakkkkkk tahniah bab dah pandai godek blog..lepas ni jadi jutawanlah akak kumpul duit nuffnang hahaha

18 Januari, 2011

Nurul Pinky: Makasih.. ni pun atas usaha anda jugak. Dlm proses nak belajar ni..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy