Salam kepada semua blogger.
Dah lama benar tak mengemas kini blog. Niat tu memang nak cepat publish cerita-ceriti yang baru. Kekangan masa yang menebal tu terpaksa aku membatalkan niat tu.. Minggu lepas memang padat jadualnya. Hari Isnin keje, hari Selasa cuti Maulidur Rasul. Hari Rabu keje, Hari Khamis gie Shangri-La Hotel Putrajaya (Program Memperkasakan Perkhidmatan Awam-Merealisasikan 1Malaysia). Sebenarnya bos aku yang menerima jemputan, tapi dek tak dapat pergi, dia mewakilkan aku. Kalau ikutkan, utk sektor awam aje. Organisasi kami bukan tergolong dalam sektor awam..Hari Jumaat aku bercuti sebab hari lahir puteriku yang sulung. Sebenarnya tak buat apa-apa pun, cuma nak kena berlari ke sekolah dia sebab nak hantar kek dan goodises utk kawan-kawan dia di Smart Reader Subang Bestari. Penat jugak mama dia ni.. takpe anak punya fasal. Ayahnya sebagai penyokong mama dalam mengeluarkan tenaga dan modal. Terima kasih Encik Suami.
I'm six years old. Happy sgt dapat present daripada teacher |
Empat dara pingitan dari kiri : Mak mertua aku, makcik Ramlah- tok guru ngajar ana-anak aku mengaji, bibik Sam- adik ipar mak mentua, dan mak aku |
Sekitar majlis bacaan doa selamat dan sambutan hari lahir kakak & Hariths
Catat Ulasan