26 Februari 2011

Saudara Baru - Dahlia

Salam kepada semua rakan blogger.
Minggu lepas sekali lagi dilanda kesibukan. Errmm boleh diterima pakai lagi ke alasan ni utk tak mengemas kini blog kesayanganku ini? Betul memang sibuk ngan keje-keje yang tak pernah abis-abis. Ok la kita tutup cerita keje yang tak abis-abis tu. Semalam masa balik keje tu, seperti kebiasaan aku akan membuka radio dan mendengar stesen pujaan ramai (stesen radio kegemaran aku- HotFM LeBiH HAngAt dr yang biasa). Petang-petang yang penuh dengan kesabaran dek kesesakan lalu lintas, best jugak layang lagu-lagu kat radio. 5.30 ptg tu biasa la akan ada Buletin HotFM dan Laporan Trafik. Masa dalam Buletin HotFM, tu dalam segmen Hiburan Hot, terdengar penyampai berita tu menyampaikan bahawa Daphne Iking dah memeluk Islam. Alhamdulillah.. bertambah lagi seorang umat nabi Muhammad s.a.w. Aku bukan apa, memang suka tengok muka diayang comel tu. Kulit dia ermm mulusnya.. Guna masker cap ape agaknya.

Menurut berita si Daphne memeluk Islam Disember lalu dan uniknya dia mengucap dua kalimah syahadah di Taj Mahal dan telah mendaftarkan di Malaysia. Dia kini menggunakan nama Dahlia. Memang sesuai dan secocok nama tu dengan si Daphne. Takde lagi selebriti yang menggunakan nama bunga kot.. Ok ler tu.. Harap-harap nama tu membawa tuah dan kebahagian buat empunya diri. Harap-harap ini merupakan titik permulaan utk Dahlia membina satu kehidupan yang baru.. Lepas ni teringin nak tengok Dahlia mengacarakan rancangan yang berbentuk Islamik. Di sini aku sertakan sedikit profil yang dipetik drp http://www.budiey.com/.

Nama Penuh: Daphne Eleanor Iking
Umur: 29 tahun (terkini ke ni?)
Asal: Keningau, Sabah
Etnik: Kadazan
Taraf Pendidikan: Ijazah Sarjana Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Ijazah Sarjana Muda Penyiaran, Filem, TV dan Radio (USM)
Pengalaman Kerjaya: Wartawan, Kolumnis, Penerbit Program, Hos TV, Pengacara Majlis, Model dan Pelakon
Anak: Isobel Daniella Iking-Chong
Program TV: Ringgit Sense, Explorace, Wanita Hari Ini, My Australian Adventure, The Breakfast Show MyStarz LG, Celebrity Cookout dan Life As A Celebrity.
Iklan Komersial: Pond’s, Dettol, Airwick Refreshner, Kenny Rogers, Amway Double X, Vitamin C, Vanish Powder, Sony Vaio dan Volvo S80.

Cantik dan manis!

Raut wajah yang lembut, memukau hati yang melihat


Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy