26 April 2011

Mengangkasakan Harapan di Pesta Buku KL 2011

Salam kepada semua blogger.
Dah follow Blog BicaraQaseh? Belum? Kenapa tunggu lagi? Jom Follow! Sebenarnya hari ni aku nak berkongsi tentang cerita ke pesta buku semalam. Dah banyak tahun agaknya aku tak mengunjungi Pesta Buku. Tujuan sebenar nak cari buku cerita utk anak aku si Kakak. Smart Reader mewajibkan student 6 tahun utk bercerita tak kira dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pada setiap Selasa dan Jumaat. Dari minggu lepas lagi Kakak dah sibuk suruh mamanya mencari buku cerita. Semalam aku menggunakan kesempatan yang ada meninjau-ninjau booth yang menjual buku cerita kanak-kanak. Bila berada di sini teringat pulak zaman-zaman belajar dulu..
Jom Pi Pesta Buku KL 2011
Sebenarnya aku ni ingat-ingat lupa tentang projek akhir masa di UiTM. Wahai budak-budak Mass Comm khususnya Publishing, masihkah korang ingat kita pernah menganjurkan pesta buku di semester akhir. Konon-konon projek mega la tu! FBI lagi (Festival Buku dan Ilmu). Selain kenangan menganjurkan pesta buku, tak terkecuali untuk aku mengingati kenangan kat pesta buku jugak. Kali ni aku sendiri yang berada di pesta buku tu (Popular Book Fest) selama seminggu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Bukan tahun lepas, kalau tak menjadi kesalahan mungkin tahun 2005. Masa tahun ni aku keje kat EPH anak syarikat Popular Book Store. Masa ni aku menjadi editor di EPH, so kena la promote buku yang diterbitkan tu. Ingat lagi, masa ni kami dikerah menyiapkan buku untuk pra-sekolah yang di datangkan dalam banyak versi (ABC- huruf kecil dan huruf besar, Capital Letters and Small Letters, dan banyak lagi). Aku ingat lagi masa ni aku menyiapkan sebuah buku suku kata Bahasa Melayu untuk pra-sekolah. Memang cabaran betul la..

Teringat Kenangan Lama..
Berbalik kepada cerita di Pesta Buku Kuala Lumpur semalam, aku menjelajah ke beberapa gerai untuk mencari buku cerita kanak-kanak, banyak buku jugak la yang aku beli (kisah dongeng, marilah bercerita dan macam-macam jugak lagi le). Ada jugak gerai yang nak melariskan buku-buku dengan pelbagai cara. Ada satu gerai tu menjual buku dengan harga RM10 bagi 5 buah buku (boleh campur-campur). Aku cuma nak beli 2 buah aje.. penjual tu kata 2 buah tak jual, aku yang dilanda rasa pelik tu tak bercakap banyak sebaliknya mencari 3 buah lagi untuk menggenapkannya menjadi 5 buah. Ade satu gerai tu sibuk menarik pengunjung dengan membuat demo bagi pakej pembelajaran menggunakan cd. Memang bagus untuk anak-anak, tapi untuk hari ni (semalam) aku memang fokus nak cari buku cerita..bajet aku cuma untuk buku bukan untuk pakej yang berharga RM799 dan selepas diskaun menjadi RM499. Bukan nak berkira tapi nak membeli ikut kemampuan.

Tahniah kepada Mastura Yusoff @ Ayu Emelda
Dalam banyak-banyak membeli tu, bahan bacaan untuk mama cuma satu Majalah Nur (Edisi Khas 100 tu) terbitan Karangkraf. Eh lupa pulak nak bagitau yang aku ternampak Imad (yang expert seni khat) di gerai.. tak ingat pulak gerai mana. Sorang lagi Monoloque yang top dengan lagu Kekanda Adinda duet ngan Atilia tu..di gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Baru aku kenal penyanyi lagu Kekanda-Adinda.. Hehehe.. Bila aku ke ruangan Karangkraf, memang tabik habis. Memang ramai, tambah-tambah gadis remaja yang tertumpu di rak novel-novel tak ketinggalan mak-mak dan kakak-kakak jugak. Aku cuma membeli majalah Nur dan Buku Mari Bercerita Edisi 1 & 2 untuk anak-anak. Di kesempatan tu aku sempat meninjau-ninjau novel daripada Ayu Emelda. Bukan apa cuma rasa berbangga kawan-kawan sesama Mass Comm berjaya menjadi penulis novel terkenal. Kalau tak salah aku, Ayu Emelda ataupun nama sebenar Mastura Yusoff ni ambik Journalism... Sekalung tahniah kerana menjadi Novelis Terkenal! Bila pulak masa aku nak jadi penulis terkenal? Hehehe ade hati tu! Kalau tak pun cuma kolumnis terkenal ke...Hahahaha.. Gantungkan Harapan Setinggi Langit, Mengangkasakan Harapan!.

Monoloque @ Gerai ITNM
Kekanda-Adinda

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy