8 Mei 2011

Cekal dan Tabah Menjadi Seorang Ibu...

Salam sayang untuk semua blogger. Terima kasih kerana sudi mengikuti kisah di blog kesayangan aku ni. Dah lama tak berkongsi entri baru. Konon-konon nak touch up blog supaya cantik.. last-last guna template lama semula..Akhirnya terpaksa akur bahawa aku bukan seorang pro dalam keje-keje mencantikkan blog. Sekadar yang termampu aje. Terima kasih kepada http://belog-cap-ayang.blogspot.com/, http://tutorialuntukblog.blogspot.com/ dan http://ciktom.com/ yang memberi banyak tips untuk kemudahan blogger terutamanya kepada aku yang baru bertatih dalam dunia blog. Tutorial, tip dan langkah-langkah tu kebanyakannya memang menjadi tetapi ada jugak yang tak menjadi.. (kalau tak menjadi tu, bukan salah tutorial tapi kesalahan diri sendiri.. copy and paste di merata-rata tempat.. Ahaks)

Aku harap walaupun blog aku tak secanggih blog orang lain mendapat tempat di hati pembaca semua. Aku budak baru belajar, kalau ade yang tak kena atau salah di mata pembaca blog ribuan keampunan aku pohon. Rajin-rajin tinggalkan komentar untuk blog ini ye... Entri kali ni aku tulis sempena hari ibu pada hujung minggu nanti (Hari ni le..!) . Aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU bagi semua yang bergelar ibu, bakal menjadi ibu dan tak lupa jugak kepada semua kaum hawa yang telah berumahtangga walaupun tidak menjadi ibu lagi (masa untuk bergelar ibu akan tiba...antara cepat atau lambat sahaja. Kuasa daripada Yang Maha Esa). Bila nak bercerita bab-bab ibu ni mula hati dilanda sedih, keinsafan mula meresap dalam setiap urat-urat darah ni..

Walau apa panggilan kepada insan yang bergelar ibu baik mak, mama, ibu, umi, bonda, emak semuanya sama sahaja. betul la Kasih Ibu Sampai Ke Syurga. Masa aku kecik dulu aku tak tahu perasaan insan yang bergelar ibu. Ada saja perlakuan yang mengguris perasaan mak (panggilan aku kepada ibu). Patut la mak pernah kata, "Kalau aku tahu la besaq-besaq nak nakal, masa kecik dulu dah lama aku cekik bagi mati". Seingat aku dah berapa banyak hanger yang patah dan dah berapa rotan yang hilang gara-gara dirotan oleh mak. Mak aku memang garang habis... (Mungkin aku pun mengikut jejak langkah mak jugak..)

Seingat aku lagi, perasaan yang tak dapat aku nak gambarkan saat nak bergelar ibu pada kali pertama... Memang masa tu insaf seinsafnya... Aku ni memang jenis yang susah bersalin. Masuk dalam labour room dari pukul 10:00 pagi sampai ke pukul 1:00 pagi baru buleh keluar babynya.. Tu pun setelah disuntik epidural dan divakum. Aduh! Memang pengalaman melahirkan anak pertama tak akan aku lupakan. Masa ni baru aku teringat patut la mak marah-marah kalau aku nakal, rupanya pengalaman dia melahirkan aku jauh lebih susah.. Dulu-dulu mana ada teknologi perubatan mcm sekarang. Mak aku melahirkan aku melalui pembedahan.. Pada tahun 1970-an dulu orang yang kena caesar bukan mcm sekarang.. Dulu dibedah menegak ke atas, sekarang cara melintang pulak. Masih jelas parut seperti jalan keretapi kat perut mak aku.. Dan masih jelas jugak parut di perut aku semasa melahirkan anak kedua dan ketiga melalui caesarean..Masih terbayang saat-saat melahirkan anak baik secara normal atau caesarean..

Bergelar ibu memang penuh ranjau dan durinya. Di saat mengandungkan bayi selama 40 minggu bukan satu jangka waktu yang menyenangkan. Perlu kuat fizikalnya, perlu kuat emosinya. Meredah selera yang tidak menentu... kadang-kadang makan sedikit yang keluarnya lebih daripada yang dimakan. Belum kira masa-masa teringinkan buah mangga biarpun bukan musimnya. Teringin nak makan ikan bakar macam zaman-zaman bercinta dulu.. Ni kisah waktu mengandung.. Belum pulak kisah bila dah melahirkan anak, dek kerana tiada pengalaman menjaga anak, mula rasa susah bila terpaksa bangun tidak tak kira masa, nak susukan anak dan nak tukarkan lampin pakai buangnya.. Belum kira lagi bila anak diserang demam, batuk dan selsema.. sentiasa berjaga tak kira waktu, takut sangat bila suhu badan anak dah tinggi, mengelap muntah dan memberi ubat.. Bila anak dah semakin membesar.. hati ibu sedikit rasa senang.. tak perlu ibu bersusah payah lagi sebab anak-anak mula belajar berdikari.. Namun pada waktu ini..sekali lagi ibu dilanda rasa gundah.. melihat anak semakin membesar, melihat pelbagai aksi dan ragam sehingga kadang-kadang tu si ibu darahnya dah naik ke paras maksimum.. Rupa-rupanya tak semudah disangka untuk bergelar ibu.. Ini sekadar celoteh ibu kepada 3 puteri yang comel. Sempena Hari Ibu "Mama doakan yang terbaik untuk puteri-puteri mama, semoga menjadi anak yang solehah, anak yang pintar, anak yang baik di dunia dan akhirat, Amin".

Mak aku (paling kiri..)
Mak mertua aku (tengah..)

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di mana jua anda berada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy