14 Jun 2011

Aku Sayang Kamu Abah & Ayah!

Salam kepada semua blogger tersayang.

Me & U

Dah lama rasanya tidak mengepos entri baru. Cuti sekolah, dunia blog pun bercuti. Sebenarnya aku dah pun menyediakan satu entri untuk diposkan..tetapi bila dah separuh jalan menaip, tetiba aje teringat tentang Hari Bapa. Aku pun membuat penjelajahan di Google nak cari tarikh sebenar Hari Bapa. Sebenarnya Hari Bapa ni berubah-ubah ke? Aku sedikit keliru... Tahun 2010 lain, tahun 2011 pun lain. Cuma bulan aje yang sama iaitu bulan Jun. Kalau ade sape-sape yang tahu tarikh sebenar Hari Bapa, harap dapat memaklumkan semula ye! Takut tersalah pulak.. Dari destinasi penjelajahan di Google, Hari Bapa tahun 2011 disambut pada 19 Jun (Ahad) ni.

Selalu bila tiba Hari Ibu, berasak-asak orang nak membeli bunga, membawa ibu berjalan-jalan, membeli hadiah dan tak kurang jugak yang membuat parti besar-besaran. Jarang-jarang pada Hari Bapa nak buat semua benda ni... Aku bercakap bukan untuk pihak orang lain sebaliknya diri sendiri. Mengenang jasa ibu dan bapa tidak semestinya pada hari-hari tertentu sahaja. Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang usia. Sempena Hari Bapa ni aku nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada dua insan yang paling istimewa dalam hidup aku. Dedikasi hari bapa aku tujukan kepada Abah dan Ayah (bapa kepada anak-anak aku!)

Secebis kasih aku coretkan untuk ABAH TERSAYANG:
1. Kalau takde abah, aku tak tahu nak nak mulakan kehidupan dari mana...
2. Selalu teringat kata-kata abah, "Ada otak jangan letak di bawah tapak kaki.." (Mendalamkan maksudnya?)
3. Abah selalu membalut/ membungkus buku teks aku dari darjah satu sampai darjah enam..
4. Kerana kata-kata abah, aku berjaya menjadi manusia...
5. Kerana abah aku belajar menjadi seorang yang tabah dan berani..
6. Kerana abah mengajar aku seperti anak sulong, aku terlupa bahawa aku anak tunggal dalam keluarga...

Coretan kasih sayang untuk AYAH (suami dan bapa kepada anak-anak aku):
1. Terima kasih kerana menjadi ayah untuk anak-anak aku..
2. Terima kasih kerana menjadi teman hidup aku..
3. Terima kasih kerana menjadi pembakar semangat aku dalam menempuh kehidupan
4. Terima kasih kerana menjadi pengubat duka di kala aku dilanda kesedihan
5. Terima kasih kerana menjadi penghibur dalam hidup aku..
6. Terima kasih untuk semuanya...

ps: Jangan lupa ikuti entri akan datang dengan kisah cuti-cuti..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy