10 Februari 2012

Kematian dan Perpisahan

Sudah lama meninggalkan blog kesayangan ni.. Memulakan tahun baru dengan penuh keazaman. Konon-konon nak mencipta rekod baharu yang lebih baik berbanding tahun lepas. "Azam tanpa Usaha (berjaya ke?)" Renung-renungkan.. (Berbicara pada diri sendiri).

Tahun baru 2012 penuh dengan kejutan. Berita kematian benar-benar mengejutkan aku. Bukan saudara rapat, bukan ahli keluarga tetapi saudara Seislam. Kegemaran aku di kala Encik Suami pergi bekerja selama 14 hari ialah mengunjungi Pasar Malam Paya Jaras... Seminggu ada 3 kali (Selasa, Khamis dan Sabtu). Hari Ahad ada Pasar Tani. Tengok tu hafal jadual pasar malam.. Kat pasar malam ni aku keap membeli sup tak kira la kuetiaw sup, bihun sup mahupun soto kat pasangan suami isteri ni... Tapi bulan Januari 2012 aku tak nampak pun pasangan suami isteri ni berniaga. Tertanya-tanya jugak, tapi anggapan aku mereka berniaga di tempat lain.

Sampai pada minggu terakhir bulan Januari, aku nampak gerai sup dibuka semula. Jangan ditunggu lagi, aku pun membeli sup tu.. 
Aku: Adik bagi kuewtiaw sup dua. Mana mak?
Anak perempuan: Sambil membungkus dan menjawab "Mak kat umah"
Aku: Ooo.. napa lama tak berniaga?
Anak perempuan memandang ke arah abangnya yang juga sibuk menyiapkan bungkusan sup. Tiada jawapan.
Aku: Ayah mana? Sembahyang Asar ek?
Sekali lagi adik perempuan itu memandang abangnya.
Abang: Ayah dah meninggal...
Aku: Innalillahi... Bila? Sakit apa?
Abang: 31 Disember tahun lepas..Sesak nafas..
Aku betul-betul tergamam.. Masih lagi terbayang-bayang Si Ayahnya yang begitu peramah. Ada aje celotehnya kat pelanggan yang datang. "Amboi kak, merah baju, ade function ke?" Itu antara dialog yang pernah arwah ucapkan kat aku.. Semoga Allah menempatkannya bersama-sama orang yang beriman.. Amin.

Kesempatan cuti Maulidur Rasul aku gunakan untuk pulang ke kampung. Sudah la di bandar aku mendengar kisah kematian.. balik kampung berita perpisahan pulak menjengah ke gegendang telinga. Bukan perpisahan atas kerelaan, tapi boleh diibaratkan macam kacang lupakan kulitnya. Kisahnya berlaku kepada jiran terdekat mak aku di kampung. Si isteri merupakan warga negara Indonesia (Medan). Si suami tu yang merupakan jiran aku dan warga tempatan. Hasil perkahwinan mereka ni telah dikurniakan empat orang cahaya mata, berumur antara 2 hingga 15 tahun. Si isteri tu dah mendapat kerakyatan negara kita atas bantuan dan dorongan si suami. Namun seperti yang aku katakan tadi, si isteri tu dah lupa daratan.. atau boleh dikelaskan sebagai tidak mengenang budi.. telah meninggalkan suami dan anak-anak. 


Dikhabarkan isteri ni bekerja di sekitar Bukit Mertajam..Kenapa la tak cari.. Kan masih dekat Sungai Bakap dan Bukit Mertajam tu??? Bukan saja meninggalkan suami dan anak-anak bahkan turut meninggalkan hutang yang rasanya tak terbayar dek suaminya. Hutang pembiayaan kredit mikro dengar cerita hampir RM18,000. Itu tak termasuk hutang kat orang kampung lagi, orang kampung lain pun ada jugak. Kesian si suami terpaksa mendengar maki hamun orang dek perangai buruk isterinya. Nasib baik aku tak meminjamkan duit kepada si isteri ni yang tanpa segan silu menelefon aku tahun lepas . Konon-konon nak pinjam duit untuk buat modal  bisnes kuih raya. Khabarnya si suami juga ada kalanya "naik hantu" bila ramai yang bertandang meminta hutang. Kesian, kesian... Nampak babak di atas seperti drama kan? Tapi itulah REALITI KEHIDUPAN. Kadang-kadang hidup kita terpisah dengan orang tersayang di kala ajal menjemput. Tidak kurang pula, orang tersayang meninggalkan kita kerana kekurangan diri. Semuanya susah untuk diduga... Realiti hidup ada suka ada duka. Ada kiri ada kanan..Arus manakah yang menjadi pilihan???




1 Komentar Terbaik

10 Februari, 2012

Tawa riang lagu kehidupan..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy