Memaparkan catatan dengan label Cuba-cuba Sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuba-cuba Sendiri. Papar semua catatan

6 Februari 2011

Pulut Panggang vs Pulut Udang

Salam kepada semua blogger.
Malam ni tetiba aje rasa nak update blog tentang aktiviti petang tadi. Petang tadi tetiba juga dilanda rasa rajin nak buat kuih utk minum petang. Dah siap rendamkan pulut..jeng jeng jeng cuba teka apakah kuih yang bakal aku sediakan? Nak buat pulut kacau atau wajik dalam bahasa orang KL? Nak buat pulut durian? Nak buat seri muka ke? Semua alah.. sebenarnya aku nak buat pulut udang kuih yang dipanggil di utara, tapi di KL ni orang panggil pulut panggang sebab dimasak cara memanggang. Ape-ape ajelah. Mula-mula kena buat kelapa goreng. Dah lama benar tak buat kuih ni.. jadi ke tidak itu aje yg bermain kat kepala otak aku..Abah blm minum petang lagi.. mak awal-awal lagi memang dah tolak sbb pulut tu katanya angin. Ingat-ingat lupa kena masuk jintan manis dan jintan hitam yang telah digoreng dan ditumbuk halus. Banyak mana nak masuk dah lupa.. ermm.. sikit ajelah nanti pelik pulak rasanya kala terlebih. Masukkan kunyit, cili kisar, gula dan garam Opss.. lupa masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Pastu rasa mana-mana yang kurang bolehlah ditambah mengikut citarasa sendiri. Hehehe dah macam kelas memasak bersama chef pulak.

Ni sebenarnya nak berkongsi resipi sikit. Mak mentua aku memang selalu buat kelapa ni banyak-banyak dan disimpan dalam fridge. Kiranya kelapa ni pelbagai guna nak buat inti cucur badak ke, inti pulut panggang ke, atau boleh ditambah sambal belacan utk dijadikan sambal kelapa camur ulam raja, kacang botol atau sebagainya. Dah siap semuanya baru aku rasa, alamak mcm kurang mcm-mcm le.. nasib la dah siap dibalut pun dan dah siap dipanggang pun.. Aku bawak gie umah mak mentua.. mak mentua aku makan dan memberi komen.. katanya komen membina.. Ermm.. lain kali nak buat sekali lagi.. kali ni nak pastikan jadi ler..sebab dah ambik petua drp mak mentua. Caiyuk! Caiyuk.. Usaha tangga kejayaan kan...

Memanggang pulut dengan kuali leper

Ni le kelapa yang tak berapa nak jadi tu...

Ermm.. susunan biar cantik walaupun rasanya tak segah mana pun..

11 Januari 2011

Manik-manik Bertaburan

Salam kepada semua rakan blogger...

Hari ni aku nak kongsikan sedikit keje-keje tangan aku yang tak seberapa. Aku bukannya pro menjahit manik, aku ni amatur aje. Selalu nengok adik kat opis aku jahit manik.. Ade yang siap ambik upah jahit manik lagi... Kalau aku mesti dimaki hamun customer... Ape tidaknya.. orang lain jahit manik simple aje dalam 2-3 aje. Aku ambik mase hampir sebulan. Baru nak start, mesti aku bukak balik sbb mcm tak puas hati aje. Baru nak mula, anak-anak dah tumpahkan manik.. Mcm mana nak siap.. Aku suka tengok baju Pengarah Urusan kat opis aku ni.. PU aku mestilah pompuan... manik kat baju dia cantik2.. pernah sekali dengann rasa tak malunya aku nak tengok design kat lengan baju dia..Memang cantik.. Harga dia jgn cakap ler... harga kain dah berape, upah jahit baju dan manik lagi..dia kata dlm anggaran semua2 tu RM800..Terbeliak bijik mata aku.. Takpe la.. kalau level-level pegawai mcm aku ni pakai aje yang mane termampu.. Jahit manik tu tak payah susah2. Beli aje manik, jahit sendiri. Untuk pengetahuan anda semua upah jahit baju aku free sbb bibik aku pandai menjahit. So di kesempatan ni nak buat promosi sikit... kalau ade yang berminat nak tempah baju e-mel kat saya. Heheheh.. Baju kurung biasa-RM30, baju kurung moden -RM35. Sekian harap maklum.
Ni design masa baru2 nak berjinak-jinak jahit manik

Ni design yang the latest yang aku siapkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy