26 November 2010

Kemalangan Berganda

Salam pagi Jumaat untuk semua pembaca,
Pagi2 ni tetiba aja jiwa aku kacau. Resah memikirkan surat hadir ke mahkamah semalam. Surat tu dr. peguam di salah sebuah firma guaman sekitar sg. buloh. Bengang la jugak sbb kalau nak diikutkan bukannya salah aku...
Aku nak cerita sikit fasal kejadian yg menyebabkan aku menerima surat untuk hadir ke mahkamah. Pada 23 Julai 2010, aku memulakan perjalanan ke tempat keje mcm biasa. Hari ni hari Jumaat, hari juga genaplah usia 3 thn bg anak aku yg kedua. Dalam 6.30 aku keluar umah mcm biasa. Perjalanan aku mcm biasa saja, namun bila tiba di kawasan Subang Bestari aku cuba mengelak jalan yang berlubang teruk. Tetiba aja kereta aku berlanggar ngan Honda City yang dipandu oleh seorang perempuan. Keadaan masa tu masih gelap. Tak nampak apa yang terjadi kat kereta dia...mungkin bumper dia crack. Aku kata nanti kita settle aje la... Sama-sama nak rush utk ke tempat keje.
Aku meneruskan perjalanan mcm biasa. Mana aku tahu masa tu radiator keta aku dah pecah. Jauh jugak aku bergerak. Sampai lepas tol Kota Damansara. Aku tengok temprature keta aku dah mencecah tinggi. Keta aku mula semput. Dan aku ketepikan keta aku ke tepi. Ingat lagi kat kilometer 18.5 NKVE menghala ke selatan. Aku call merata2 sampai last sekali aku call plus. Masa tu pukul 7.00 pagi. Dalam 7.35pg plus tak sampai2 lagi. Masa tu aku dah hidupkan emergency light (Hazzard). Cumanya aku tak keluar dr kereta sbb dok tunggu plus datang. Aku terpandang cermin. Aku nampak stu motosikal tu laju benar. Tup2 dia dah langgar keta aku. Tercapak dia 1 meter ke tengah jalan. Nasib baik ade satu waja tak langgar dia... Nasib dia lagi baik treller kat belakang waja tu sempat brek.
Habis bumper belakang kereta antik aku pecah. Tayar pun pecah. Jalan dah jammed kiri dan kanan. Aku panik giller... Kaki dia dah patah... Aku call ambulans. Kereta aku kena towing sampai sg. buloh. kena rm150. bila penunggang moto tu dia bawa ke tepi, baru la peronda plus sampai... Memang nak jadi cerita la...Aku gie buat report di balai polis pj. Semuanya berjalan mcm biasa. Aku claim insurans sendiri... Tup2 smlm aku terima surat hadir ke mahkamah. Dia buat statement mcm org bengong. Dia langgar aku, dia kata aku secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan, Ape ke bengong dia ni? Aku gabra jugak. Tapi bila dah sembang ngan kawan lama aku yang merupakan peguam, reda sikit la... Semua akan diuruskan oleh peguam insuran katanya..
Kalau ikut hati nak aja aku jumpak penunggang motosikal tu. Mata ada tapi tak guna. Aku bukan langgar dia la.. Tapi dia yang langgar kereta aku... Bangang dang bengong betul. Inilah kemalangan berganda yang tidak aku duga.. Apa2 pun memandu kena berhati-hati. Kalau kita tak langgar orang, orang pulak akan langgar kita. Fobia memang tak akan hilang...Tapi keadaan memaksa aku melupakan segala ketakutan dan aku terpaksa terus memandu biarpun takut mcm mana sekalipun..

2 Komentar Terbaik

Tanpa Nama
29 November, 2010

hurrmmm.. siannye.. mmg fobia pasal accident nih.. berhati2..

29 November, 2010

Farra: terima kasih ye...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy