30 November 2010

Konsert Smart Reader

Salam kepada semua bloger,
Sekadar bercerita dan ingin berkongsi... Jumaat lalu aku sempat mengadiri konsert Smart Reader di Auditorium Summit, Subang Jaya. Aku pegi sbb anak sulung aku ada bersekolah di Smart Reader. Konsert ni gabungan Smart Reader Subang Bestari dan Smart Reader Subang 2. Mcm2 gelagat. Maklum aje la semua budak2 membuat persembahan tarian. Budak 3 & 4 tahun yang lucu. Bukan nak menari sgt...Tengok kawan2 ler..Kalau nampak mak dan ayah lambai2 ler..
Anak aku, biasa ler. Di luar jangkaan. Aku ingat pemalu, sbb kat rumah dia tak nak tunjuk kalau aku suruh. Tapi aku perasan jugak kalau tengok tv tu pernah jugak dia tergedik2 kat depan tv.. aku buat2 tak nampak aje la... Dia menari bersungguh2.. Siap marah kawan lagi tu...Tahniah Annisa Nasuha. Mama tak sangka kakak ni pandai rupanya. I'm so proud of you!
Eh, sebenarnya aku tak nak bercerita tentang konsert tu sangat. Tapi nak bercerita tentang Smart Reader(SR). Memang tabik habis dekat SR... Kalau nak imbas bali zaman aku masa bersekolah dulu memang jauh sekali ler.. Rasanya memang tak pernah dengar la Smart Reader.. Masa tahun 1980-an dulu yang ade pun Tabika Kemas dan Tabika Rukuntetangga. Aku bersekolah Tabika KEMAS. Pergi sekolah pakai baju biasa aje. Mane ade uniform. Daftar sekolah pun cuma berapa ringgit aje. Belajar pun cuma mcmmana nak kenal huruf, angka sikit, mengeja pun rasanya sikit aje kot...
Berbanding anak aku pada era milenium ni... Berbeza memang berbeza. Aku pulak naik marah bila anak tak tahu nak buat homework. Dulu masa aku 5 thn mane ade homework. Belajar pun sikit aje. Bahasa Melayu dah pandai baca karangan. Bahasa Inggeris siap susun perkataan sehingga 8 perkataan menjadi ayat, belum lagi subjek Sains sampai kena melabelkan yg mana branch, stem, leaf, flower etc.... Subjek maths lagi ler... no dah belajar sampai 50, campur, tolak, nak kira duit semua ada. Hebat rasanya budak2 sekarang... Itu la kalau 5A tu dah jadi mcm kacang pulak.
Kalau zaman mama dulu, kalau dapat 3A 1B pun dah kira pandai tu.. Satu sekolah selalunya tak ramai yg dapat result yg excellent. Masa mama UPSR dulu, sekolah mama sorang aja yang dapat 4A.. 6 orang lagi dapat 3A 1B... Mama dapat 3A 1B. Tu pun dah kira pandai la masa zaman tu.. Mama harap peluang yangsedia ada pada waktu sekrang ni tak disia-siakan. Mama harap anak mama menjadi seorang yang solehah, pintar sepandai nama sekolahnya yang gah itu.. Smart Reader Kids... Amin.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy