6 Januari 2011

Empat Bintang Untuk Anda!

Tahun baru dah bermula. Banya blog yang aku jelajah. Kebanyakan blog rata-ratanya berkongsi cerita mengenai azam tahun baru, persekolahan anak-anak dan sebagainya. Kaum ibu pastinya tak terlepas merakamkan detik2 bersama anak-anak. Kalau ade anak yang masuk ke darjah satu lagi excited la mak dan ayahnya. Aku mcm biasa aja. Puteri sulung (Annisa Nasuha) meneruskan persekolah di Smart Reader (6 thn.). Puteri kedua (Aina Najla) telah memulakan persekolahan di Tadika Nur Saadah di kelas 5 tahun. Sebenarnya anak aku ni baru 4 thn. Disebabkan tadika tu ade 2 kelas aje, aku takde pilihan.. terpaksalah menempatkan dia di kelas 5 thn. Sedikit perjalanan kisah Angah di minggu pertama persekolahan.

3 Januari 2011
Aku dan suami membawa Angah ke sekolah. Dia dah siap-siap menggalas beg yang gedabak punya besarnya. Gembira aje dia menggalas beg Princess pink. Sampai di sekolah rupa-rupanya sesi pendaftaran blm selesai. Ramai lagi mak bapak yang dok berbaris nak bayar yuran anak-anak. Nampak gayanya hari ni belum belajar ler.. Dialog aku dan cikgu Angah..


Mama: Cikgu anak saya dah bayar yuran, so mcm mana ye?
Cikgu: Hari ni kalau anak nak sekolah, boleh tinggalkan anak. Kalau x nak lagi, esok pun boleh.
Mama: Cikgu kelas budak 5 thn ni ade berapa orang budak 4 thn?
Cikgu: 3 orang
Mama: Anak saya 4 thn, dia blm pandai menulis (Takut jugak puteri aku tertinggal pelajaran. Badan anak aku memang besar kalau nak dibandingkan budak 4 @ 5 thn.. Hakikat sebenar dia baru nak masuk 4 thn tu pun bln Julai nanti). Kalau mcm tu saya bawa balik dulu ye.. Esok mcm mana?
Cikgu: Esok kalau boleh hantar anak mcm biasa..
Mama: Van mcm mana? Esok saya keje..
Cikgu: Kalau mcm tu nanti call van tu tanye mcm mana..


4 Januari 2011
Pagi ni aku mcm biasa. Bangun awal jugak. Smlm dah le xleh tidur, sbb risau pulak kalau van Angah x datang. Aku ambik keputusan hantar aje Angah dan Kakak ke sekolah. Habis citer. Kat sekolah hari ni aku tengok semua urusan pendaftaran dah settled. Ramai jugak mak bapak yang menghantar dan meneman anak2 di dalam kelas. Sebelum hantar aku dah belikan sorang sebungkus nasi lemak, sebiji karipap dan donat. So sampai kat sekolah Angah aku letak Angah kat kewrusi paling depan. Angah ok aje nampaknya. Aku pun kata kat dia mama nak gie keje, Angah nanti balik ngan van. Angah tetap cool. Dalam masa yang sama aku nampak ade dua tiga org budak nangis bila mak dan bapak nak balik. Aku sempat snap gambar dia lagi.. Lihat la anak aku yang sentiasa cool..

Alhamdulillah.. senang hati sikit bila tengok Angah happy aje. Lps tu aku hantar akak mcm biasa. Aku gie keje lps semua dah settled.

5 Januari 2011

Hari ni takde yang menarik melainkan petang ni aku balik keje. Angah dah ade homework yang kena dibuat. Ooo.. dia kena trace huruf 'a'. Aku tengok latihan yang dibuat kat sekolah. Ni le rupanya..



Cikgu bagi Angah 4 bintang, cukup baguskah ini? Konpius sekejap mama ni.. Nape le tupai Angah purple color... Permulaan yang baik dengan 4 .

Ismi Noraini.

2 Komentar Terbaik

07 Januari, 2011

angah memang sempoi hehehehe

07 Januari, 2011

Memang sempoi, hari ni bibik call x nak mandi, x nak gie sekolah pulak. Dengar2 mama dia nak beli kfc.. laju aje gie mandi.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy