7 Januari 2011

Jom gie Gambang!

Hari ni aku nak sharing sikit gambar semasa bercuti di Bukit Gambang Resort and Water Park pada 1 dan 2 Januari yang lalu. Best rupanya bercuti pada waktu-waktu orang tak bercuti. Masing-masing sibuk menguruskan anak-anak masuk ke sekolah setelah bercuti panjang. Aku pun kebetulan aje dah lama tak bercuti, asyik dok sibuk ngan umah baru.. oppss.. rumah baru ke? Bab rumah kita cerita kemudian. Hari ni nak bercerita tentang bercuti di Gambang, Pahang. Puteri aku yang 3 orang tu memang seronok giller sbb dapat mandi-manda. Dah lama rasanya aku dan suami x bawak diaorg bercuti. Kesiannye.. Hotel ok jugak.. trip ni kami pegi dua family, family aku dan family kawan suami aku. So kami check in di Caribbean Bay Suites. Ade 2 bilik. Satu family satu bilik le.. Masa kami gie hujan memanjang. So masa mandi swimming pool hujan renyai-renyai. Keesokannya lepas breakfast dan check out kami gie Water Park. Hujan lagi.. Anak-anak aku seronok sangat especially Kakak ler.. dah besar, kurang sikit takut air tu...Jom saksikan sedikit gambar2 yg sempat dirakam di sana.

Mama mcm ni buleh ke?

Adik dah penat..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy