Salam kepada semua pembaca setia Blog BicaraQaseh.
Aku nak berkongsi gambar-gambar dan cerita bagi perjalanan hari kedua semasa balik ke kampung minggu lepas. Aku meneruskan penjelajahan ke Pulau Mutiara. Memang aku org. Penang jugak tapi bukan sebelah island. Kesempatan melawat abang mak aku di sebelah pulau digunakan sebaiknya. Awal-awal lagi dah bersiap2. Anak-anak memang excited sebab nak naik Jambatan Pulau Pinang. Saja nak gie ikut jambatan sbb nanti anak2 tak tahu mcm mana rupa jambatan. Hehehe.. Pagi2 dah sediakan breakfast. Ermm.. yummy! yummy! Sedap ooo sekali sekala makan ketupat di waktu pagi. Bukan saja di hari raya aje dapat makan ketupat, tapi tak raya pun boleh. Mak aku memang akan order ketupat ni drp Tok Lang Cik Nah (promosi percuma utk toklang). Memang dia pakar membuat ketupat daun palas. Cakap aje nak ketupat kosong ke yg berkacang. Memang sedap! Aku cuma masak sambal ikan bilis. Anak-anak aku suka ketupat dicicah gula.
Sedap ketupat ni mama! |
Ni mama punya! |
Dalam pukul 3:00 tu kami ke rumah abang mak aku kat apartment dia yg terletak berhadapan Hotel Rasa Sayang. Ni Pakngah aku... Hahaha! lantak le.. aku tak kira Cina ke.. tetap disapa dengan panggilan Pakngah tidak ngan Uncle... Kesian Makngah aku ni.. dah tua2 kena sakit buah pinggang, rutinnya cuci buah pinggang 3 kali seminggu di Hospital Gleneagles Penang. Dah selesai bertanya khabar, destinasi seterusnya.. balik ke rumah le.. Sebelum tu sempat lagi makan laksa kat sana. Nampak mcm best aje, tapi sayang kurang umph.. nasib baik dapat diselamatkan dengan petis (orang Penang panggil otak udang). Nasi lemak pun kureng jugak..Perjalanan kami diteruskan.. Kami balik naik feri kebanggan warga Pulau Mutiara. Anak-anak mama ni le feri.. Ade Pulau Rawa, Pulau Angsa, Pulau Talang-talang..Memang best abis balik kampung kali ni.. Jalan-jalan, makan-makan... dan yang paling best dapat memujuk abah dan mak ikut kami balik ke KL...Yes! Mak dan abah akhirnya ikut jugak cadangan anak tunggal depa ni.. hehehe!
Aku dan En. Azlan, suami tersayang! |
Catat Ulasan